MENYAMPAH! Naiz rasa menyampah sungguh dengan abang kembarnya itu. Lepas habis waktu pejabat agaknya terus ke sini untuk ganggu dia. Dengan baju tidak berganti, rambut serabai dan paling menyakitkan hati ialah bila Nain bertindak merampas makan malamnya. Sudahlah itu bungkusan terakhir.
"Reen! Pulangkan!" Nain acuh. Alangkah indahnya hari bila dapat makan mi segera tanpa perlu bersusah payah di dapur. Masih hangat pula tu.
"Reen! Hish! Janganlah habiskan!"
Ke kanan, ke kiri, depan, belakang, semua berjaya Nain elak. sepertinya lelaki itu memang berniat habiskan semua dan biarkan dia mencuci mangkuk. Ada abang macam ni memang elok buangkan saja ke dalam tong sampah.
"Nain demam lagi ke?" soal Kenan di sebelah Khai. Mereka berdua asyik menonton drama dua beradik itu. Entah siapa yang akan menang nanti.
"Mungkin. Tadi masa dekat office pun nampak tak bermaya jugalah sikit."
"NAIN KAZREEN!" Jeritan Naiz bergema.
"Ugh! Too loud, Kiizran!" Nain gosok telinganya yang hampir pekak. Naiz sungguh gila. Menjerit sekuat hati tepat di telinganya. Boleh pecah gendang telinga kalau tidak bernasib baik.
"HUWAAAA GANTI BALIK!" Naiz memang berjaya rampas semula mangkuk itu. Tetapi sayang sekali isinya sudah tidak banyak. Satu suapan pun tak mungkin lepas. Kenan dan Khai sama-sama geleng kepala. Sengaja sungguh nak menyakat si cengeng itu.
"Bising," kata Nain.
"Reen jahat! Jahat! Orang lapar tahu tak?"
"Atas meja ada makanan. Ambil makan." Nain lantas menoleh. Matanya berbinar gembira. Patutlah ada bau yang begitu wangi sejak tadi. Ingatkan sebab dia lapar sampai halusinasi. Tidak menunggu lama Naiz segera ke meja dan keluarkan isi dari plastik gelenyar.
"Wah! Chicken Chop!"
"Untunglah orang ada abang," ujar Kenan sengaja. Nain dan Khai memandang lelaki itu aneh.
"Kau ada abang kan?" soal Khai.
"Aku ada kakak!"
"Pergi sana. Makan," arah Nain. Kenan sengetkan kepalanya.
"Huh?"
"Tadi Nain belikan untuk kita semua. Bahagian kau pun ada. Pergilah makan." Khai menjelaskan. Mendengar itu Kenan tersenyum lebar.
"Terima kasih Nain!"
Khai ketawa dan siku perlahan sisi perut Nain. Bukan dia tidak lihat telinga yang merah itu. Khai juga tahu Nain merampas makanan Naiz tadi kerana tidak mahu Naiz sering makan makanan yang tidak sihat. Nain itu pun bukannya sihat sangat tubuh badannya.
"Jom, makan." Nain mengangguk. Akhirnya mereka bertiga duduk di meja makan dan makan malam bersama. Riuh kondominium itu dengan gurauan dan perbincangan tidak penting mereka. Nain pula seperti biasa, diam dan hanya pasang telinga tanpa ada niat ingin bergabung. Mendengar dan memerhati jauh lebih mudah. Tidak perlu banyak keluarkan tenaga.
"Reen, nak susu." Nain mengangguk faham. Dia segera bangun pergi ke dapur untuk mengambil susu kotak kegemaran Naiz. Sekali gus ambilkan air untuk dua rakannya.
Sementara itu Naiz sibuk menghabiskan daun saladnya. Ubi kentangnya akan dia makan terakhir.
"Naiz, tadi dekat office demam Nain macam naik semula." Naiz lantas memandang Khai.
"Naik lagi?" soal Naiz memastikan.
"Mungkin. Tadi aku nak cek suhu pun dia tak bagi. Tapi nampaklah yang dia tu tak larat."
ANDA SEDANG MEMBACA
[C] NAIN NAIZ 2
Random"Papa dah tak ada, Kiiz..." -Nain Kazreen Mendengar berita itu Naiz jadi hilang arah. sedih, marah, semua sudah tidak dapat dia bezakan. Tambahan pula Nain yang seakan-akan tidak peduli dengan pemergiaan papa mereka. Nain kejam. "Kalau Reen tak ada...
![[C] NAIN NAIZ 2](https://img.wattpad.com/cover/404594915-64-k199492.jpg)