C H A P T E R • 1 5 •

114 13 2
                                        

NAIZ tersengih. Air mata dibersihkan dan tangan Nain dia tarik agar Nain juga berdiri. Kemudian Naiz memeluk abang kembarnya itu.

"Terima kasih untuk segalanya yang Reen dah buat untuk orang."

Nain diam. Dia tidak perlukan kata terima kasih daripada Naiz. Dia lakukan itu hanya kerana tanggungjawab. Bukan kerana rela. Juga sedikit kerana rasa sayang.

"Kiiz... Kalau Reen cerita, mungkin ke semua akan baik-baik sahaja?" soal Nain. Riak wajahnya tidak berubah. Tenang seolah tiada yang mengganggu.

"Reen rasa macam mana?"

"Tak ada yang akan berubah." Naiz mendongak tanpa lepaskan pelukannya. Entah kenapa Nain rasanya sedikit lebih tinggi daripada biasa. Cemburu sungguh dia.

"Memang keadaan kita tak akan berubah walaupun Reen cerita. Tapi dengan cerita semuanya, setidaknya beban yang ditanggung dapat dikongsikan bersama dan jadi lebih ringan."

"Tak membantu."

Naiz leraikan pelukan dan kembali duduk. Nain menunduk memandang Naiz.

"Reen tak pernah cuba. Reen tak tahu rasanya. Berbeza dengan orang yang dah selalu buat tu. Orang cerita, merengek, menangis, lepastu orang lega." Nain mengeluh.

"Sesekali Reen kena ungkapkan ia keluar dari mulut. Sesekali Reen perlu dipeluk dan ditenangkan. Sesekali Reen perlu diyakinkan."

Nain pusingkan tubuh memandang langit. Naiz ukir senyuman kecil kemudian bersandar.

"Kadang-kadang... Jadi lemah tu bukanlah kesalahan. Ia cuma tanda yang kita ni hanya manusia biasa. Manusia yang masih miliki rasa penat dan lelah. Manusia yang masih miliki hati dan perasaan," tuturnya. Tanpa sengaja kenangan indah bersama Nain dan papa mereka kembali menyapa.

Senyuman manis terukir di bibir Naiz.

"Tak sangka..." Ujaran Nain itu mengundang tanda tanya Naiz.

"Apa yang tak sangka?" soal Naiz bingung.

"Kiizran. Orang yang cerewet, gedik dan kekanakan tu tiba-tiba berubah jadi lebih matang. Papa mesti bangga."

Naiz mencebik. Apa yang tiba-tibanya? Dia tidaklah seteruk itu. Lagipula mereka sudah tua. Sudah tiga puluh tahun. Wajarlah pemikiran pun berubah.

"Dan Reen pula berubah lebih kekanakan!" Nain ketawa mengejek.

"Maybe..."

"Cih! Mengaku pula tu!" Geram Naiz.

KHAI berbaring di atas ribaan Nain sementara Kenan dan Naiz pula sudah tertidur nyenyak atas lembek di bawah. Siap berpelukan lagi.

"Nain... Aku pun dah mengantuk ni."

Nain menunduk memandang Khai yang menggosok mata. Nafas dihela lelah. Siapa yang buat idea nak berjaga, siapa yang dah mula mengantuk?

"Tidur." Khai lantas duduk dan menguap.

"Kau tak nak tidur?" Nain menggeleng. Alat kawalan jauh dicapai dan suara dikecilkan.

"Tidurlah." Khai mengangguk dan turun berbaring di sebelah Kenan. Letak sahaja kepala atas bantal dia sudah ditelan lena. Nain gelengkan kepala dan turun membetulkan selimut mereka bertiga.

Nain kemudian bawa diri ke balkoni dan menikmati udara di luar meski terasa sangat dingin kerana tubuhnya yang masih dalam keadaan kurang sihat.

"Sekarang Kiiz dah makin bijak. Dia yang dulu perlu dinasihatkan, sekarang jadi lebih bijak nasihatkan orang." Nain terkekeh perlahan.

Adiknya semakin dewasa dan dia malah terlihat kekanakan. Nain tidak menyangka adik kembarnya akan berkata seperti itu. Padahal selama ini cuma tahu menangis, merengek dan memaksa sahaja.

"Reen..." Suara Naiz kedengaran. Nain menoleh. Fikirnya Naiz mengigau. Ternyata sudah pun terjaga.

"Reen... Lapar..." Nain berdecit mendengarnya. Sakit hati tiba-tiba terasa. Boleh pula bangun dan cakap lapar. Biasanya susah sekali dibangunkan.

"Nak makan?"

"Um... Nak susu sekali."

Nain kemudian masuk dan mengunci pintu. Dia akan kupaskan sedikit buah epal yang dibeli oleh Kenan dan Khai tadi.

"Reen... Nak nasi."

"Seriously?" Naiz mengangguk. Nain mengeluh. Kalau itu kata Naiz terpaksalah dia berpanas depan kuali memasak untuk Naiz.

Untung jadi Naiz bukan? Mengadu lapar je ada yang bersedia siapkan dia makanan.

"Nasi goreng boleh?"

"Nasi goreng ayam ke?" Nain mengangguk.

"Ayam goreng tepung!" Nain mengeluh.

"Hm. Duduklah dulu." Naiz tersengih. Sukanya dia bila dapat makan seperti dalam mimpi. Sejujurnya dia terjaga pun kerana ayam goreng tepung dalam mimpinya tiba-tiba hilang sebelum dijamah.

"Reen, susu!"

"Ambil sendiri," arah Nain yang sedang sibuk membersihkan ayam.

"Alah..." rungutnya kemudian membuka langkah ke peti sejuk. Pintu peti dibuka dan dua kotak susu dia ambil bawa ke depan. Televisyen yang masih menyala ditonton.

"Hoam... Cerita ni bosan." Filem lain dibuka. Dia lebih suka filem bergenre misteri dan thriller daripada filem drama begini. Lebih mencabar dan meningkatkan adrenalin.




—BERSAMBUNG

[C] NAIN NAIZ 2Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang