Tiga hari kemudian...
MATA berlainan warna yang telah tertutup hampir dua puluh empat jam itu kembali terbuka kecil. Pandangannya kabur dan tangan sedikit menggigil. Badan terasa berat dan lesu.
Saat diperiksa pun tubuhnya tegang dan raut wajah jelas kelihatan takut. Naiz tidak melihat orang lain selain doktor dan jururawat.
Bagaimana dia ada di sini? Bukankah dia di dalam bilik? Nain? Tidak, dia sudah berikan ugutan yang akan buatkan Nain menjaga kelakuan dan tidak menerobos masuk begitu sahaja.
"Saya... Kenapa?" soal Naiz perlahan.
"Encik alami hipoglisemia."
"Hipo... Apa?" Berkerut dahi Naiz mendengarnya. Mahu sebut pun tidak berani. Kalau salah pasti malu.
"Hipoglisemia. Keadaan di mana paras gula dalam darah lebih rendah daripada bacaan normal." Naiz mengangguk faham.
Doktor dan jururawat keluar setelah memastikan Naiz baik-baik sahaja. Naiz menghela nafas lega setelah mereka semua keluar. Jantungnya berdetak sangat laju dan hampir buatkan dia hilang arah.
Trauma yang dia miliki masih tidak kunjung pulih.
Naiz diam di katil hospital dan menatap ke siling. Bau ubat-ubatan mengganggu hidung dan warna putih biru yang memenuhi ruangan ini juga buatkan matanya sakit. Tidak, bukan salah warna atau bau. Dia hanya bencikan tempat ini. Terutama apabila dia hanya sendirian.
NAIN diam melihat keadaan bilik Naiz. Setelah bawa Naiz ke hospital dia menunggu begitu lama tetapi Naiz masih tidak bangun. Dan sebaik sahaja dia pulang untuk bersihkan diri, dia mendapat kabar yang Naiz sudah bangun dan selesai diperiksa.
Itu jelas membuktikan yang Naiz benar-benar tidak ingin bertemu dengannya lagi. Jadi Nain memutuskan untuk tetap di rumah dan minta Kenan menunggu dan mengawasi Naiz dari luar wad. Memandangkan Naiz pun belum tentu sudah stabil secara mental. Dia tidak mahu menambahkan rasa takut dan sakit Naiz.
Anak patung kelawar yang berada atas lantai berdekatan dengan tong sampah dipungutnya. Nafas dihela lelah. Tombol di perut anak patung itu ditekan dan suaranya kedengaran.
"Adik selalu suka anak patung kelawar awak Nain."
"Nain tak tahu... Nain lupa, pa... Nain... Nain dah gagal." Nain berbisik kecil. Gambar yang berselerak di atas katil itu dipandang sekejap. Anak patung tadi diletakkan di atas meja dan Nain duduk birai katil. Gambar-gambar itu dia ambil dan melihat satu persatu.
Semua itu gambar Naiz dan papa. Ada beberapa keping gambar Naiz dan dirinya. Itu semua gambar sewaktu kecil dan saat mereka pergi bercuti. Selebihnya ada di dalam telefon dan tidak pernah dibuka lagi.
Kiizran: Jangan berani buka pintu bilik aku. Kalau kau berani, aku pastikan kau hanya dapat tengok jasad aku.
Seketika ugutan Naiz kembali teringat. Setidaknya dia sudah beritahu doktor dan Kenan untuk awasi Naiz betul-betul kerana Naiz menunjukkan tanda ingin cederakan diri.
Sedang larut dalam fikiran, Nain menangkap sekotak rokok di samping bantal. Dia capai dan membukanya bagi melihat isi di dalam.
Nain jelas terkejut. Rokok itu dia yang beli dan seharusnya masih ada banyak. Tetapi sekarang hanya tersisa enam batang.
"Kiiz..."
Tidak mungkin hanya kerana marah Naiz tekad merosakkan diri. Merokok sebegini banyak sangat berbahaya. Nain keluar telefon dan segera menghubungi Kenan.
NAFAS dihela lelah. Makannya dipandang tanpa minat. Naiz tidak berasa lapar. Tetapi dia tidak boleh buat perangai di sini dan menambah waktunya ditahan.
"Reen..." Naiz memandang pintu wad yang masih bertutup. Dia benar-benar menanti kehadiran Nain. Matanya juga selalu menatap pintu wad. Berharap yang masuk ialah abang kembarnya.
Naiz akui silapnya. Sekarang dia sedar dan mampu berfikir kembali tentang apa yang sudah dia lakukan. Dia berharap Nain hadir di sini dan dia dapat meminta maaf.
Ditinggal sendirian tidak menyenangkan. Mungkin inilah yang Nain mahu dia fikirkan. Jika dia terus menolak dan tidak berani, semua ini hanya akan berulang dan dia akan sendirian. Ini cara menjelaskan paling kejam. Nain sengaja biarkan dia rasa sendirian dan tidak punya siapa-siapa di saat dia paling perlu.
Jujur saja dia sudah jera. Dia ingin Nain ada di sini. Perlahan buliran bening mula berjatuhan.
"Orang salah... Orang minta maaf... Reen... Datanglah cepat..."
- BERSAMBUNG -
ANDA SEDANG MEMBACA
[C] NAIN NAIZ 2
Random"Papa dah tak ada, Kiiz..." -Nain Kazreen Mendengar berita itu Naiz jadi hilang arah. sedih, marah, semua sudah tidak dapat dia bezakan. Tambahan pula Nain yang seakan-akan tidak peduli dengan pemergiaan papa mereka. Nain kejam. "Kalau Reen tak ada...
![[C] NAIN NAIZ 2](https://img.wattpad.com/cover/404594915-64-k199492.jpg)