C H A P T E R • 0 8 •

149 16 0
                                        

SUBUH hari Naiz membangunkan Nain. Selepas mandi Nain terus dipaksa menelan ubat kerana suhu yang belum turun. Beberapa kali Nain merasa loya dan setelah solat lelaki itu menghabiskan waktu di dalam bilik air selama hampir dua jam kerana ingin muntah dan rasa loya yang mendera.

Sekarang Nain terbaring lesu sofa ruang tamu. Naiz pula sibuk di dapur. Hilang semua angan Nain ingin makan biskut semalam. Naiz hanya mampu masak bubur untuk Nain pagi ini.

"Reen nak minum susu tak?" soal Naiz daripada dapur.

"No."

"Perut okay? Tak rasa pedih?" Nain buka mata memandang Naiz yang mula mendekatinya bersama semangkuk bubur yang masih berasap.

"Okay lagi. Cuma tak larat."

"Orang suap makan. Nanti tidur lagi. Jangan fikir apa-apa. Nanti stress makin sakit pula jadinya," ujar Naiz. Punggung dilabuhkan di sofa sebelah Nain setelah lelaki itu duduk.

"Erh..."

"Kepala Reen makin sakit ke?"

"Hm." Naiz mengangguk faham. Jam dinding dilihat kemudian sesudu bubur ditiup perlahan.

"Nanti lepas makan ni Reen telan ubat tahan sakit. Kalau tak okay juga orang nak call doktor."

"Tak perlu." Nain tidak mahu sampai menyusahkan orang. Dia cuma demam biasa. Esok lusa sembuh juga.

Naiz mengeluh. "Reen kenapa sebenarnya? Kenapa Reen tak nak cerita dengan orang? Reen tahu tak... Orang sedih tau bila Reen tak nak kongsi apa-apa dengan orang."

"Not that important, Kiizran." Naiz mengangguk dan suap Nain makan.

"Mungkin. Tapi penting ke, tak penting ke, itu bukan masalahnya. Yang jadi masalah tu bila Reen tak nak berbagi. Orang nak juga jadi orang yang penting dalam hidup Reen. Walau sekali..."

"You're already important, Kiiz."

"Tapi orang tak rasa." Nain diam memandang Naiz yang juga memandangnya sendu.

"Cara Reen, perlakuan Reen, kata-kata Reen, semua macam Reen sengaja nak kekalkan jarak yang dah ada antara kita. Jarak dan tembok yang tak pernah diperbaiki sejak dulu..." ucap Naiz perlahan. Sekali lagi Nain disuapi.

Hening tercipta beberapa minit. Naiz yang mengalah dan ketawa menukar topik perbualan. Tidak seharusnya dia bicarakan hal begitu di saat Nain sedang tidak sihat dan perlukan perhatian lebih.

"Reen nak susu?" soal Naiz. Nain lambat-lambat mengangguk.

"Kalau macam tu Reen ambil mangkuk ni. Makan sendiri kejap. Orang pergi buatkan susu kejap." Nain akur. Naiz bergegas ke dapur sambil menahan air mata yang ingin gugur.

"Kalau aku tak boleh rapat dengan anak aku sendiri, kau pun aku tak akan biar rapat dengan anak aku, Nain. Go away!"

Nain letak mangkuk bubur di atas meja dan raup wajahnya. Beberapa kali kepala dia gelengkan.

Sementara itu di dapur Naiz diam menatap segelas susu yang sudah siap dia bancuh. Dada yang terasa sesak dipegang. Air mata dibiarkan sahaja mengalir turun.

"Akan ada waktunya Naiz sedar yang Nain tak sepenuhnya cuba hindari Naiz dan buat jarak hanya sebab tak suka atau benci." Naiz angkat muka pandang Tuan Muaz yang tersenyum itu.

"Tapi kalau betul... Dia tak akan buat Naiz. Dia tak akan cakap buruk macam tu..." Tuan Muaz usap air mata di pipi Naiz dengan lembut.

"Orang tak tahu, pa... Kadang-kadang dia buat orang baik sangat. Dia cakap sayang, dia bergurau, dia layan orang baik-baik. Kadang-kadang juga dia nampak sangat... Sangat..."

"Sangat tak terurus? Kacau-balau?" soal Tuan Muaz dan Naiz mengangguk kecil.

"Kadang-kadang juga dia sakitkan hati orang. Dia buat orang rasa tak guna... Buat orang ni macam tunggul."

"Tapi akhirnya dia tetap perhatian kan? Dia tetap lembut dengan Naiz. Dia tetap fikirkan Naiz walau ego dia melangit. Naiz pun sedar tu kan?" Naiz kembali menunduk. Lambat-lambat dia mengangguk.

"Naiz tak suka Nain?"

"Naiz tak suka perangai dia. Naiz rasa sendirian... Naiz rasa yang... Naiz tak pernah ada dalam hidup dia..." Tuan Muaz usap puncak kepala Naiz penuh kasih.

"Nain macam tu sebab dia takut. Papa yang gagal lindungi hati dan perasaan dia. Papa yang gagal lindungi jiwa rapuh dia, Naiz," kata Tuan Muaz dengan sayu.

"Dia saksikan segalanya yang berlaku. Dia saksikan segalanya yang kamu tak mampu lihat, Naiz." Naiz lantas menoleh.

"Naiz... Nain tu lemah."

"Sekarang semua tu tak penting... Sekarang Reen makin teruk dan orang... Orang bahkan tak mampu buat dia percayakan orang, pa..." gumam Naiz. Air mata diseka kasar. Singki dituju dan wajah dibilas beberapa kali.

"Nain ada trauma yang berat. Papa pun ada bawa dia jumpa pakar. Tapi bertahun-tahun lamanya dan dia masih tak mampu berganjak atau bahkan cerita."

Naiz hempas tangannya di sisi singki. Sakit terasa kerana kuku mencengkam keramik.

Naiz tarik nafas dalam-dalam kemudian dihembus perlahan. Setelah merasa lebih baik barulah gelas susu itu diambil dan dibawa ke ruang tamu.

Dia duduk di atas lantai memandangkan Nain sudah kembali berbaring di atas sofa itu.

"Reen tak okay ni. Kita pergi klinik ya?"

"Tak nak." Nain masih lagi menolak. Naiz mengeluh. Tentu Nain sedar yang keadaan tubuhnya sendiri sudah parah dan ada kemungkinan akan disuntik lagi. Dasar penakut!

"Kalau macam tu Reen minum susu ni sampai habis. Kalau sampai petang masih macam ni orang tetap dengan keputusan orang untuk panggil doktor dan kalau Reen meronta, orang akan call ambulance."

Nain memandang Naiz yang memegang segelas susu. Nain bangun dan bersandar di sofa. Rasa loya kembali menyerang.

"Habiskan cepat."

"Nak muntah..." ucap Nain perlahan.

"Seriously? Reen baru je makan!" rungut Naiz. Tidak menunggu lama Nain terus bergegas ke bilik air untuk muntahkan isi perutnya. Naiz mengeluh lelah. Segelas susu itu diletakkan di atas meja dan dia segera menyusul Nain ke bilik air.

Huwek!

Naiz mengurut belakang tengkuk Nain dan tepuk-tepuk perlahan belakang badan lelaki itu.

"Muntahkan lagi." Nain menggeleng. Dia sudah tidak mampu. Naiz membuka pili air dan Nain segera bersihkan mulutnya. Perlahan-lahan tubuh Nain terasa berat hingga akhirnya dia terduduk di atas lantai bilik air.

"Kan dah cakap! Reen makin teruk tahu tak? Orang nak panggil doktor sekarang juga! Reen jangan nak halang! Lepas!" Lengannya yang dipegang Nain ditarik kasar. Geram dengan degilnya Nain.

"Duduk diam-diam. Nanti orang datang balik mandikan Reen sebelum doktor sampai." Nain tidak mampu berbicara lagi. Panas dingin tubuhnya terlalu menyeksa.

—Bersambung

[C] NAIN NAIZ 2Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang