NAIN buntu menghadapi kebisuan adik kembarnya. Lelaki itu terus sahaja berkurung dan langsung tidak menyentuh makanan. Kalau sahaja dia ingat apa yang Tuan Muaz akan lakukan untuk Naiz jika keadaan jadi begini tentu semua akan lebih baik.
"Nain, ni nak letak mana?" soal Khai yang kebetulan datang mahu menghantar beberapa dokumen yang Nain minta. Alang-alang Nain minta tolong mengubah susun atur ruang tamu. Khai juga tiada kerja lagi setelah ini.
"Dekat ruang tengah." Khai mengangguk faham.
Nain tolak sofa sedikit jauh daripada televisyen dan menyisakan ruang di samping kabinet televisyen. Dia ingin memasang peti baru. Peti khas untuk makanan ringan, minuman dan manisan. Naiz, Khai dan Kenan kalau melepak di sini jadi tak perlu susah payah ke dapur dan mengganggu dirinya jika sedang memasak.
Ting! Ting!
Telefon di atas sofa segera dicapai. Notifikasi yang dibaca buatkan Nain ukir senyum nipis.
Kiizran: Reen, orang nak susu kotak.
Kiizran:Tinggalkan dekat depan pintu lepastu ketuk je. Orang boleh ambil sendiri.
Mata Nain melilau mencari Khai yang masih sibuk menata pasu bunga. Dia menapak ke tempat Khai berada.
"Aku nak naik kejap. Kalau nanti ada orang datang hantar peti panggil aku."
"Okay. Kirim salam dekat Naiz sekali tau?" Nain hanya mengangguk dan memboloskan diri ke dapur untuk mengambil susu buat Naiz. Tidak hanya susu, sepotong kek coklat yang dibelinya pun dia bawa bersama kerana Naiz memang tidak makan sejak tadi. Siapa tahu kek dapat membangkitkan selera makan Naiz.
Di atas Nain ketuk pintu beberapa kali dan letakkan susu kotak bersama kek di atas meja kecil yang disediakan Nain untuk meninggalkan makanan dan ubat buat Naiz.
"Reen letak dekat luar ni. Ambil cepat tau." Setelahnya Nain ke bilik Tuan Muaz dan menyelongkar almari. Dia teringat yang dulu Naiz sering memeluk sehelai jaket bewarna merah. Jaket itu ialah jaket yang papa pakai sewaktu membawa Naiz ke hospital.
Jaket itu sudah seperti barang keselesaan Naiz. Biasanya dengan jaket itu perasaan Naiz akan sedikit membaik. Nain mengeluh setelah hampir dua puluh minit mencari. Tiada. Jaket itu tiada di sini. Patutlah sudah bertahun-tahun dia tidak melihat Naiz memeluk jaket merah itu.
Nain berfikir keras. Cuba mengingat kembali apa yang dapat dilakukan lagi buat Naiz.
"Nah, bagi adik." Kening Nain bertaut. Mengapa pula Naiz memerlukan benda itu?
"Untuk apa?"
"Adik selalu suka ... awak Nain."
Nain merengus. Ingatan samar-samar ini sangat menyusahkan. Mengapa hal penting begitu pun dia boleh lupa? Hal tidak penting tidak pula dia lupa walau sedetik.
"Benda apa?" soal Nain. Selain jaket, apa yang Naiz selalu suka itu? Barangnya? Atau apa? Nain membawa langkah ke biliknya tetapi tepat depan pintu namanya sudah diseru. Peti pun datang diwaktu yang tidak tepat. Ugh!
Mata Nain mengerling ke meja yang sudah kosong. Dia tersenyum. Syukurlah kali ini Naiz tidak menolak makanan yang dia berikan.
NAIZ menyedut susu kotak hingga tandas. Bibir tercebik kecil. Tiga kotak susu tidak cukup. Kek pula tinggal separuh. Dia ingin turun. Tetapi dia takut. Tambahan pula dia mendengar suara orang lain di luar tadi. Naiz tidak siap mahu bertemu sesiapa. Anak patung kecil milik Nain dia peluk erat.
"Nah. Papa suruh bagi." Naiz keluarkan sedikit kepalanya dan melihat muka merah Nain. Naiz mengambil anak patung kelawar yang diberikan Nain. Tanpa ragu dia memeluk dan menghidu anak patung itu. Senyuman terukir buat pertama kalinya setelah kesalahan Nain.
"Terima kasih!"
Nain palingkan wajah ke arah lain. Semakin merah mukanya kerana malu. Mengapa Naiz selalu suka dengan anak patung buruk itu? Padahal dia selalu ingin membuang anak patung itu kerana benci. Dia tidak suka kelawar.
"Anak patung buruk pun suka," ujar Nain perlahan.
"Mestilah! Reen juga cakap kalau orang takut dengan sentuhan manusia orang boleh peluk Cik Wawa! Cik Wawa kelawar, dia patung, dia lebih boleh dipercayai. Bau Cik Wawa pun macam Reen! Jadi orang suka!"
Nain berdecit. "Tak ada taste langsung!" ejek Nain dan terus keluar dari sana. Naiz ketawa. Tentu abang kembarnya itu malu kerana mengingat sesuatu yang sangat jarang terjadi.
Naiz ketawa kecil. Anak patung itu diangkat tinggi dan Naiz mengukir senyum manis.
"Terima kasih, Cik Wawa. Selalu temankan Naiz ganti Reen. Sebab Cik Wawa ada, Naiz jadi boleh percayakan Reen lagi. Sebab Cik Wawa jugalah Naiz jadi tahu yang Reen nak orang selalu happy."
Naiz meraba perut anak patung itu dan satu butang ditekan. Suara Nain kecil kedengaran.
"Hai, Kiiz! Ini Abang Reen... Reen nak Kiiz sihat selalu, Reen nak Kiiz happy selalu. Kalau nanti Kiiz masih takut dengan Reen, Kiiz boleh berlatih untuk tak takut lagi dengan Cik Wawa. Nanti bila Kiiz dah tak takut lagi kita boleh main sama-sama! Kita boleh bina lego sama-sama lagi!"
Naiz kembali memeluknya erat. Dari awal dia mengambil anak patung itu di dalam almari dia sibuk berlatih untuk tidak lagi takut dengan Nain. Dia berkali-kali cuba hingga lupa makan dan lupa waktu. Meski begitu, Naiz tidak menyesal. Dia sedikit demi sedikit sudah berjaya buangkan rasa takut. Hanya sahaja dia belum bersedia untuk benar-benar berjumpa orang lagi.
Ini memakan waktu.
- BERSAMBUNG -
ANDA SEDANG MEMBACA
[C] NAIN NAIZ 2
Random"Papa dah tak ada, Kiiz..." -Nain Kazreen Mendengar berita itu Naiz jadi hilang arah. sedih, marah, semua sudah tidak dapat dia bezakan. Tambahan pula Nain yang seakan-akan tidak peduli dengan pemergiaan papa mereka. Nain kejam. "Kalau Reen tak ada...
![[C] NAIN NAIZ 2](https://img.wattpad.com/cover/404594915-64-k199492.jpg)