KENAN berpeluk tubuh melihat Naiz yang sedang berbaring di atas sofa sambil menonton televisyen. Di kondominium itu bilik Naiz sudah berubah menjadi studio.
"Jadi?"
"Diam. Aku tak nak cakap sekarang." Kenan mengeluh. Sudah dia duga. Pasti lelaki itu sedang merajuk dan sengaja gunakan alasan pekerjaan yang sudah pun selesai dua hari yang lalu.
"Cakaplah elok-elok dengan Nain tu."
"Hish! Kau tak tahu dia tu keras kepala macam mana! Kalau kau tahu mesti kau pun akan fikir banyak kali nak suruh aku cakap elok-elok dengan vampire tu!" rungutnya geram. Kenan mengeluh.
"Naiz, aku nak tanya sikit boleh?" Naiz mengerling Kenan sekejap sebelum mengeluh dan duduk bersila di atas sofa itu.
"Apa dia?"
"Nain tu sejak kecil tak pernah cerita apa-apa?" Naiz mengangguk.
"Dengan papa pun dia tak cerita sangat. Dia cuma banyak nangis kot. Aku banyak lupa."
"Kau ingat waktu Nain tak datang sekolah hampir sebulan waktu sekolah rendah dulu?" soal Kenan. Naiz menggeleng. Dia benar-benar tidak dapat mengingat apa-apa soal itu meskipun dia cuba.
Bahkan Tuan Muaz pun sering mengelak apabila dia minta diceritakan semua perkara yang dia lupakan. Sampai saat ini pun ada sebahagian ingatan yang tidak dia ingat dan seolah-olah sudah dikunci rapat agar dia tidak mengetahui apa-apa selain masa-masa kelamnya dengan perempuan yang mengerikan.
"Mungkin itulah sebabnya dia tolak untuk cerita apa-apa dengan kau. Mungkin terlalu berat sebab kau sendiri tak mampu ingat apa-apa. Kekuatan ngeri kau tu pun mungkin sebab apa yang jadi di masa lalu yang masih terkunci sampai sekarang." Naiz kerutkan dahinya memandang Kenan.
"Jadi... Kau nak cakap yang aku salah? Aku terlampau desak dia? Macam tu ke?" Kenan ketawa.
"Tak ada sampai macam tu pun. Aku cuma nak kau fahami sikit keadaan dia. Orang macam Nain memang susah untuk meluah. Kalau nanti dia mampu meluah, itu akan jadi satu-satunya luahan yang paling menyakitkan yang akan kau dengar."
"Kau yakin kau mampu bertahan dengan keadaan tu nanti?" soal Kenan setelahnya. Hal itu buatkan Naiz membisu.
"Berikan dia masa. Ya?"
"Hm... Kau dengan dia sama je. Dua-dua suka buat aku rasa bersalah." Kenan ketawa kuat mendengarnya.
"Baiki lah juga perangai kau yang kuat merajuk tu. Kalau aku jadi Nain memang aku dah humban kau ke hutan tau," seloroh Kenan. Naiz capai bantal dan dibaling ke arah Kenan. Makin galak ketawa lelaki itu.
"Menyampah!"
"Eleh, anggap jelah aku ni orang penting yang tak nak tengok hubungan kau adik beradik terus kandas hanya sebab ego kau masing-masing." Naiz mencebik. Mana ada dia ego. Nain yang ego. Cih!
Sementara itu Nain di pejabat sedang menguruskan hal-hal yang dapat mengganggu ketenangan kerja mereka yang lain.
"Nain, kau okay?" soal Khai dengan nada penuh kerisauan. Nafas Nain pendek-pendek dan Nain jelas kelelahan.
"Okay. Untuk sekarang letak dulu staff lelaki dekat receptionist." Khai mengangguk faham.
"Lepastu staff perempuan yang tegas dan boleh bela diri. That's it. Security guard kita tambahkan dua orang lagi. Lelaki. Cari yang boleh dipercayai."
"Aku faham. Sekarang kau naik. Kau rehat dulu dan aku akan uruskan semuanya." Nain mengangguk akur. Rasa bahang kembali lagi. Mungkin dia memang patut berehat sahaja dulu di rumah sampai betul-betul pulih.
—BERSAMBUNG
ANDA SEDANG MEMBACA
[C] NAIN NAIZ 2
Random"Papa dah tak ada, Kiiz..." -Nain Kazreen Mendengar berita itu Naiz jadi hilang arah. sedih, marah, semua sudah tidak dapat dia bezakan. Tambahan pula Nain yang seakan-akan tidak peduli dengan pemergiaan papa mereka. Nain kejam. "Kalau Reen tak ada...
![[C] NAIN NAIZ 2](https://img.wattpad.com/cover/404594915-64-k199492.jpg)