#PCUBB-Part 13

7.7K 319 13

"AH, stresnya! Apa gunanya ada telefon tapi tak nak jawab. Lebih baik bagi monyet aje. Boleh juga dia orang main game dalam hutan tu," omel Lisa sendirian apabila tidak dapat menghubungi Saleha. Deringan ada cuma panggilannya itu langsung tidak dijawab. Takkan bos bagi nombor yang salah.

"Kenapa? Lisa telefon siapa tu?" tanya Kak Wahida buat Lisa tersentak.

"Err... bos punya business partner, Encik Ramlan yang macam biskut kejap ada kejap tak ada tu, ingat tak? Banyak kali call dia tapi tak dapat-dapat." Laju sahaja Lisa mengatur ayat tipu.

"Lisa oh Lisa. Kalau Lisa call sekarang gerentilah macam biskut orangnya. Bukan ke Encik Ramlan pergi tunaikan umrah sekarang ni. Dah lupa?"

"Ah, saya lupa!" Lisa menepuk dahi. Teknik meloloskan diri tidak berjaya! Minta-minta Kak Wahida tidak tanya lebih lanjut.

"Penting sangat ke?"

"Err... pentinglah juga. Bos suruh tu kira pentinglah."

"Mmm... cuba call secretary Encik Ramlan," kata Kak Wahida.

"Okey. Okey." Terangguk-angguk kepala Lisa menerima cadangan Kak Wahida.

"Tapikan... Takkan bos tak ingat yang Encik Ramlan tu pergi umrah?" Kak Wahida sudah bertindak sebagai penyiasat handalan. Lisa cuba bertenang sebaik mungkin.

Baru Lisa ingin buka mulut, tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Panggilan daripada bos. Kecut perutnya bila nama bos tertera. Ini mesti mahu tanya pasal hal Saleha itu. Dalam masa yang sama dia perasan Kak Wahida asyik jeling-jeling pandangnya.

"Hehe... kawan saya," jawab Lisa tanpa ditanya. Kemudian, laju Lisa bangun berlalu ke pantri untuk menjawab panggilan itu. Masak kalau Kak Wahida tahu.

"Macam mana?" suara bos menyoal sebaik sahaja panggilan dijawab.

"Dah banyak kali saya cuba hubungi dia tapi tak ada jawapan pun. Jadi, saya bagi mesej sajalah. Mungkin dia jenis tak suka jawab panggilan dari nombor yang tak dikenali."

"Okey, nanti inform saya."

"Baik. Eh, bos. Lagi satu, saya wajib kena ikut bos jugak ke? Kalau saya tak nak ikut boleh tak?"

"Kenapa?"

"Mmm... Tentulah saya ada hal."

"Hal apa?"

Hisy! Itu pun dia sibuk nak tahu!

"Hal peribadilah. Mana boleh beritahu..."

"Tak boleh. Awak kena ikut juga!"

Tut! Dengan cepat panggilan ditamatkan.

"Bos ni memang melampau betul. Aku baru saja nak habiskan masa hari Sabtu dengan memerah otak, dia pula paksa aku ikut dia dating. Gila apa!" omel Lisa dalam geram.

Nescafe 3 in 1 dibancuhnya. Stres punya pasal.

"Hisy! Aku kena selesaikan hutang cepat-cepat dan lepas tu berambus dari company ni! Lagi lama aku di sini, boleh jadi gila aku dibuatnya. Duduk rumah menulis lagi baik daripada bekerja dengan bos yang gila macam ni. Tahulah dia banyak duit tapi hal macam ni pun malas nak fikir. Nak upah orang suruh fikirkan juga. Orang macam ni memang layak jadi watak antoganis aku!"

Lisa berhenti mengacau air yang dibancuhnya tadi. Otaknya mula memproses idea yang muncul sebentar tadi.

"Eh... bagus jugak cadangan tu. Jadikan bos sebagai watak jahat dan kita lanyak dia cukup-cukup!" Lisa memetik jari. Lalu dia tinggalkan air Nescafe yang dibancuhnya tadi dan berlalu ke mejanya.

PLOT CINTA UNTUK BIG BOSSRead this story for FREE!