C H A P T E R • 0 5 •

164 13 0
                                        

BUKA sahaja mata yang dilihatnya ialah siling berwarna biru terang. Baru ingin bangun rasa sakit sudah mendesaknya agar terus berbaring. Perutnya yang terasa pedih dan menyakitkan itu dipegang.

"Semalam... Aku dekat rumah... Nain?" gumamnya bingung cuma mengingati apa yang terjadi dengan serpihan memori yang samar. Khai berdesis sembari duduk bersandar tegak. Pandangan matanya terarah kepada pintu yang mula terbuka.

"Reen, dia dah bangunlah!" Seketika Nain berasa deja vu. Khai didekati dan tangannya naik menyentuh dahi lelaki itu. Syukurlah suhu tubuh Khai sudah mula turun.

"Nain... Aku minta maaf susahkan kau," ucap Khai serba-salah.

"Hm. Take a rest. Makan dan tukar balutan tu." Khai tersenyum nipis dan mengangguk faham.

"Kiizran, take care of him. Jangan merokok. Dia ada asma." Naiz memandang Khai yang tersengih itu. Wah, tidak tahu pula dia yang lelaki bermulut manis itu mempunyai asma.

"Kau kerja?" soal Khai. Nain mengangguk sekali.

"Kalau macam tu aku balik jelah. Tak nak susahkan kau berdua."

"Duduk jelah sini. Aku pun tak ada kawan dekat sini kalau Reen pergi kerja," ujar Naiz yang mengerti. Khai mengangguk akur. Mahu pulang pun dia tidak mempunyai wang atau bahkan kenderaan. Itu akan lebih menyusahkan.

"Nanti kita buat report. Kau batalkan dulu kad kau tu." Khai memandang Naiz. Ternyata Nain sudah pun ceritakan semua itu kepada Naiz.

"Terima kasih... Nain, Naiz, aku betul-betul berterima kasih," ucapnya sungguh-sungguh. Jika bukan mereka yang membantu entah bagaimana nasibnya.

"Hm. I need to go." Naiz pandang Nain dengan cebikan dan terus menyalam lelaki itu. Malu apabila Khai melihat dan ketawakan dirinya. Nak buat macam mana, dia dah terbiasa bahkan sejak papa masih ada.

"Behave," pesan Nain seraya usap kepala Naiz beberapa kali. Naiz mula muncungkan bibir.

"Tahulah!" Nain acuh dan terus pergi. Naiz mengeluh kemudian labuhkan punggung di birai katil memandang Khai.

"Khai, jawab jujur boleh tak?" Mendengar itu dahi Khai mula berkerut.

"Aku ada menipu ke?" soal Khai kehairanan. Naiz menggeleng.

"Aku nak tanya pasal Nain... Dia... Ada cakap apa-apa tak pasal dia nak sambung belajar ke apa?" Seketika Khai dibuat berfikir keras. Naiz pula hanya diam menunggu Khai mencari-cari jawapan.

"Rasanya tak ada. Kenapa kau tanya?"

"Aku rasa Nain sembunyikan sesuatu..."

Khai diam. Dia juga rasakan hal yang sama. Nain belakangan ini seakan sering menghindar dan menyendiri. Nain juga semakin gemar menolak ajakannya.

"Kau dah cuba tanya dia?" soal Khai seraya mengambil sebotol air mineral di atas meja dan dibukanya.

"Aku dah tanya dia semalam. Tapi kau tahulah, Nain Kazreen kan ego setinggi langit." Dengan selamba Naiz mengutuk abang kembar itu.

"Kau tanya direct?"

"Tak juga. Aku tanya dia okay ke tidak je. Lepastu aku tanya dia nak sambung belajar ke tidak. Aku tak tahu apa yang Nain nak dan apa yang buatkan Nain macam tu. Jadi aku tak boleh nak detect apa masalah dia." Khai mengangguk faham.

"Rumit juga rupanya..." kata Khai perlahan. Naiz ketawa dan mengangguk.

"Nain tak terbuka dengan orang lain kecuali papa. Aku pun tak dapat gantikan tempat papa untuk Nain luahkan perasaan dia..."

"Kau dengan dia... Dekat ke? I mean... Rapat?" Naiz ketawa kecil dan menggeleng.

"Kami tak rapat dan kami tak renggang, Khai. Sekalipun kami tahu kami berdua ni sayang satu sama lain, tak nak kehilangan satu sama lain, kami tak pernah rapat." Naiz ukir senyum pahit.

"Nain yang buat jarak?" teka Khai. Naiz mengangguk.

"Kau berdua ada masalah?"

"Kami ada masalah yang berat sejak kecil lagi. Hubungan kami kekal macam ni sejak kecil," jawab Naiz. Lelah rasanya. Naiz berbaring dan menatap kosong ke siling.

"Masalah kami rumit. Orang dengan akal sihat dan tak lalui apa yang kami lalui akan cakap kami gila. Mungkin itu pun jadi punca Nain tutup diri dari semua orang. Termasuk aku dan aku mengaku... Aku sendiri pun tak pernah cuba ambil inisiatif untuk tanya keadaan dia atau risaukan dia macam yang dia buat untuk aku sepanjang hidup kami. Aku terpaku dengan rasa takut dan sakit aku sampai aku lupa Nain pun lalui dan nampak semua yang dah jadi dekat kami berdua selama ni..." Mata Naiz berkaca-kaca.

"Maaf kalau soalan aku dah sentuh luka kau dengan Nain."

"Tak apa... Setidaknya aku tahu kau berkawan dengan dia ikhlas." Khai ketawa perlahan mendengar itu.

"Kalau tak ikhlas aku tak akan rela tadah muka waktu Nain mengamuk bela kau dulu, Naiz." Mendengar itu Naiz jadi ketawa besar.

"Betul juga kan! Sampai lebam mata kiri kau tu!" Khai juga ikut ketawa. Mengingat masa-masa persekolahan mereka dulu. Ada manis dan pahitnya.

"Tapi... Khai, Nain tu percaya kau. Dia peduli dekat kau macam dia peduli dekat aku. Apa pun jadi, tolong terus percaya dia macam dia percayakan kau. Jangan khianat dia..." Naiz toleh kepala memandang Khai. Lelaki itu tersenyum manis dan mengangguk faham.

"Tentu."

"Terima kasih," ucap Naiz.


-Bersambung

[C] NAIN NAIZ 2Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang