DUA hari kemudian Nain jelas semakin sibuk hingga tiada masa untuk Naiz. Bila Nain balik rumah tentu Naiz sudah tidur. Mereka hanya berjumpa sewaktu sarapan dan itu tidaklah cukup untuk Naiz yang mempunyai banyak cerita.
"Reen... Boleh tak Reen cuti harini?" soal Naiz seraya memotong roti bakarnya.
"Sorry, Kiizran."
"Reen..." rengek Naiz.
Susah sekali dia untuk berjumpa Nain. Untuk bersembang pun susah. Selalu sahaja terkekang waktu. Padahal Naiz sekarang memerlukan Nain yang dia percaya sepenuh hati.
"Kiiz, please. Understand."
Naiz mencebik. "Yelah... Siapalah orang ni kan? Kalau orang mati mengejut dalam rumah ni pun Reen tak peduli kan?" ujarnya kecewa. Nain langsung tidak memikirkan dirinya sekarang.
"Kiizran, Reen kerja. Reen bukan keluar bermain atau bersuka ria. Tolong faham tu."
Naiz merengus kasar.
"Dan Kazreen perlu tahu yang aku masih takut! Reen, aku tak percayakan orang lain selain kau! Aku tak bagi Kenan atau Khai datang sebab aku takut! Aku cuma perlukan teman sekarang ni. Tapi kau sibuk, aku tahan perasaan aku tapi aku dah tak boleh, Reen. Aku masih terbayang-bayang." Nain diam membatu.
"Kazreen... Kalini kau yang kena tolong faham aku."
Bagaikan baru tersedar dari lamunan. Nain capai telefon dan membuat panggilan kemudian terus beredar dari meja makan.
Sebaik sahaja pintu rumah tertutup, Naiz jatuhkan pipi ke meja. Bibir melengkung ke bawah. Sakitnya hati. Nain abaikan dia lagi. Mengapa selalu begitu? Padahal dulu itulah senjata paling berkesan. Tetapi sekarang Nain seperti sudah kebal.
"Papa... Reen dah tak sayang orang..." adunya. Air mata diseka. Haih, orang sakit memang sensitif kan? Mudah sekali terluka. Padahal di sini dia juga salah kerana tidak mengerti keadaan Nain.
"Kiizran, wake up."
"Nantilah. Reen pergi kerja sana. Orang nak rehat kejap." Nain bercekak pinggang memandang Naiz.
"Reen ambil cuti. Jadi sekarang kita keluar ambil angin." Mendengar itu air matanya kembali naik dan Naiz cepat-cepat memandang Nain.
"Betul ke?" soalnya memastikan. Nain mengangguk. Dia sudah telefon Khai tadi. Lagipula hari ini tiada panggilan dari mahkamah.
"Tapi..."
"Nak Reen kerja?" soal Nain. Laju sahaja Naiz menggeleng. Mana mungkin! Dia perlukan Nain.
"Then?" Naiz tersengih.
"Pergi makan. Reen tunggu."
"Okay!"
Dengan bersemangatnya Naiz menghabiskan sarapannya. Maklumlah, pil kebahagiaan miliknya ini sudah sanggup korbankan waktu demi dirinya.
MUNCUNG Naiz begitu panjang. Nain di sebelahnya hanya ketawa perlahan. Bagaimana Naiz tidak begitu jika Nain dengan tidak bersalahnya malah bawa dia ke hospital untuk sesi terapi.
"Reen penipu!" bentaknya geram.
"I'm not. Lagipun Reen tak pernah bagitahu nak ke mana kan?" Naiz terdiam sekejap. Betul juga.
Nain mengerling Naiz dan tersenyum nipis.
"Tapi at least bagitahu dulu... Orang tak ready nak jumpa psikiatri. Nasib baik orang tak ada risiko sampai kena tahan wad. Orang tak suka..."
"Trauma perlu dirawat, Kiizran."
Naiz berdecit. Dia tahu itu.
"Betul... Tapi orang dah tak seteruk dulu. Sekarang orang kawal sikit-sikit."
"Hm," balas Nain pendek.
Naiz mencebik. Nain memang malas mahu melayannya. Selalu begitu. Langsung tidak menyeronokkan. Naiz keluarkan kotak rokoknya dan mengeluh.
Mahu merokok tetapi Nain ialah manusia yang sensitif dan mudah sakit. Asap rokok hanya akan memperparah keadaan Nain nantinya. Sedang Naiz sibuk berdebat dengan isi hatinya, Nain mengerling. Tahu sangat gelagat Naiz itu.
Tetapi enggan dia pedulikan. Bukan dia tak tahu yang Naiz habiskan satu kotak rokok pagi tadi. Dia tidak suka Naiz menyedut asap. Tiada faedahnya. Hanya merosakkan diri sahaja.
"Reen, kita nak ke mana?" soal Naiz tiba-tiba.
"Zoo."
"Hah? Kenapa nak kena pergi zoo? Pergilah tempat lain. Orang tak suka binatang," soal Naiz sambil merungut.
"Kiiz nak kerja?" soal Nain.
"Mestilah nak! Tapi... Apa kaitannya?"
Nain tersenyum. Melihat senyuman abang kembarnya itu buatkan Naiz merinding. Entah kenapa dia berasa seram sejuk sahaja.
"Kita pergi zoo dan Kiiz buat laporan. Bagi Reen periksa. Kalau lulus Reen akan izinkan Kiiz masuk kerja tapi mula dari bawah. Macam Reen dulu."
Naiz diam. Dia perlu berfikir keras soal itu. Dia memang ingin bekerja. Dia juga memang inginkan kesibukan dan sering bertemu Nain. Tetapi buat laporan tentang zoo dan haiwan di dalamnya agak mencabar buat dirinya yang tidak menyukai haiwan. Lebih tepatnya geli.
"Reen bagi Kiiz fikir. Balik dari zoo pun Kiiz boleh buat keputusan lagi. Reen tak paksa, hanya buka tawaran je." Nain lanjutkan bicaranya.
"Um... Bagi orang fikir dulu." Nain mengangguk.
—BERSAMBUNG
ANDA SEDANG MEMBACA
[C] NAIN NAIZ 2
Random"Papa dah tak ada, Kiiz..." -Nain Kazreen Mendengar berita itu Naiz jadi hilang arah. sedih, marah, semua sudah tidak dapat dia bezakan. Tambahan pula Nain yang seakan-akan tidak peduli dengan pemergiaan papa mereka. Nain kejam. "Kalau Reen tak ada...
![[C] NAIN NAIZ 2](https://img.wattpad.com/cover/404594915-64-k199492.jpg)