C H A P T E R • 0 2 •

120 18 0
                                        

NAIN tidak kuasa menghadapi kebisuan Naiz. Ego sebagai seorang abang sudah tercalar dengan sikap Naiz. Sudah cukup dia berikan peluang dan ruang.

"Naiz Kiizran. Sit." Dingin suaranya memberikan arahan.

Naiz menjeling dan melangkah tanpa hiraukan abang kembarnya itu. Tidak dia duga yang belakang kolar bajunya bakal ditarik dengan kasar.

"Sakitlah!" teriak Naiz berang. Tangan Nain dihempas.

"Apa kau nak?" soal Naiz bengang.

"Cukuplah, Kiizran! Reen dah penat nak gaduh! Reen dah penat nak layan emosi Kiiz yang tak tentu arah! Reen ni abang Kiiz! Bukan kawan-kawan Kiiz!" Nain marah dengan sikap kurang hajar Naiz. Egonya tercalar.

Naiz ukir ketawa sinis. "Aku tak ada abang yang tak peduli dengan keluarga dia! Kau boleh bawa je title abang yang kau agungkan tu jauh-jauh daripada aku!"

"Naiz Kiizran... Kiiz betul-betul fikir yang Reen tak peduli? Kiiz, am I that bad? Dekat mata Kiiz memang Reen seteruk itu ke?" soal Nain tidak percaya. Naiz berpeluk tubuh dan memandang Nain atas bawah penuh selidik.

"Kalau peduli, kalau kau tak seteruk itu, kau akan rasa apa yang aku rasa. Kau akan faham perasaan kehilangan aku dan bukannya buat bodoh."

Nain mendekat selangkah dan Naiz mengundur tiga langkah. Enggan berdekatan dengan lelaki tidak berperasaan itu.

"Kesedihan, rasa kehilangan, semua tu nak kena tunjuk ke, Kiizran? Semua nak kena bagi satu dunia tahu? Reen pernah cakap kan... Reen buat semua ni untuk kebaikan Kiiz sendiri. Berlarut-larut dalam kesedihan tu tak baik." Naiz acuh.

"Selain tu Reen dah janji dengan papa. Reen tak akan biarkan Kiiz lemah sorang-sorang. Reen bukan tak ada perasaan, Reen cuma ada tanggungjawab lain yang tak berikan Reen ruang untuk terus bersedih!"

"Munafik! Kau memang tak berperasaan! Kita ada papa je! Tapi bila papa pergi, kau macam patung! Tak peduli langsung!" herdik Naiz. Wajahnya merah kerana marah. Nain mengeluh. Panas matanya.

"Macam yang Kiiz cakap... Kita cuma ada papa. Tapi sekurang-kurang kita kena ingat yang kita ada satu sama lain. Bohong kalau tak sedih, bohong kalau Reen tak pernah menangis hari tu. Reen sedih, Reen menangis, cuma tak mungkin Reen tunjuk dekat Kiiz yang Reen sedih."

Naiz diam melihat mata Nain yang merah dan berkaca-kaca. Melampau sangat ke bila dia marah kerana Nain yang tidak tunjuk perasaan sejak papa pergi tinggalkan mereka? Dia hanya merasa sepi dan... Dia takut melihat Nain yang tidak berperasaan begitu.

"Kenapa tak mungkin? Sebab kau sanjung sangat ego kau kan? Eh, aku dah penatlah. Aku ni dah penat perangai kau. Pembohong!" Nain membisu. Tangannya terkepal menahan rasa. Cepat-cepat dia memegang kedua belah bahu Naiz dengan kemas.

Naiz tidak memberontak. Dia malah membalas pandangan Nain berani. Langsung tidak gentar seperti dulu. Perasaannya tak karuan.

"Kenapa? Nak tumbuk aku?" sinis Naiz.

"Kiiz salahkan Reen. Kiiz... Kiiz fikir papa pergi sebab Reen. Betul kan?" Naiz diam. Langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi.

"Kiizran... Kalau itu yang Kiiz fikir-"

"Lepas. Aku penat." Naiz kalih bahu dan terus melangkah menaiki tangga satu persatu.

"Kiiz!"

"Diam!" bentak Naiz.

"Haritu Reen beli pendrive! Kiiz yang minta Reen belikan pendrive!" Langkah Naiz terhenti. Dia diam di tangga. Iya, dia ingat itu.

"Reen lambat sebab pergi beli pendrive. Itu ketentuan Allah, Kiiz. Ajal papa pun dah lama tertulis dan bukan hak kita untuk menyalahkan sesiapa."

"I know... Reen abang yang teruk. Abang yang tak guna. Abang yang tak pernah berjaya lindungi adik dia sendiri. Tapi Reen tak nak terus gagal." Nain gelengkan kepala.

"Reen cuba sebaik mungkin. Reen cuba untuk jadi seorang abang yang baik. Reen cuba untuk ubah diri Reen sebab sekarang kita hanya ada satu sama lain. Kalau sebab Reen tak tunjuk perasaan buatkan Kiiz benci, Reen boleh berubah."

"Cuma tolong... Jangan salahkan Reen... Jangan... Jangan biarkan Reen tanggung semuanya sendiri... Reen tak sekuat Kiiz... Reen cuma ada papa untuk luahkan semua. Untuk kongsi semuanya... Reen pun cuma ada papa je, Kiiz..." Bergetar suara Nain.

Naiz laju menoleh dan melihat Nain. Tanpa sempat dia sedar kaki sudah berlari turun dan dia memeluk Nain dengan erat.

Tangisan Nain pecah tanpa sempat ditahan. Pelukan Naiz dibalas dengan erat. Nain tidak lagi tahu cara untuk berhenti. Dia begitu lemah tanpa papa. Dia hanya manusia yang tidak tahu caranya bergantung kepada orang lain selain papa. Dia hanya manusia lemah yang tidak pandai ungkapkan perasaan.

"Reen..."

"Reen rindu papa... Reen rindu Kiiz... Reen bukan tak ada perasaan... Reen bukan tak sedih... Reen cuma tak tahu nak berhenti. Reen tak kuat... Reen tak sekuat Kiiz... Sebab tu Reen tak nak menangis. Reen tak nak tunjuk diri Reen yang terlalu lemah."

Naiz usap-usap belakang tubuh abang kembarnya itu. Naiz akui dia silap. Naiz akui dia melampau.

"Orang minta maaf... Orang salah dengan Reen. Orang minta maaf..." Nain menggeleng dan pelukan dilerai. Pipi Naiz diusap lembut.

"Reen akan berubah. Promise." Naiz lantas menggeleng.

"Tak perlu. Orang tak nak Reen jadi orang lain. Teruskan jadi diri Reen je. Orang tak apa-apa. Orang tak akan marah lagi. Orang janji... Reen jangan nangis lagi. Orang minta maaf..." ucap Naiz lembut.

Ternyata melihat Nain Kazreen menangis cukup untuk buatkan dia sakit sama seperti saat melihat jasad kaku papa. Dia tidak akan mempermasalahkan itu lagi.

"Maaf... Reen naik dulu." Naiz tidak mampu menghalang abangnya naik. Telinga Nain kelihatan merah. Tentu ini memalukan untuk Nain. Rasa bersalah sungguh sudah buatkan Nain menangis begitu sekali.

-Bersambung

[C] NAIN NAIZ 2Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang