NAIZ memandang lama pakaian miliknya yang masih berlipat di atas katil. Bahkan di saat dia masih gagal memercayai abang kembarnya itu, Nain masih begitu perhatian terhadapnya. Nain masih sabar dengan sikapnya yang terus menolak.
Kertas di celah kolar baju tidur itu diambil.
Mandi. Reen minta maaf tak dapat teman Kiiz. Kalau Kiiz perlukan sesuatu, Kiiz boleh call Reen. Bila-bila masa pun.
Naiz duduk di birai katil dan ambil baju tidur kemudian diletakkan di atas ribanya. Nasib baik Cik Wawa sudah disembunyikan.
"Terima kasih, Reen..." katanya perlahan dengan senyuman kecil. "Orang janji... Orang akan usaha lebih supaya orang tak akan takut dengan Reen lagi."
Naiz bangun mengambil tuala yang tersangkut pada kerusi dan mengambil pen serta kertas. Satu pesan kecil dituliskan dan diletakkan keluar melalui lubang dari bawah pintu biliknya. Tidak hanya itu, Naiz juga menghantar mesej ringkas buat abang kembarnya itu. Jaga-jaga andai kertas itu menghilang. Setelah itu barulah Naiz masuk ke bilik air.
Sementara itu, di luar pintu ada Nain yang terus menunggu dengan sabar. Matanya menangkap sehelai kertas yang keluar dari bawah pintu. Dia tunduk dan mengambil kertas itu.
Jangan buka pintu. Orang nak mandi. Orang takut mandi sorang-sorang jadi orang tak berani tutup pintu bilik air.
Nain terkekeh kecil. Naiz tidak sendirian. Dia ada di sini menemani. Sejak Khai pamit dia duduk di depan pintu bilik Naiz dan menunggu adik kembarnya itu menghubunginya.
Telefon di atas riba diraih. Telefon berada dalam mod getar. Jadi Naiz tidak akan tahu dia menunggu di sini.
RAMBUT dikeringkan dengan pengering rambut secara ala kadar. Telefon dicapai dan mesej yang masuk dilihat.
My twin: Okay
Naiz mencebik. Itu saja? Bagilah sikit kata-kata manis sebagai penyemangat ke apa? Sungguh tidak bersemangat!
Tok! Tok!
Naiz memandang pintu biliknya yang masih tertutup rapat namun tidak berkunci itu.
"Kiiz... Dah siap ke?" Naiz melangkah lebih dekat ke pintu. Tubuh disandarkan ke pintu bilik.
"Dah."
"Boleh kita berbincang?" Naiz diam beberapa saat. Dia tidak yakin dengan itu kerana latihannya pun masih kurang. Mendengar suara Nain pun masih buatkan tubuhnya menggigil.
"Kiiz tak perlu keluar. Kita boleh berbincang macam ni je." Suara Nain kedengaran lagi.
"Okay. Tapi kejap. Orang nak ambil barang." Naiz tidak menunggu jawapan dan terus merangkak ke katil mengambil sebuah kotak kecil di sana dan keluarkan anak patung kelawar kesayangannya.
Naiz kembali ke pintu dan duduk bersandar pada pintu itu.
"Apa yang Reen nak bincangkan?" soal Naiz sambil memeluk Cik Wawa.
"Reen nak kita pergi mahkamah. Peguam kita cakap yang peluang kita untuk menang kes sekarang jauh lebih tinggi kalau kita bersedia berikan bukti dan bersaksi..."
Naiz terdiam bisu. Dia tahu arah perbincangan ini. Nain mahu memujuknya agar berikan keterangan. Sejujurnya dia tidak masalah. Tetapi yang jadi masalah itu ialah traumanya.
Dia ketakutan bahkan hanya untuk berfikir soal itu pun rasanya dan tidak mampu.
"Reen betul-betul fikir yang kita akan menang ke?"
"Kita boleh cuba." Naiz ketap rahang. Cuba?
"Kalau kita kalah? Kalau mama sekali lagi dapat buktikan dia tak salah?" Naiz menyoal bertubi-tubi.
"Kiizran-"
"Reen tak faham! Untuk menang, kita perlukan banyak bantuan! Bahkan untuk orang, untuk buka balik luka lama bukannya mudah, Reen! Orang hampir gila! Hidup orang berubah banyak sejak tu!" Naiz membentak dan memeluk erat anak patung kelawarnya.
"Kalau kita kalah lagi, orang dah tak akan percaya kita! Orang akan pandang buruk dan orang akan makin berleluasa untuk sakiti kita! Reen tak faham ke? Ini memalukan! Ini aib, Reen!"
"Kiizran! Reen cakap ni untuk Kiiz." Di luar bilik itu Nain sudah tidak tentu arah. Takut jika Naiz salah artikan ucapannya dan mengamuk.
Nain tidak mahu kehilangan adik kembarnya. Sedangkan di dalam, Naiz menggeleng enggan. Dia tidak perlukan saran yang begitu. Hidupnya hancur kerana itu. Dia tidak boleh berbuat hal bodoh yang akan menyakiti dirinya lebih jauh.
"Reen fikir... Ini waktu yang tepat. Lagipun kita dah cukup dewasa untuk semua ni. Kita dah cukup hidup dalam ketakutan, Kiiz. Reen pun... Tak akan selalu ada untuk Kiiz."
"KENAPA SEMUA ORANG NAK TINGGALKAN AKU?!" jeritnya kuat. Naiz teresak kuat. Tubuhnya bergetar kerana amarah dan kesedihan yang bergelut.
"Kenapa semua orang? Aku penat nak hadap semua ni lagi. Aku rasa usaha aku sia-sia, Reen." Naiz letak anak patung itu atas lantai dan terus berdiri.
"Tak guna aku buang rasa takut ni lagi. Pada akhirnya... Semua orang yang aku percaya akan pergi. Tinggalkan aku dengan semua luka ni. Dan kau, Reen. Manusia yang aku nak sangat percaya. Manusia yang aku nak tubuh aku percaya tak akan sakiti aku. Tapi aku bodoh. Aku bodoh sebab fikir kau pun akan berfikiran sama dengan aku."
Pintu dikunci. Naiz tendang anak patung kelawar itu menjauh.
"Jangan ganggu aku lagi. Mulai harini, kita urus diri masing-masing. Kalau perlu, aku akan angkat kaki dari sini."
- BERSAMBUNG -
ANDA SEDANG MEMBACA
[C] NAIN NAIZ 2
Random"Papa dah tak ada, Kiiz..." -Nain Kazreen Mendengar berita itu Naiz jadi hilang arah. sedih, marah, semua sudah tidak dapat dia bezakan. Tambahan pula Nain yang seakan-akan tidak peduli dengan pemergiaan papa mereka. Nain kejam. "Kalau Reen tak ada...
![[C] NAIN NAIZ 2](https://img.wattpad.com/cover/404594915-64-k199492.jpg)