TELEFON dipandang. Sejak tadi tidurnya terganggu kerana panggilan telefon tanpa henti. Aneh sekali. Padahal nombor itu sama. Tetapi tiada dalam senarai kenalannya. Nain enggan menjawab panggilan itu.
"Scammer." Nain bergumam kecil sambil membetulkan butang bajunya.
Sementara itu di hospital, di dalam wad yang menempatkan Naiz riuh dengan pujukan dan tangisan. Doktor yang menjaga sampai buntu.
Naiz tidak mahu diam dan terus menangis-nangis. Malah Naiz terus mengelak daripada sentuhan. Setiap kali ada yang mendekat makin kuat pula tangisan lelaki itu. Panggilan yang dibuat buat Nain pula tidak terjawab.
"Ya Allah... Ini bukan skop kerja aku..." Doktor meraup wajahnya. Ingin segera pulang rasanya.
"Doktor... Dia tak jawab..." adu Naiz. Telefon wad dikembalikan ke tempat asalnya. Rasa sedih semakin besar.
Sedangkan Kenan di luar hanya geleng kepala. Lambat-lambat dia menelefon Nain. Risau jika mengganggu tidur Nain dan diamuk.
NAIN yang berlari menuju ke tempatnya dipandang. Kenan melangkah mendekat dan jelaskan apa yang terjadi kepada Nain. Tentang bagaimana doktor memeriksa dan tentang Naiz yang tiba-tiba menangis mencari Nain.
"Doktor cakap dia masih perlukan rehat sekarang. Jadi dia tak diizinkan balik. Keadaan dia masih lemah dan dia mula tolak makan minum." Nain mengangguk faham."Thanks, Kenan."
Nain menunggu sampai bayangan Kenan benar-benar hilang dari pandangan. Kemudian barulah dia ketuk pintu wad dan masuk ke dalam. Naiz yang nyenyak atas katil dengan sisa air mata dipandang.
"Padahal Kiiz yang tak nak jumpa Reen..." gumam Nain. Tangannya naik mengusap air mata yang tertinggal. "Tapi Kiiz pula yang menangis-nangis macam Reen yang tak nak jumpa Kiiz. Tak adil..."
Kerusi di sebelah katil dia tarik dan labuhkan punggung ke sana. Tangan Naiz yang terpasang branula itu dipandang.
"Cengeng," kutuk Nain perlahan. Namun begitu, bibirnya mengukir senyum.
"Cepat sembuh, Kiiz."
Nain akhirnya menunggu di situ lama. Sekali lagi dia mengorbankan waktu tidurnya menemani Naiz. Takut Naiz terbangun nanti dia tidur dan akhirnya mereka tidak bersemuka lagi.
Satu jam...
Dua jam...
Tiga...
Empat dan lima jam pun Naiz masih nenutup mata. Nain merasa lelah. Dia sudah kekurangan tidur sejak minggu lalu. Bersyukur saja dia masih tidak tumbang dan masih miliki tenaga untuk menjaga Naiz.
Nain masih menunggu sampailah genap enam jam dan Naiz mula bergerak kecil. Perlahan-lahan membetulkan posisi tidur dan matanya berkelip-kelip sebelum terbuka.
Naiz diam membisu melihat muka Nain. Entah apa yang bermain dalam fikirannya. Dia hanya berbalas pandangan dengan Nain sampai dia duduk bersandar dan air mata mengalir.
"Tengoklah... Sampai mimpi pun tak henti-henti tunjuk dia. Orang rindu Reen..." ujarnya seraya mengusap air matanya. Nain yang mendengar merasa bingung. Mimpi?
"Bukan mimpi, Kiizran."
"Tipu... Orang dah buat salah dan Reen tentu tak nak jumpa orang lagi. Ni semua mimpi... Padahal orang rindu Reen. Orang nak minta maaf tapi Reen main-main dalam mimpi..." jawab Naiz tidak terima. Nain terkekeh kecil.
"Kiiz... Boleh Reen sentuh?" Naiz mengangguk sahaja. Lagipula ini mimpi.
Nain tersenyum penuh makna. Tanpa amaran pipi Naiz dicubit kuat. Menjerit lelaki itu kerana rasa sakit.
"HUWAAAAA!" Nain menghela nafas puas. Padan muka. Itu balasan kerana bersikap keterlaluan dan mengabaikan kesihatan sendiri.
"Dah, tak perlu menangis. Cengeng." Naiz kemam bibir menahan esakannya. Dia pandang Nain.
"Be...betul-betul Reen ke?" Kepala dijatuhkan sekali sebagai jawapan. Naiz lantas menerkam Nain dan memeluk erat leher Nain.
"Orang minta maaf! Orang betul-betul minta maaf! Jangan tinggalkan orang sorang-sorang lagi! Orang sedar salah orang! Maafkan orang! Tolong maafkan orang!" teriak Naiz memohon.
"Iya. Reen maafkan. Tapi kita akan bincang lagi soal tu bila Kiiz dah stabil." Naiz mengangguk.
"Orang sayang Reen... Jangan pergi lagi..." Nain tersenyum mengusap belakang Naiz.
"Tak pergi. Reen ada dekat sini." Naiz mengangguk lagi dan semakin eratkan pelukan di leher Nain.
"Reen... Sayang orang tak?"
"Tak. Buat apa sayang budak cengeng dan gedik macam ni?" Selamba Nain berujar. Naiz mencebik. Kepala dijauhkan dan dia mendongak memandang Nain.
"Orang tahu Reen sayang orang juga! Terima kasih!" Nain jongket bahu. Naiz sekarang sibuk bergayut di lehernya. Mujurlah kaki masih di atas katil. Kalau tidak tentu sudah patah lehernya ini.
- BERSAMBUNG -
ANDA SEDANG MEMBACA
[C] NAIN NAIZ 2
Random"Papa dah tak ada, Kiiz..." -Nain Kazreen Mendengar berita itu Naiz jadi hilang arah. sedih, marah, semua sudah tidak dapat dia bezakan. Tambahan pula Nain yang seakan-akan tidak peduli dengan pemergiaan papa mereka. Nain kejam. "Kalau Reen tak ada...
![[C] NAIN NAIZ 2](https://img.wattpad.com/cover/404594915-64-k199492.jpg)