C H A P T E R • 0 4 •

141 13 0
                                        

SURAT tawaran dikoyak dan dibuang ke dalam tong sampah. Nain mengeluh dan berlalu ke katil. Punggung dia labuhkan di birai katil dan tangan bergerak mencari telefon. Ada beberapa e-mail yang masuk dan dua daripadanya adalah tawaran biasiswa dan tawaran untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Tok! Tok!

Daun pintu ditolak daripada luar dan Naiz masuk bersama dengan segelas susu vanila.

"Reen... Kenapa ni? Nampak kusut je." Nain menggeleng sebagai jawapan. Naiz mengeluh.

"Tipu... Reen selalu macam tu! Nak berahsia je kerja!" cemik Naiz. Tidak suka apabila Nain sering menyembunyikan perasaan begitu. Lagipula... Yang namanya manusia pasti perlu meluahkan perasaan meski hanya sesaat.

"Kiiz... Did you-"

"Orang tanya Reen dulu! Jawab dulu!" selanya cepat sembari mencebik sebal. Nain memandang Naiz yang suka hati sahaja naik atas katil dan berbaring setelah meletakkan segelas susu vanila suam itu ke atas meja tepi katil. Sudahlah tidak meminta izin.

"Tak ada apa. Serius." 

"Yelah... Reen memang tak nak cerita pun kan? Siapalah orang ni..." Nain berdecit dan Naiz ketawa. Entah mengapa itu sering berkesan terhadap Nain. Entah kerana abang kembarnya polos atau kerana dirinya yang terlebih licik bermain perasaan.

"Nak sambung belajar?" soal Nain.

"Siapa? Orang ke Reen?" 

"You, Kiizran." 

"Mestilah nak! Tapi bukan sekarang. Orang masih berminat nak susahkan hidup Reen," jawab Naiz dengan sengihan manisnya. Nain tanpa sedar tersenyum dan mengusap kepala adik kembarnya itu. Naiz yang diperlakukan begitu hanya tersengih-sengih dengan wajah yang mula berona merah. Malu pula bila diperlakukan bagai anak kecil.

"Reen pula? Tak nak sambung lagi ke?" 

"Reen dah ada komitmen. Susah sikit tu," jawab Nain. Naiz mengangguk faham.

"Kalau Reen nak sambung belajar pun apa salahnya? Orang bukan tak pernah belajar tentang syarikat tu. Papa ajar orang banyak perkara. Reen pun ada ajar orang dan Reen tahu kemampuan orang boleh melebihi kemampuan Reen." 

Nain tahu maksud adiknya itu. "Ya, tapi Kiiz masih belum matang." 

"Hish! Reen ni selalu anggap orang macam budak kecil!" 

"Memang budak," balas Nain selamba. Naiz memukul lengan Nain geram.

"Reen tak nak cerita ke masalah Reen tu?" soal Naiz sekali lagi. Bahkan kali ini pun Nain menggeleng dan menafikan apa yang membuat gundah dan gelisah hati. Naiz sedar dia juga tak mampu memaksa Nain untuk membuka diri.

"Suka hati Reen jelah. Tapi kalau Reen perlukan seseorang untuk teman Reen meluahkan rasa, orang selalu ada. Panggil orang. Biarkan orang jadi orang pertama yang Reen cari waktu-waktu rapuh Reen. Janji?" Naiz angkat jari kelingkingnya ke hadapan muka Nain. Bibir menayangkan senyuman yang mampu buatkan Nain sedikit merasa lega.

"Yeah... Promise." Nain tautkan jari kelingkingnya dengan Naiz. 

"Yeay! Orang pegang janji Reen tau!" Nain hanya angkat bahu. Naiz terkekeh. Eleh, malu-malu pula.

"Reen minumlah susu tu." 

"Thanks, Kiizran."

Naiz hanya membalas dengan senyuman. Dia mengesot sedikit dan naikkan kepala di atas ribaan Nain kemudian mainkan butang baju tidur satin berwarna merah milik Nain itu. Tiada lagi percakapan di antara mereka. Ternyata memang sesunyi itu hidup mereka berdua tanpa Tuan Muaz. 

[C] NAIN NAIZ 2Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang