C H A P T E R • 1 1 •

117 15 0
                                        

KHAI terdiam mendengar apa yang Nain tanyakan padanya. Mungkinkah kerana demam itu Nain jadi agak berbeza? Seakan-akan baru selepas diberikan seketul hati.

"Khai?" bingung Nain apabila menerima kebisuan.

"Kau serius tanya aku soalan tu?" soal Khai memastikan. Nain mengeluh. Selimut ditarik. Sejuk sungguh wad ini.

"Jawab jelah."

"Kau patut tanya Naiz. Dia adik kau, orang yang hidup dengan kau." Nain menggeleng.

"Dia tak boleh," jawab Nain tegas. Khai berpeluk tubuh. Dia tahu Nain tidak mungkin akan bertanya soal ini kepada Naiz. Untuk bahas perkara ini pun rasanya sulit kerana ego yang dipelihara lelaki itu.

"Habistu, kau rasa perangai kau macam mana selama ni? Ada tak tunjukkan rasa sayang dan perhatian?"

"Aku tak tahu, Khai. Sebab itulah aku tanya kau. Aku minta pendapat. Kalau aku boleh fikir sendiri aku tak akan tanya kau." Khai terkekeh kecil. Hah... Sudah lama sekali Nain tidak berbicara panjang dan lebih dari lima patah perkataan apabila dengannya.

"Sebab itu jugalah aku suruh kau tanya Naiz. Dia yang hadap perangai kau, dia yang hidup dengan kau, dia yang adik kau, dia yang terima semua perlakuan kau."

Nain diam agak lama. Keadaan di dalam wad itu kembali sunyi. Khai panggung kepala memandang Nain tenang.

"Kenapa kau ragu?" soal Khai. Nain menunduk sekejap sebelum kembali memandang Khai yang setia menanti jawapannya. Setidaknya lelaki itu jelas tahu ada yang aneh dengan Nain.

"Cara Reen, perlakuan Reen, kata-kata Reen, semua macam Reen sengaja nak kekalkan jarak yang dah ada antara kita. Jarak dan tembok yang tak pernah diperbaiki sejak dulu..."

"Sebenarnya..." Khai jongket sebelah kening.

"Naiz pernah cakap yang aku sengaja nak kekalkan jarak dan tembok yang dah ada di antara kami." Nain mengeluh kemudian menunduk lelah.

"Dia rasa yang dia tak penting dalam hidup aku, Khai. Even kau dengan Kenan pun sedar yang dia penting. I mean... Look at him. Lemah, cengeng, gedik dan manja. Kalau dia tak penting, aku tentu akan tinggalkan dia," lanjutnya perlahan dan hal itu mengundang tawa kuat daripada Khai.

Nain memandang geram.

"Seriously? Nain! Kau tu bukannya budak-budak yang tak boleh nak susun kata-kata manis! Tindakan kau pun bukannya tak boleh nak tunjukkan sayang dan perhatian tu! Kau cuma ego! Kau malu! That's it! Itu je masalah kau!" balas Khai dengan sisa tawanya.

"Action speaks louder, Khai."

"Then? Tunjuklah yang tu sayangkan dia dan buat dia rasa diri dia penting dalam hidup kau."

Nain merengus. "Dah buat dan itulah hasilnya."

"Gunalah cara yang berbeza. Maybe... Ungkapkan sikit sayang kau? Tak perlu banyak berubah pun. Cuma jangan tolak kehadiran dia. Peluk dia, usap kepala dia atau paling senang kau senyum. Selalu senyum untuk dia," cadang Khai dengan senyuman.

"Dia tu suka senyuman kau. Atau bila memungkinkan... Kau boleh berubah dari segi sikap. Maksud aku mungkin kau boleh lebih banyak berekspresi, lebih banyak bercakap dan jadi sikit lebih manja dekat dia?"

"Nonsense!" Khai ketawa apabila cadangannya itu ditolak mentah-mentah. Kalau dah namanya Nain Kazreen memang akan selamanya begitu. Keras kepala sungguh!

"Atau kau ada sebab lain selain daripada ego?" Nain membatu sesaat dan itu berjaya ditangkap oleh Khai.

"Katakanlah... Kau mungkin ada sesuatu yang kau pendam? Mungkin sesuatu yang besar dan berat sampai kau tak sedar yang kau secara tak langsung hindari Naiz dan berusaha untuk kawal semua sendiri." Langsung tiada jawapan yang dapat Nain katakan.

Dia hanya mampu diam membiarkan Khai dengan segala fikirannya dan mungkin prasangka akan masa lalunya atau bahkan mungkin prasangka tentang tindakannya saat ini. Rahang diketap.

"Nain..." panggilnya lembut. Nain diam tidak menyahut. Khai pegang bahu lelaki itu dan berusaha mencari mata Nain.

"Diam." Pandangan mereka bertemu. Khai menggeleng.

"Nain, kau mungkin perlukan bantuan daripada pakar-"

"AKU TAK GILA!" Cepat Nain memotong. Tangan Khai juga ditepis kasar hingga lelaki itu meringis kesakitan.

"Aku tak cakap kau gila, Nain."

"Tapi kau cuba maksudkan itu! Aku tak gila dan aku tak perlukan bantuan! Jangan berani cakap benda bodoh macam ni lagi!" amuknya dengan wajah bengis.

Khai diam memandang Nain. Wajah, cara bicara, pandangan mata yang bergerak-gerak dan tangan yang sengaja disembunyikan itu cukup menjelaskan apa yang bermain dalam fikirannya. Tidak salah lagi, Nain Kazreen memerlukan bantuan atau lelaki itu akan hancur sendirian.

"Maaf," ucap Khai. Nain seolah baru tersedar terus berbaring membelakangi Khai. Dia tahu reaksinya mungkin sudah buatkan Khai curiga.

"Kau rehatlah. Aku nak keluar kejap cari makan. Nanti aku datang balik. Apa-apa kau call je." Nain langsung tidak berkutik dan Khai juga tidak mahu menunggu lebih lama. Untuk sekarang biarlah Nain berehat sedikit lebih lama.

Sebaik sahaja Khai pergi Nain terus duduk dan menatap tangannya yang masih terpasang wayar-wayar yang sangat mengganggu.

"...Kau mungkin perlukan bantuan..."

Nain ketap rahang. Mengapa semua orang sering berkata begitu? Dia masih berfungsi dengan baik. Tiada yang janggal dengan. Kesibukan harian juga berjaya dia selesaikan dengan baik tanpa cacat. Dia tidak perlukan bantuan. Mungkin inilah saat yang tepat untuk dia berhenti.

Telefon diambil dan tarikh dilihta sekejap. Baguslah. Esok merupakan sesinya dengan psikiatri. Dia bakal memutuskan sesi ini. Perasaan tak nyaman itu perlu dia buang.

"Reen!" Nain mendongak memandang Naiz yang tersengih. Nain hanya diam tidak berikan sebarang balasan. Naiz mencebik.

"Datang balik dah perangai beruang kutub tu! Benci betul!" rungut Naiz.

"Reen melamun apa? Orang bagi salam pun Reen tak pandang." Nain menggeleng dan kembali berbaring.

"Reen dah boleh keluar hospital harini. Nanti lepas air tu habis kita dah boleh balik. Orang dah bagitahu Khai juga tadi. Jadi malam ni dia dengan Kenan datang rumah. Raikan Reen."

"Tak perlu," tolak Nain. Dia tidak suka begitu.

"Tak apa, sekali-sekala." Nain mengeluh. Tangan Naiz dia tarik dan genggam kecil. Naiz menatap abang kembarnya itu bingung.

"Reen tak sihat lagi ke?"

"Diam. Duduklah, mengantuk." Naiz tersenyum manis dan mengangguk. Kerusi ditarik dan punggung dilabuhkan. Dia hanya menatap sang abang yang perlahan-lahan tidur dengan menggenggam tangannya.

"Comel je," komen Naiz dengan kekehan ringan.

—BERSAMBUNG

[C] NAIN NAIZ 2Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang