C H A P T E R • 1 7 •

112 14 0
                                        

TANGISAN Naiz kedengaran sampai ke bilik Nain. Awalnya Nain acuh. Adik kembarnya itu memang cengeng dan sering menangis. Tetapi setelah setengah jam lebih tidak berhenti Nain memutuskan turun ke bawah menyiapkan susu suam kemudian naik dan melihat adiknya itu.

"What's wrong?" soal Nain. Naiz tidak menjawabnya.

Pak!

Nain terkedu apabila tangannya ditepis. Naiz bertindak begitu agresif. Aneh. Nain letak segelas susu suam itu agak jauh dari tempat Naiz dan kemudian duduk atas katil berhadapan dengan Naiz.

"Kiizran, Reen nak tolong Kiiz. Jadi Kiiz perlu beritahu Reen apa yang salah."

Naiz menggeleng. Nain mengeluh berat. Naiz diperhatikan dengan teliti. Keadaan ini sama seperti saat trauma Naiz menyerang. Mungkinkah?

"Kiiz mimpi buruk ke?" Naiz menggeleng.

"Ada orang tiba-tiba terkam?" Naiz angkat muka pandang Nain.

"Siapa?" Naiz menggeleng lagi.

"Kenan?" Naiz menggeleng lagi sekali sebagai jawapan. Nain diam sekejap.

"Khai?" Geleng lagi.

"Siapa, Kiiz?" Naiz menggeleng. Dia tidak tahu. Itulah masalahnya. Dia tiba-tiba dipeluk dari belakang dan kemudian hanya melihat orang bertopeng. Rambutnya pendek tetapi agak panjang.

"Sebelum Khai dengan Kenan balik rumah tadi, korang bertiga keluar pergi beli barang dekat pasaraya kan?" Naiz mengangguk.

"Sekarang ni Kiiz tidur dulu. Reen akan cari siapa."

"Jangan..." Akhirnya keluar juga walau sepatah kata daripada mulut Naiz.

"Why?"

"Dia... Salah orang?" jawab Naiz ragu-ragu. Nain kerutkan dahinya.

"Dia cakap macam tu?" Naiz mengangguk.

"Jadi yang halau Khai dan Kenan balik tadi semua sebab takut?" Naiz mengangguk lagi. Nain kini mengerti.

"Reen sentuh boleh?" Naiz diam sesaat sebelum mengangguk. Nain dengan hati-hati memegang sisi bahu Naiz. Dapat dia rasa yang Naiz sedang menggigil.

"Reen nak peluk. Boleh?" Naiz menggeleng cepat. Dia masih resah. Takut dan tidak ingin disentuh.

Nain mengangguk faham. Ibu jarinya usap bahu itu beberapa kali. "Reen ada sini. Jangan takut." Naiz menunduk semula. "Tapi seram..." jawab Naiz. Nain ketawa kecil. Hal itu buatkan Naiz mendongak. Matanya membesar melihat vampire smile Nain.

Nain terkekeh kecil dan usap pipi basah Naiz. Comel tapi juga menyebalkan. Nain menatap mata berlainan warna itu dalam-dalam.

"Kiiz ada Reen. Remember?" Lembut Nain berujar. Naiz tersenyum nipis. Jarinya mencucuk lesung pipit Naiz kemudian dia ketawa suka.

"Reen..." Naiz lantas memeluk Nain erat. Nain menghela nafas lega. Syukurlah semua sudah baik-baik sahaja. Kepala Naiz diusap-usap agar terus tenang.

"Jadi macam mana rancangan Kiiz? Bila nak mula?" Topik perlu segera dialihkan.

"Orang nak mula minggu depan. Ada banyak nak siapkan. Tapi..." Naiz menatap dada Nain sambil mencebik.

"Orang takut sekarang. Reen... Kita sewa kedai nak? Orang nak jual dessert banyak-banyak. Tak payah guna kereta dah."

"Kiiz tahu ia akan masa kan?" soal Nain. Naiz mengangguk. Tentulah dia tahu.

"Tapi orang still nak kerja. Kalau kita buka kedai dessert nanti Kenan tak payah hilang kerja. Dia boleh kerja dengan orang pula."

"Mana Kiiz nak dapat modal?" Naiz eratkan pelukan.

"Reen modalkan dulu. Nanti bila dah stabil orang bayar balik dekat Reen. Boleh kan?" Nain mengangguk. Tentu sahaja.

"Tapi Kiiz yakin? Kiiz tu cepat bosan. Terlalu bebas. Handle satu kedai tak akan sama macam handle client untuk lima music business."

"I know... Sebab tu orang fikir orang nak buat contract dengan Reen. Kalau orang tak ada tujuan nanti mungkin orang boleh jadi tak amanah. Jadi orang nak ada tujuan. Contohnya bayar hutang dekat Reen. Bernas tak?" Naiz lepaskan pelukannya dan memandang Nain.

"Not bad. But not good either."

"Hidup ni selalu ada kelebihan dan kekurangannya. Orang tahu cadangan orang tu memang banyak kurang. Contohnya orang akan tertekan kalau tak capai tujuan tu. Tapi orang faham risiko. Nak mulakan perniagaan tak mudah. Orang pun tahu."

Nain mengangguk. Baguslah kalau Naiz mengerti.

"Masih nak teruskan? Kiiz yakin? And... Macam mana pula tempat Kiiz dekat syarikat nanti? Kiiz dah fikir?"

Naiz menggeleng.

"Kiiz tahu tak kenapa Reen cakap Kiiz tak sedia?" soal Nain. Naiz menggeleng. Manalah dia tahu semua tu.

"Kenapa? Padahal orang rasa orang dah sedia."

"Kiiz masih tak sedia sebab Kiiz hanya fahami dasar awal. Kiiz hanya fahami risiko, hanya fahami tentang kerja Kiiz. Reen tak cakap salah. Jauh sekali. Itu bonus sebab Kiiz faham. Tapi kekurangannya, Kiiz tak fokus. Kiiz mudah muak, cepat bosan dan Kiiz masih tak matang dekat dalam." Mendengar itu Naiz kerutkan dahinya.

"In corporate, kita selalu kena buat keputusan yang susah dalam waktu yang singkat dan hanya sendirian. Jiwa Kiiz, jiwa yang masih nak bebas. Kiiz tak boleh terlalu terkekang waktu sedangkan bila kita deal dengan client, kita perlu ikut waktu mereka. Dan Kiiz tak pernah mampu tepati waktu setiap kali. Kiiz selalu nak enjoy, Kiiz selalu nak ikut kepala sendiri dan susah dinasihatkan bila dah betul-betul nak sesuatu. Kiiz sedar tu kan?"

Naiz diam. Entah kenapa dia rasa begitu rendah. Seolah ditekan sedangkan dia tahu mengapa Nain begitu. Bahkan bicara Nain sudah sangat lembut.

"Reen tak cakap yang Kiiz tak mampu atau gagal. Cuma... Reen nak Kiiz sedar dulu yang sekarang ni Kiiz masih belum mampu untuk pikul tanggungjawab dan kerja yang berat macam tu. Kiiz belum mampu ambil keputusan sendiri tanpa diawasi. Kiiz belum mampu berdiri atas kaki sendiri."

Naiz mengangguk faham.

"Kiiz marah?" soal Nain. Naiz mengangguk. Ya, dia marah apabila mendengar itu. Seperti dia seorang manusia yang tidak berguna. Tetapi dia sedar itu benar adanya.

"Kenapa Kiiz marah?"

"Reen betul. Orang tahu tu sekarang. Tapi orang tak suka dengar tu. Orang tahu orang yang macam ni tak boleh adapt dengan situasi dekat office. Orang juga tahu maksud Reen... Sekarang Reen nak cakap yang orang kena bertenang, fikir banyak kali, fikir prons and cons, fikir risiko yang akan datang dekat diri sendiri dan orang lain."

Nain hanya tersenyum. Tidak menggeleng dan tidak juga mengangguk. Biarlah waktu yang menjawab itu semua buat Naiz nantinya.

"Reen... Tolong ambilkan rokok dekat rak tu." Naiz menunjuk ke arah rak bukunya. Nain mengeluh perlahan.

"Kiiz patut tidur." Naiz mencebik dan mula merungut. Meski begitu dia tetap patuh.



- BERSAMBUNG

[C] NAIN NAIZ 2Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang