Satu minggu kemudian...
BILIK papa menjadi satu-satunya tujuan Nain apabila merasa tidak mampu menanggung beban sendirian lagi. Cool fever yang bertempek di dahinya itu dia cabut dan buang ke dalam tong sampah.
"Papa..." Bantal dipeluk dan Nain baringkan tubuh di atas katil itu.
"Nain sakit, pa... Nain demam..." bisiknya perlahan.
"Nain rindukan papa... Kenapa Nain yang jadi orang terakhir yang papa hubungi? Kenapa Nain yang kena bawa amanah papa? Nain tak mampu, pa... Nain tak mampu..." lanjutnya masih perlahan. Nain tidak tahu harus bagaimana. Semua terasa berat buatnya.
Kerana anemia yang semakin teruk Nain jadi kerap demam dan perlu masuk wad. Hari ini juga begitu. Syukurlah dia dibenarkan balik selepas dirawat sekejap. Balik rumah dia sambung dirawat oleh Naiz. Apabila adik kembarnya itu tidur dia curi-curi keluar dan masuk ke bilik papa.
"Dah tak ada yang boleh peluk Nain macam papa... Dah tak ada yang nak bebel dekat Nain lagi... I miss you, pa..." Nain biarkan air matanya mengalir turun. Sudah cukup dia menahan diri dan air mata. Sudah cukup dia pendam sendirian semua ini.
"Pa... Nain tak minta jadi berbeza. Nain tak minta ada gigi taring ni. Nain tak minta jadi berbeza dengan orang lain... Nain tak pernah minta walau sekali. Tapi kenapa bila Nain jadi berbeza... Nain dibenci mama? Nain dibenci ramai orang dan Nain dihina teruk..."
"Nain bukan anak setan... Nain bukan binatang. Nain anak papa dengan mama... Nain anak manusia... Nain bukan drakula, Nain bukan makhluk yang dibenci Allah... Nain manusia. Nain manusia biasa..." luah Nain lelah. Perbezaan dia dan Naiz ketara. Namun dia juga sering mendapatkan hinaan dan perlian halus yang berjaya buatkan dia merasa rendah dan hina.
"Kalau papa ada... Nain boleh peluk papa tanpa cakap apa-apa. Nain penat, pa... Nain selalu cuba kuat. Nain selalu cuba bertahan. Tapi Nain nak bagitahu siapa yang Nain ni sebenarnya dah penat? Nain nak bagitahu siapa yang Nain selalu terima hinaan? Nain nak bagitahu siapa yang Nain harini rasa sangat-sangat rendah?" Semakin erat bantal itu dipeluk.
Esakan perlahan Nain berjaya diredam dengan bantal. Habis basah bantal itu dengan air mata Nain.
"Kiiz cakap Nain boleh sambung belajar. Dia nak urus syarikat. Tapi Nain tahu dia tak mungkin. Dia sensitif. Kemungkinan besar juga dia akan jumpa mama macam Nain. Dia akan trauma dan Nain tak nak tengok dia sakit lagi..."
"Pa... Nain tak tahu. Nain buntu, pa... Nain dah solat, Nain dah berdoa, Nain dah merayu supaya Allah tunjuk jalan. Tapi semuanya kabur, pa... Nain nak sambung belajar. Nain nak sangat kejar cita-cita Nain. Nain nak belajar tinggi-tinggi, jadi orang bermanfaat dan abang orang yang berguna untuk orang lain dan Kiiz... Tapi Nain takut... Nain takut biarkan Kiiz urus syarikat tu."
Entah datang daripada keberanian dan rasa ringan mulut Nain saat ini. Mungkin juga kerana tiada orang yang dapat dia peluk bagi menyalurkan semua luahan itu yang menjadi faktor utama.
"Nain tak nak dia jumpa mama. Nain tak nak adik Nain sakit atau ingat semua benda buruk tu. Nain sayang dia... Nain tak nak dia terseksa atau terluka lagi..."
Nain pejam matanya yang semakin berat. Nain tertidur nyenyak di sana dengan air mata yang masih lagi mengalir turun. Rindunya dia terhadap Tuan Muaz jauh lebih besar sekarang.
Nain sedikit menyesali sikap acuhnya. Sepatutnya dia tidak perlu menahan diri daripada bermanja dengan Tuan Muaz seperti yang Naiz lakukan. Sekarang yang dia ingat hanyalah pelukan, nasihat dan elusan lembut di kepalanya sahaja.
NAIZ menguap kecil dan menggosok matanya. Nain yang menghilang di sebelahnya itu buatkan dia bingung. Rasa geram juga. Padahal Nain tu tadi nak berdiri pun kena orang tolong.
"Reen! Reen dekat mana?" Naiz keluar dari biliknya dan terus ke bilik Nain. Namun tiada orang langsung di sana. Baru ingin turun Naiz dapat melihat pintu bilik papa yang terbuka sedikit. Naiz kerutkan dahinya. Dia sudah tutup pintu itu setelah mengemas rumah.
Kaki dibawa ke bilik papa dan Naiz tersenyum kelat melihat Nain yang berada di sana. Perlahan-lahan dia masuk dan duduk di birai katil. Kepala Nain diusap lembut.
"Reen mesti rindukan papa kan?" soal Naiz dengan kekehan kecil. Jejak air mata di pipi Nain cukup menjadi bukti.
"Papa..." ucap Nain dalam tidurnya. Tangannya pula memeluk pinggang Naiz dan kepalanya naik ke atas ribaan Naiz.
"Reen mimpi jumpa papa ke?" bingung Naiz. Namun sedetik kemudian dia dapat melihat air mata Nain mengalir turun.
"Papa jahat kan? Tinggalkan kita berdua macam tu je... Kesian Reen. Padahal Reen susah sangat nak menangis. Tapi sebab papa Reen jadi selalu menangis. Papa mesti tengah ketawakan kita sekarang..." gumam Naiz. Tangannya tidak henti-henti mengusap kepala Nain.
"Nain rindu..." Naiz tersenyum dan usap pipi Nain yang basah.
"Orang pun rindu..." Matanya berkaca-kaca. Baru kali ini dia dapat melihat Nain menangis rindukan papa. Sampai bawa tidur pula tu.
—Bersambung
ANDA SEDANG MEMBACA
[C] NAIN NAIZ 2
Random"Papa dah tak ada, Kiiz..." -Nain Kazreen Mendengar berita itu Naiz jadi hilang arah. sedih, marah, semua sudah tidak dapat dia bezakan. Tambahan pula Nain yang seakan-akan tidak peduli dengan pemergiaan papa mereka. Nain kejam. "Kalau Reen tak ada...
![[C] NAIN NAIZ 2](https://img.wattpad.com/cover/404594915-64-k199492.jpg)