NAIZ didukung Nain masuk ke dalam rumah. Naiz terlalu susah dibangunkan. Jadi Nain tiada pilihan selain mendukung Naiz.
"Reen..." rengek Naiz seraya memeluk leher Nain.
"Lemas, Kiizran. Lepas." Naiz menggeleng dan semakin eratkan pelukannya di leher Nain.
Nain mengeluh.
"Nak tidur mana?"
"Bilik papa... Nak Reen tidur sama..." jawab di telinga Nain.
"Hm. Reen nak mandi dulu." Naiz celik mata. Tangannya turun ke bahu Nain dan dia meronta mahu turun. Nain segera turunkan Naiz.
"Nak mandi sekali!"
"Are you crazy?" soal Nain tanpa perasaan. Naiz mencebik.
"Reen mandikan orang... Please..."
"Kiizran, demam ke apa?"
Naiz menggeleng. Dia hanya ingin bermanja. Lagipula Nain sudah selalu mandikan dia. Bukannya susah pun.
"Nak manja-manja je..." balas Naiz dengan cebikan. Nain mengeluh lelah.
"Pergi tukar kain basahan. Cepat, badan Reen dah melekit-lekit ni." Naiz tersengih dan berlari anak masuk ke biliknya mengambil kain basahan.
Nain memicit pelipisnya. Naiz punya permintaan jarang sekali tidak menyusahkan dirinya. Seperti sekarang, dia perlu siram Naiz kemudian buatkan air sabun dan syampu kepala Naiz. Tidak hanya itu, dia juga perlu gosokkan gigi Naiz dan cuci muka Naiz. Sangat leceh sedangkan Naiz hanya perlu duduk manis.
Nain sering mandikan Naiz saat lelaki itu sedang kemurungan. Tiada daya mahu lakukan apa-apa. Tetapi sepertinya itu keputusan yang salah kerana sekarang sudah jadi tabiat Naiz apabila malas mahu mandi tetapi rasa tidak selesa.
Nain lelah. Namun memahami sikap Naiz. Adik kembarnya hanya ingin ditemani dan memastikan dia ada. Wujud dan tak akan pernah tinggalkan dia sendirian walaupun meletihkan. Singkatnya, Naiz menguji sama ada dia mampu terus bertahan atau akan undur diri dan menyerah.
Pakar juga mengatakan hal yang sama tadi. Naiz masih dalam fasa fight or flight.
RAMBUT Naiz dikeringkan menggunakan pengering rambut. Naiz sibuk memainkan kancing baju tidur bergambar Shinchan miliknya sementara Nain dengan susah payah mengeringkan rambut Naiz.
"Kiizran, lain kali Reen nak tunggu dekat luar je. Kiiz kena belajar urus diri sendiri bila Kiiz rasa tak sedap badan. Faham?"
"Alah... Kenapa pula?" Naiz menrungut tidak suka.
"Dalam Islam ada batasan. Bahkan untuk adik-beradik. Kalau Reen terus turutkan keinginan Kiiz, itu sama sahaja macam Reen tak pedulikan Kiiz. Ikut je semua benda yang Kiiz nak sampai lupa larangan Allah."
Naiz diam. Ini bukan lagi nasihat. Tetapi amaran. Nain sepertinya sudah muak dengan dirinya. Naiz naikkan lutut dan memeluk lututnya. Bibir tercebik.
"Reen jahat..." cicitnya perlahan. Nain tutup pengering rambut dan simpan semula ke dalam laci kemudian duduk di hadapan Naiz. Berlinang air mata adik kembarnya itu.
Nain seka air mata Naiz dengan lengan bajunya. Dia mengerti jika Naiz merasa ditolak. Dulu, sewaktu papa masih ada pun Naiz sering begitu. Papa tidak selalu ikut kehendak Naiz. Kerana itulah Naiz selalu mencari Nain yang boleh ikutkan kehendaknya apabila sedang dalam fasa paling lemah.
"Ini untuk kebaikan Kiiz dan diri Reen sendiri. Kita berdua dah besar, dah boleh fahami situasi dan jujur Reen cakap, Reen tak selesa dengan keadaan tu."
"Tapi... Kan orang tutup aurat juga..."
Nain mengangguk. "Betul. Tapi bila basah, kain akan melekap ke badan. Bila melekap, itu bukan tutup aurat. Tapi balut aurat. Ia tak manis."
Air mata semakin laju menuruni pipi.
"Reen bukan tak sayang Kiiz. Reen bukan nak abaikan Kiiz atau biarkan Kiiz hadap semua sorang-sorang. Reen cuma nak Kiiz faham yang kita perlu jaga maruah diri. Kalau macam tadi kan tak manis? Kiiz tak malu ke kalau Kiiz ada dekat tempat Reen? Cuba Kiiz bayangkan, Kiiz nampak lekuk tubuh Reen sebab kain basahan tu." Lembut dan tenang Nain cuba memujuk.
"Malu..." jawab Naiz.
"Nampak? Reen pun malu kalau macam tu. Jadi boleh ke kita perlahan-lahan cuba ubah tabiat Kiiz yang satu ni? Sebagai ganti, Reen akan tunggu dekat luar dan bersembang dengan Kiiz supaya Kiiz tak rasa sendirian. Macam mana?"
Naiz diam berfikir seraya membersihkan air matanya. Lambat-lambat dia memandang Nain dan mengangguk setuju.
"Boleh... Tapi orang Reen temankan orang tidur. Macam selalu. Yang tu jangan ubah... Orang tak nak..."
"Iya. Reen akan temankan Kiiz tidur." Naiz tersenyum manis dan mengangguk. Nain menghela nafas lega. Syukurlah masalah selesai tanpa adegan pemberontakan Naiz.
"Sekarang Reen nak mandi. Kiiz boleh tidur dulu atau tunggu Reen. Mana-mana pun Reen tak kisah."
"Nak tunggu Reen... Nak peluk..."
"Okay. Reen mandi sekejap. Duduk elok-elok." Naiz hanya akur. Dia merangkak masuk ke dalam selimut dan bersandar pada kepala katil.
-BERSAMBUNG
ANDA SEDANG MEMBACA
[C] NAIN NAIZ 2
Random"Papa dah tak ada, Kiiz..." -Nain Kazreen Mendengar berita itu Naiz jadi hilang arah. sedih, marah, semua sudah tidak dapat dia bezakan. Tambahan pula Nain yang seakan-akan tidak peduli dengan pemergiaan papa mereka. Nain kejam. "Kalau Reen tak ada...
![[C] NAIN NAIZ 2](https://img.wattpad.com/cover/404594915-64-k199492.jpg)