C H A P T E R • 1 6 •

112 13 3
                                        

SEMINGGU kemudian Nain dibuat pening dengan Naiz yang terus merengek-rengek mahu kerja. Baru semalam kontrak terakhir tamat. Sekarang dia menganggur.

"Reen, bagilah orang kerja juga! Jadi tea lady pun boleh!"

"Mengarut!" Sejak tadi begitulah Naiz. Merengek-rengek mahukan pekerjaan. Dimula dari tukang servis, tukang masak, cleaner, tea lady, bahkan tadi katanya mahu dijadikan pemandu peribadi pun boleh.

Kalau tidak kerana wajah seiras ini sudah lama dia tempatkan Naiz di dalam stor penyimpanan untuk susun dokumen-dokumen berselerak.

"Reen... Please..."

Nain merengus. Tangannya ditarik dari pegangan Naiz. "Kiizran, enough."

"Tapi orang nak kerja!"

"Then? Pergilah kerja tempat lain."

Aneh sekali. Padahal dulu bertukar pekerjaan seperti bertukar baju. Sekarang mengapa malah merengek-rengek begini di telinganya? Bingit sungguh.

"Orang nak kerja office pula..."

"You're not ready yet, Naiz Kiizran." Nain bertegas. Tambahan pula urusan mama mereka belum selesai. Silap langkah tentu hanya akan bawa petaka buat Naiz nantinya.

"Hish! Orang bosanlah duduk rumah! Orang nak sambung belajar lagi tapi orang dah tahu nak sambung apa! Orang nak kerja jadi doktor lagi tapi orang penat! Orang nak jadi model Reen tak kasi! Orang nak jadi cikgu pun Reen tak kasi lagi dah! Bosan!" rungutnya tidak suka.

"Kalau Kiiz kerja, Kenan macam mana?" soal Nain. Naiz terdiam. Alamak, betul juga. Kenan tu Nain bayar untuk jadi assistant dia. Untuk perhatikan tindakannya dan untuk selamatkan dia dari bahaya.

"Kalau macam tu bagilah orang kerja bawah Reen. Memang papa dah bagi kita position masing-masing kan?"

"Macam yang Reen cakap, Kiiz belum sedia."

Setiap kata, tindakan dan cadangannya dibidas Nain. Banyak sungguh alasan mahu menolaknya. Menyebal!

"Then what should I do?" soal Naiz bengang.

"I don't know," jawab Nain selamba.

"Humph!" rengus Naiz kemudian berbaring di atas sofa dengan kaki yang naik ke atas riba Nain. Dia protes dan lancarkan perang.

"Selagi Reen tak bagi orang kerja, selagi tu lah orang akan kacau Reen macam ni!" kata Naiz penuh perasaan. Nain ukir senyum senget. Gigi taring tajam yang menggerunkan itu kini terlihat lagi. Tetapi Naiz cekalkan diri agar tidak terlihat takut dengan provokasi Nain itu.

Naiz akan buktikan yang dia akan terus menang melawan Nain. Dia tidak akan menyerah dengan mudah. Jika Nain tidak mahu dia bekerja di pejabat, dia akan cari cara agar Nain yang minta dan berikan dia tempat di pejabat itu.

"Kiizran, kaki."

Kaki Naiz ditolak apabila semakin hampir dengan muka Nain. Ikutkan hati mahu dia potong saja kaki itu. Biar tahu rasa.

"Orang nak kerja!"

"Pergilah kerja," balas Nain geram. Kaki Naiz ditolak lagi. Makin menjadi-jadi pula.

"Bagilah orang kerja dekat office!"

"Tak boleh!"

"Kenapa?!" Naiz naik berang. Sekarang dia bahkan sudah berdiri memandang Nain tajam.

"Kiiz tak sedia."

"Orang dah sedia! Bagilah orang kerja! Orang nak kerjaaaa!" Naiz sudah mula merengek lagi. Kali ini diikuti tubuh yang juga memberontak. Naiz tantrum!

[C] NAIN NAIZ 2Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang