NAIN memandang gambar di dalam telefonnya. Mata sudah agak sembab dan bengkak. Air mata pula sudah kering. Namun Nain tidak ingin berganjak ke mana-mana.
"Nain... Janji dengan papa... Janji yang Nain tak akan lari lagi? Janji yang Nain akan ada untuk adik walau apa pun yang jadi dan berhenti salahkan diri sendiri. Ya?"
"Nain nak papa..." gumam Nain perlahan. Setiap hari yang dia tempuhi setelah pemergian Tuan Muaz merupakan hari yang sangat menyakitkan dan melelahkan. Tiada lagi yang akan datang memeriksanya.
Tok! Tok! Tok!
Nain memandang pintu biliknya yang terbuka perlahan. Air mata diseka cepat dan Naiz yang tersengih dengan segelas limau ais di tangannya masuk mengambil tempat di birai katil.
"Nah, Reen suka masam-masam kan?" Nain menerima segelas air itu.
"Orang minta maaf... Orang sedar orang dah melampau sangat dengan Reen. Orang tahu... Reen bukan kawan-kawan. Reen abang dan orang salah dah buat Reen macam ni..." ucap Naiz tulus. Tangan Nain dia capai dan cium lama.
"Sekarang orang ada Reen je dalam hidup orang... Reen jangan muak dengan orang ya? Reen jangan tinggalkan orang... Janji?" Nain letak gelas air di atas meja dan bawa tubuh Naiz masuk ke dalam pelukannya.
"Orang sayang Reen... Vampire kesayangan orang tak macam ni. Dia kuat..." pujuk Naiz seraya gosok-gosok belakang tubuh Nain.
"Orang menyesal sangat marah-marah Reen. Bila Reen nangis, bila Reen macam ni... Orang sakit... Orang minta maaf ya? Maafkan orang..." Nain hanya diam memejam mata di atas bahu Naiz. Hangatnya pelukan itu.
"Reen... Jawablah... Maafkan orang..." rengek Naiz perlahan. Nain membuka sekejap matanya dan kemudian kembali memejamkan mata. Mengantuk. Tanpa sedar dia benar-benar terlelap.
"Reen? Reen marah ke? Reen?" Bahu Nain ditepuk beberapa kali hingga dengkuran halus kedengaran. Naiz ketawa kecil. Dan dengan hati-hati membaringkan Nain.
"Maafkan orang..." bisik Naiz. Air limau yang dibawa tadi akan dia simpan dalam peti. Esok boleh minum.
Naiz di bawah setelah menyimpan air terus memeriksa pintu dan tingkap. Tidak lupa dia basuh kaki dan matikan lampu-lampu di dalam rumah. Kemudiannya dia kembali ke bilik Nain dan merebahkan tubuh ke sebelah Nain.
"Izinkan orang tidur sini okay?" Naiz terkekeh dan tarik bantal untuk dipeluk. Bau Nain itu menenangkan.
"Selamat malam..." gumam Naiz sebelum benar-benar terlelap.
AWAL pagi lagi Naiz sudah membuat kegaduhan. Ruang tamu, bilik bacaan dan biliknya sendiri pun dia sepahkan bagai tiada esok.
"Kiizran."
"Reen turun makan dulu. Orang sibuk ni." Naiz langsung tidak menoleh memandang abang kembarnya.
"Cari apa?" soal Nain. Naiz menoleh dan mengeluh lesu sebelum menggeleng. Mungkin sudah pun hilang ditelan bumi.
"Tak ada apa. Jom, kita turun makan." Nain melangkah mendekati Naiz. Sesuatu di dalam poketnya itu dia keluarkan. Naiz tersentak.
"Reen..."
"Sejak bila?" soal Nain mendatar seraya sebelah tanganya bercekak pinggang. Naiz tak senang duduk dibuatnya. Sudah kantoi busuk, mana lagi nak mengelak? Nain bukannya bodoh.
"Maaf..." ucap Naiz.
"Sejak bila?" Terkulat-kulat Naiz di sana apabila ucapan maafnya tidak dihiraukan. Mata sudah bergenang.
"Sehari lepas papa tak ada..."
Bam!
Naiz pejam matanya rapat apabila kotak besi berisi nikotin itu dihempas ke atas meja. Tangannya menggigil cemas. Entah bakal semarah apa Nain terhadapnya.
"Manfaat?"
"Tak... Tak ada..." Nain mengangguk dan berpeluk tubuh.
"Dah lupa?" Naiz menggeleng laju.
"Orang tak lupa! Orang cuma nak cuba dan... Maaf..."
"Stupid," ujar Nain dan terus keluar dari bilik Naiz.
Tidak ingin masalah semakin besar Naiz segera mengejar langkah Nain. Tangan lelaki itu dia tarik untuk hentikan langkah dan kemudian salam tangan Nain lama.
"Maaf..." Tak dia duga air matanya jatuh membasahi tangan Nain.
"Nak merokok?" soal Nain memandang Naiz yang masih mencium tangannya.
"Tak nak dah... Orang tak nak Reen marahkan orang lagi..." Nain usap lembut kepala Naiz.
"Terpulang. Tapi jangan terlalu sering." Naiz angkat muka memandang Nain. Dia tak percaya.
"Reen..."
"Kiiz dah besar. Dah boleh fikir." Naiz menggeleng tidak mahu.
"Reen marah. Orang tahu Reen marah!" Nain menggeleng.
"Kalau merokok boleh buat Kiiz tenang, silakan."
"Tak nak!" bentak Naiz enggan. Nain mengeluh dan pegang bahu Naiz. Mata kembarnya dia pandang lama sebelum nafas ditarik dalam-dalam dan dihembuskan.
"Kiiz... Kalau Kiiz ada cara sendiri untuk tenangkan diri selain daripada solat dan berdoa, buatlah. As long as ia tak bertentangan dengan agama dan hal-hal yang menyakitkan diri."
"But... If you think dengan merokok boleh buatkan Kiiz tenang, boleh buatkan Kiiz lupakan papa, lupakan Reen dan masalah-masalah Kiiz... Buatlah. Asalkan tak memudaratkan diri." Nain menyambung. Naiz menggeleng.
"No... Reen, please... Jangan menyerah dengan orang... Please... Orang ada dia je. Orang ada dia je... Please..." rayu Naiz.
"Listen, Reen tak menyerah dengan Kiiz. Never. Reen juga tak galakkan Kiiz untuk merokok. Cuma kalau itu yang mampu buatkan Kiiz tenang, lupakan semua masalah, buatlah. Tapi dengan syarat, Kiiz perlu tahu bila perlu berhenti dan tak kecanduan merokok. You know I care about you, right?" Nain tarik bibirnya mengukir senyuman nipis memujuk Naiz.
"Orang dah buat Reen dengan papa kecewa kan?" soal Naiz perlahan.
"No... You're not, Naiz Kiizran." Naiz memeluk abang kembarnya itu erat.
"Orang minta maaf... Orang betul-betul nak cuba je. Tapi lepastu orang... Orang suka. Orang minta maaf. Orang janji tak buat lagi. Reen tolong orang ya? Tolong orang berhenti..." Nain mengangguk sekali.
"Turun. Makan." Nain mengajak. Naiz lantas akur dan ikut Nain turun ke bawah.
"Duduk." Naiz lagi-lagi akur. Dia duduk di hadapan Nain dan biarkan Nain membantunya isi pinggan dengan nasi dan lauk.
"I'm sorry..." ucap Naiz lagi.
"Tak apa. Reen faham sakit tu." Naiz gigit bibirnya kuat menahan tangis yang ingin merosak suasana.
"Kiizran, makan." Naiz mengangguk. Sembari menahan tangis dia membaca doa dan makan bersama dengan abang kembarnya itu.
-Bersambung
ANDA SEDANG MEMBACA
[C] NAIN NAIZ 2
Random"Papa dah tak ada, Kiiz..." -Nain Kazreen Mendengar berita itu Naiz jadi hilang arah. sedih, marah, semua sudah tidak dapat dia bezakan. Tambahan pula Nain yang seakan-akan tidak peduli dengan pemergiaan papa mereka. Nain kejam. "Kalau Reen tak ada...
![[C] NAIN NAIZ 2](https://img.wattpad.com/cover/404594915-64-k199492.jpg)