PENAT.
Hanya satu kata itu yang tak mampu Nain utarakan. Maksud disebalik kata penat itu juga tidak mampu dia jelaskan dengan mudah seperti menghitung satu hingga lima.
Bola matanya bergerak-gerak gelisah. Lagi dan lagi dia melihat hal yang tidak seharusnya. Kilasan masa lalu memang sangat menyakitkan. Tiada yang mampu halangi kilasan itu.
Rasa nyata buatkan jantung berdegup amat kencang dan peluh dingin membasahi tubuh. Tangan yang sejuk seakan mahu beku itu menggigil.
Kecemasan yang disembunyikan sering sekali ganggu kehidupan hariannya sejak pemergian papa. Ubat yang seharusnya dia telan pun langsung tidak disentuh. Mungkin kerana itulah tubuhnya memberontak. Berhenti telan ubat secara tiba-tiba begitu amat berbahaya dan dia sering diberikan peringatan walau akhirnya dia abai.
"Berhenti dekat dengan Naiz. Kau tak faham bahasa ke? Mainan ni pun! Aku beli untuk Naiz. Jangan berani sentuh!"
Nafas ditarik dalam-dalam. Naiz yang tidur di sebelahnya itu tidak boleh diganggu. Adik kembarnya perlukan rehat setelah merawatnya yang terlalu degil.
"Kau ni banyak cakaplah, Nain. Tahu tak bingit? Sengaja nak tarik perhatian kan?"
Nain segera turun daripada katil dan masuk ke bilik air. Pancuran air dibuka dengan suhu paling sejuk kemudian dia duduk di bawah sana dan berusaha tenangkan fikiran.
Benar, inilah punca demamnya semakin teruk dan tidak kebah. Nain Kazreen tidak mampu tangani perasaan cemas, gelisah dan kilasan masa lalu yang datang bersamaan.
Dulu dia diberikan ubat tidur. Tetapi kerana tiada lagi yang mampu awasinya dalam mengambil ubat tidur dia tidak lagi diberikan ubat tidur kerana potensi dalam menelan berlebihan terlalu besar.
"Penat..." gumam Nain yang menggigil di bawah pancuran.
"Tapi... Naiz perlukan aku..." lanjutnya perlahan. Nain menunduk sedikit memandang lantai keramik berwarna hitam.
Meski perlahan, perasaan yang dia salurkan ke dalam kata itu cukup menyakitkan. Cukup berat dan tidak cukup untuk sekadar buatkan dia merasa cukup atau bahkan puas.
Kata penat itu banyak kurangnya.
BAGAI mahu tercabut jantung Naiz pagi itu kerana keadaan Nain. Wajah Nain semakin merah dan lelaki itu menggigil teruk. Benar-benar tidak masuk akal!
"Sebenarnya apa yang jadi? Semalam suhu dia dah turun sampai 37 darjah lah!" bingungnya. Pengukur suhu itu dipandang. 41 darjah. Naiz tidak mahu ambil risiko lagi dan akhirnya mengheret Nain ke hospital.
Kata papa suhu tinggi boleh menyebabkan banyak perkara yang tak diinginkan jika tidak segera ditangani.
Nain di sebelahnya dipandang. Pucat sungguh lelaki itu. Bahkan bibir pun pecah-pecah.
Setibanya di hospital Naiz segera berlari masuk mencari seseorang untuk dimintai tolong membawa Nain untuk dapatkan rawatan dengan segera.
Tidak menunggu lama ada ada beberapa jururawat yang menolak stretcher dan Naiz segera bantu keluarkan Nain daripada kereta untuk diletakkan di atas stretcher.
"Pesakit ada riwayat penyakit?" soal salah seorang jururawat. Naiz mengangguk.
"Ada. Dia ada anemia sejak lahir lagi."
"Pernah transfusi darah?" Naiz cuba mengingat beberapa kali sebelum mengangguk.
"Pernah. Tahun lepas pernah transfusi darah sebab hb dia jatuh teruk."
"Sebelum ni ada simptom yang macam ni?" soal jururawat lagi.
"Tak ada rasanya. Sebelum ni dia cepat penat je. Kalau demam pun biasanya tak teruk sangat sampai macam ni." Jururawat itu mengangguk faham.
"Baiklah, kami akan berusaha untuk stabilkan pesakit. Encik boleh duduk di tempat menunggu." Naiz mengangguk faham.
SETELAH lelah menunggu doktor beritahu yang Nain perlukan transfusi darah kerana hemoglobin yang rendah. Setelah tandatangan persetujuan Naiz terus berada di sisi Nain.
"Reen... Cepat sembuh." Tangan Nain digenggam.
"Orang tak nak duduk sorang-sorang. Orang tak suka rumah sunyi... Orang tak suka tengok Reen sakit... Cepat sembuh, Reen..." tuturnya perlahan. Perasaan takutnya begitu besar. Air mata pun jatuh tanpa sempat dikawal. Naiz tidak mahu hal yang lebih buruk daripada ini menimpa Nain.
"Too loud, Kiizran." Naiz angkat muka dan pandang Nain yang mula membuka mata perlahan.
"Orang boleh nangis lagi kuat kalau Reen masih tak sembuh dan makin teruk sakitnya!" Nain terkekeh kecil. Naiz mencebik. Tengoklah gigi taring tajam serta lesung pipit itu. Nain sedang mengejeknya!
"Risau?" soal Nain.
"Boleh tak Reen jangan tanya soalan macam orang bodoh? Mestilah risau! Reen tak tahu macam mana keadaan Reen tadi. Mengerikan! Orang fikir orang akan hilang vampire kesayangan orang ni! Reen jahat! Selalu buat orang risau lepastu buat muka macam orang tak bersalah!"
Nain pandang Naiz lama. Mata Naiz sedikit bengkak dan masih merah. Hidung dan telinganya juga merah. Tentu lama dia menangis.
"Dah macam badut," komen Nain.
"Hish! Bukan waktu untuk cari pasal tau sekarang ni! Humph!" Nain jongket bahu acuh. Mana dia peduli. Siapa suruh Naiz pandai-pandai biarkan dia disuntik sana sini.
"Dahaga."
"Nanti doktor bawa makanan dengan air. Sekarang pun dah waktu makan." Nain mengangguk faham.
"Dah makan?" Naiz menggeleng.
"Belum lagi. Tapi nanti Khai dengan Kenan datang bawa makanan untuk orang. Sementara Reen kena makan makanan hospital dulu." Nain mengangguk faham.
"Cepat sembuh, okay?" Nain hanya tersenyum nipis.
"Orang sayang Reen... Orang tak suka Reen macam ni. Orang takut bila tengok Reen sakit. Orang jadi cepat nangis... Jadi Reen tak boleh buat macam ni lagi. Kalau sakit kita terus pergi klinik atau hospital. Janji?"
Nain pandang lama jari kelingking Naiz yang terangkat. Tidak mahu berjanji tetapi melihat Naiz saat ini cukup untuk menyayat hatinya. Pertahanan yang dibina pun runtuh seketika kerana sang adik.
"Janji." Jari kelingking mereka bertaut dan Naiz tersenyum manis. Syukurlah.
—BERSAMBUNG
ANDA SEDANG MEMBACA
[C] NAIN NAIZ 2
Random"Papa dah tak ada, Kiiz..." -Nain Kazreen Mendengar berita itu Naiz jadi hilang arah. sedih, marah, semua sudah tidak dapat dia bezakan. Tambahan pula Nain yang seakan-akan tidak peduli dengan pemergiaan papa mereka. Nain kejam. "Kalau Reen tak ada...
![[C] NAIN NAIZ 2](https://img.wattpad.com/cover/404594915-64-k199492.jpg)