C H A P T E R • 0 9 •

161 13 0
                                        

NAIZ kembali ke ruang tamu yang menempatkan Nain. Sekarang untuk sekadar naik tangga pun Nain tidak larat. Sungguh teruk demam lelaki itu. Melarat sampai susah untuk Naiz kawal keadaan.

"Maaf..." ucap Nain perlahan. Naiz yang sibuk bersihkan tubuh Nain dari tumpahan makanan itu dipandang penuh rasa bersalah.

"Tak nak maafkan. Habis kotor baju orang sebab Reen. Doktor suruh pergi hospital tak nak, doktor tanya itu ini tak nak jawab. Degil." Nain hanya diam. Marah sungguh Naiz dengannya kali ini.

"Dah kena suntik barulah nak sedar diri. Itu pun sedar kejap je, lepastu lupa diri terus. Doktor cakap itu salah, doktor cakap ini pun salah, dia je betul. Orang lain semua salah. Entah sejak bila dia dapat gelar doktor pun tak tahulah."

Nain hanya abaikan perlian sinis Naiz itu. Tadi sewaktu doktor tiba dia terus diperiksa dan diberikan beberapa suntikan sebelum akhirnya dia terpaksa masuk air dalam badan akibat dehidrasi.

Nain juga sudah dipastikan hanya mengalami demam tinggi. Keadaan Nain cukup teruk juga kerana tubuh yang rapuh dan anemianya.

"Reen patut bersyukur sebab Reen tak sakit parah." Nain akui itu benar.

"Maaf, Kiizran."

"Apa-apa jelah. Reen telan ubat tu lepastu tidur. Orang pun dah naik lesu badan ni sebab layan perangai degil Reen." Naiz mengarah selamba. Mentang-mentang Nain sedang tidak berdaya Naiz malah mengambil kesempatan untuk perlakukan lelaki itu dengan sedikit teruk.

Bagi jera katanya.

PETANG itu Kenan dan Khai datang melawat sekali gus bawakan pesanan Naiz untuk Nain. Sekarang ini Kenan dan Khai duduk bersila di sebelah tilam yang digunakan Nain di hadapan televisyen.

"Kau tak nak pergi hospital ke?" soal Khai. Nain menggeleng. Dia sudah lelah disuntik. Itu menyakitkan dan menakutkan. Tidak baik buat jantung selalu berdebar.

"Tak kesian dengan Naiz ke? Dia tu cemaskan kau. Ini pun dia minta kami beli buah, beli yogurt, semua untuk kau supaya kau cepat sembuh," kata Kenan pula. Nain hanya diam melihat ke arah dapur di mana Naiz sedang sibuk menyiapkan makan malam.

"Nain, janganlah degil sangat. Turunkan sikit ego tu. Sesekali sakit dan jadi lemah bukannya aib yang memalukan. Kesiankan diri tu," ujar Kenan lagi. Khai mengangguk setuju.

"Kesian kami tengok Naiz tu. Entah dia dah makan ke belum." Nain tersedar. Benar juga, selama menjaganya Naiz banyak menaruh perhatian hanya padanya dan dia tidak melihat Naiz makan.

"Papa tahu Nain tak suka hospital. Papa juga tahu yang Nain bencikan hospital. Tapi papa tak boleh tengok anak-anak papa sakit macam ni tanpa rawatan yang betul." Kepala Nain dielus.

"Bila Nain sakit, adik akan risau. Dia akan sakit sama. Kesian dia... Bila Nain lesu macam ni dia mesti menangis. Nain tahu kan betapa cengengnya adik?"

"Papa sengaja nak buat Nain serba-salah..." tuduh Nain. Tuan Muaz ketawa.

"Dan papa tahu itu selalu berhasil." Nain mencebik kecil dan genggam tangan papanya itu.

"Jom, hospital."

"Good decision, anak kesayangan papa!"

"Reen!" Nain memandang Naiz yang menatapnya garang.

"Apa?" soal Nain bingung.

"Makan ubat. Nah, Shine Muscat." Nain membuka mulutnya menerima suapan Naiz.

"Makan berapa banyak Reen nak. Nanti makan ubat biar cepat sihat. Suhu badan dah turun sikit ni." Nain mengangguk faham.

"Orang nak sambung buat kerja dekat dapur. Reen duduk dulu dengan tupai dan si mulut manis tu." Nain mengangguk lagi. Kenan dan Khai tercengang. Julukan apa itu?

"Siapa tupai?" soal Kenan.

"Kau lah!" jawab Khai.

"Amboi! Kau lah tupai!" Naiz hanya gelengkan kepala dan terus kembali ke dapur. Untuk orang yang malas dan sangat jarang masuk dapur sepertinya ini memang ada banyak perkara yang perlu dilakukan.

Nain mengeluh memicit pelipisnya. Makin sakit kepala dibuatnya apabila kedua orang itu mula berbalas kata.

"Kenan, Khai, stop it."

"Sorry!" Serentak mereka berkata dan kembali tenang.

"Office macam mana?"

"Semua okay, Nain. Staff semua pun risaukan kau sebab kau tak pernah cuti lama atau tak masuk lama-lama," jawab Kenan. Nain mengangguk faham.

"Em... Sebenarnya... Baru lagi ni tapi... Kau ingat tak perempuan yang mengaku sebagai mama kau tu?" Khai mula membuka cerita. Kenan pula diam memandang Nain serba-salah.

"Kenapa?" soal Nain.

"Dia mengamuk lagi. Minta jumpa kau dan minta alamat kau. Tapi kami tak kasi dan hasilnya..." Khai teragak-agak mahu memberitahunya soal itu. Nain kerutkan dahi bingung.

"Hasilnya receptionist kita, Nura... Dia kena cakar. Habis lengan dia berparut dan... Dia down dengan tu. Even suami dia dah tenangkan pun, dia still tak membaik."

"Dah bawa pergi hospital?" soal Nain bimbang. Khai dan Kenan serentak mengangguk.

"Dah. Tapi doktor cakap mungkin akan tinggalkan parut kekal. Bekas cakaran tu dalam." Nain diam memikirkan sesuatu. Tangannya terkepal.

—BERSAMBUNG

[C] NAIN NAIZ 2Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang