C H A P T E R • 1 2 •

134 11 0
                                        

SEPERTI yang dikatakan Naiz malam itu Khai dan Kenan hadir bagi memeriahkan suasana. Meski hanya mereka berempat suasana tetap berubah. Riuh, penuh canda tawa dan gurauan bagai ada lebih daripada empat orang di sini.

Namun seperti biasa juga... Nain duduk sendirian dan tak mahu bergabung dengan mereka yang lain. Dia hanya duduk diam di atas sofa menikmati biskut buatan adik kembarnya.

"Nain." Keluhan dilepaskan. Nain memandang Khai yang sudah duduk di sebelahnya tanpa izin.

"Kau marahkan aku?"

"Shut up." Khai bersandar melihat Naiz dan Kenan yang heboh kerana permainan video.

"Aku minta maaf kalau aku buat kau terasa dengan kata-kata aku tadi. Aku tak maksudkan apa yang kau fikir pun. Aku cuma nak tolong kau."

"Aku cakap diam, Khai Alief." Dingin suara Nain kedengaran. Nain langsung tidak mahu membahas itu. Rasanya sakit setiap kali orang lain mula membahas soal kesihatannya. Lebih tepat kesihatan mentalnya.

Khai mengeluh dan akhirnya akur dengan arahan Nain. Dia hanya diam memerhatikan Naiz dan Kenan. Sesekali matanya mengerling ke arah Nain.

Mungkin saja Nain merasa dilecehkan kerana kata-katanya itu. Dia tidak seharusnya membahas hal yang sensitif begitu.

"Hish! Kau main tipu!" tuduh Naiz.

"Kau yang main tipu! Dah lah main tipu lepastu kalah pula!" Naiz kembungkan pipinya.

"Menyampah!" Naiz tinggalkan alat kawalan dan terus bangun duduk di sofa. Kenan ketawa. Alat kawalannya juga dia tinggalkan dan duduk di sofa. Selepas bermain rasa lapar pun tiba.

"Reen kenapa ni? Pucat je." Naiz menyoal.

"Have fun," ucap Nain kemudian dia bangun dan bawa diri ke tingkat atas. Naiz kerut dahi. Khai yang kelihatan tertekan itu dipandang. Aneh.

PINTU bilik Nain ditolak perlahan. Abang kembarnya yang sedang sibuk dengan telefon di atas katil itu dipandang.

"Reen... Orang boleh masuk?" soalnya ragu. Nain menoleh dan mengangguk. Naiz lantas tersenyum dan masuk kemudian tutup pintu rapat. Dia duduk di atas katil.

"Reen gaduh dengan Khai ke?"

"Huh?" Nain bingung. Naiz capai bantal dan dipeluk. Lutut dinaikkan. Nain yang tadinya sibuk sendiri kini hanya berikan tumpuan untuk Naiz.

"Reen harini macam banyak hindari Khai. Maksud orang... Reen macam jaga jarak dengan Khai. Tadi pun orang perasan yang Reen marah Khai. Ada masalah ke?" Nain mengeluh.

"Reen tahu Reen boleh cerita dekat orang kan?"

"Tidur, Kiizran." Naiz tahu Nain akan tolak dia lagi. Kehadirannya selalu tidak diterima baik jika dia mula menyoal hal yang tidak perlu.

"Orang tak nak Reen dengan Khai macam ni. Awkward dan kalau Reen lupa... Khai tu assistant Reen. Bukan cuma kawan yang Reen boleh pakai buang. Reen akan kerja dengan dia lama."

"Kiizran." Peringatan pertama. Naiz mengeluh lelah.

"Reen tak penat ke jadi macam ni? Lama-lama hubungan Reen dengan orang sekeliling akan rosak kalau Reen terus macam ni," kata Naiz. Terselit rasa khawatir di sana. Dia tidak mahu Nain semakin teruk dan terus memendam sendirian.

"Last warning, Naiz Kiizran. Stop it."

"Kenapa? Padahal Reen sendiri cakap nak berubah! Kita ni cuma ada satu sama lain! Tak ada orang akan perhatikan Reen macam orang perhatikan Reen! Tak orang akan risaukan Reen macam orang risaukan Reen! Tak ada yang akan ambil risiko dan hidup dengan Reen yang selalu menyakitkan hati dan lemah tubuh macam yang orang buat!"

Nain turun daripada katil dan meninggalkan Naiz sendirian di dalam biliknya.

"Penipu!" herdik Naiz geram.

Sementara itu Nain malah ke bilik Tuan Muaz. Bilik kosong itu selalu menjadi tempat ternyaman buatnya. Meskipun rasa sesak di dada tidak akan pernah hilang.

"Berubah?" bisiknya perlahan.

PAGINYA Naiz kembali menemui Nain. Tidak untuk membicarakan masalah semalam tetapi untuk memaklumkan. Naiz juga masih merasa kesal dengan sikap Nain terhadapnya.

"Orang ada kerja jadi orang akan bermalam dekat studio. Akan makan masa yang agak lama dari biasa sebab kalini lagu yang nak dibuat kena mula dari tentukan siapa penyanyinya. Jangan risau, si tupai akan ikut orang macam yang Reen suruh sebelum-sebelum ni."

"Berapa lama?" soal Nain seraya bersiap-siap untuk keluar.

"Tak pasti."

"Hm. Take care." Naiz mengangguk. Tangan Nain dia capai dan dibawa ke hidung.

"Orang minta maaf. Doakan orang berjaya siapkan dengan cepat." Nain diam tidak menjawab. Naiz lepaskan tangan Nain dan kemudian terus pergi daripada sana.

Nain tahu adik kembarnya itu merupakan seorang komposer muzik yang hebat meski sikapnya begitu Naiz serius dengan pekerjaan yang dilakukan meski itu hanya kerja sampingan.

Telefon yang berdering dicapai dan panggilan dijawab. Khai yang menelefon dan jujur sahaja Nain merasa agak kurang selesa kerana sikapnya terhadap Khai.

"Kau yakin nak masuk office?"

"Hm."

"Kalau macam tu pukul dua nanti masuk bilik mesyuarat. Klien nak tengok hasil akhir." Nain sekali lagi berdehem kecil dan talian diputuskan. Jam dilihat sebelum dia bergegas keluar.

—BERSAMBUNG

[C] NAIN NAIZ 2Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang