C H A P T E R • 0 1 •

135 11 0
                                        

NAIZ KIIZRAN yang masih bersedih di atas katil itu dihampiri. Nain berpeluk tubuh dan mengeluh kecil. Setelah acara pengebumian tadi Naiz langsung tidak keluar bilik. Menangis dan bersedih sahaja yang dilakukan lelaki.

"Menangislah air mata darah sekalipun. Papa tak akan balik, Kiizran. Papa dah tak ada dan kita masih hidup. Kita yang perlu kuat dan teruskan hidup."

"Diam! Tolonglah sesiapa bawa vampire tak ada perasaan ni pergi jauh-jauh! Sakit hati tahu tak? Menyampah! Pergilah!" teriak Naiz kesal. Nain langsung tidak menangis. Nain juga langsung tidak peduli dengan perasaan sakit yang dia rasakan.

Papa dah pergi jauh. Papa dah tinggalkan mereka. Nain tidak mengerti atau sengaja mahu buatkan dirinya merasa semakin sakit?

"Reen cakap ni untuk kebaikan Kiizran sendiri," ucap Nain seraya memandang datar wajah basah Naiz.

"Kebaikan? Kebaikan apa yang Reen fikir? Papa pergi dan Reen langsung tak sedih! Itu kebaikan? Papa pergi, Reen! Papa meninggal! Papa dalam tanah, Reen! Reen sedar tak? Reen tidur? Reen ingat ni mimpi ke apa?" Sepasang mata berlainan warna itu menikam mata Nain yang langsung tidak menunjukkan perasaan.

"Kalau Reen tak ada perasaan, kalau Reen tak ada simpati, tolong jangan ganggu orang. Papa tu satu-satunya keluarga kita, Nain Kazreen. Papa satu-satunya yang ada untuk kita selama ni."

"Tapi sekarang dia tak ada, Naiz Kiizran." Tanpa amaran Naiz meluru ke arah Nain dan mencengkam kolar baju melayu hitam yang Nain kenakan. Tercabut butang baju melayu itu kerana kuatnya cengkaman Naiz.

"Dasar vampire hati batu! Anak tak kenang budi! Pergi dari sini sebelum pecah muka kau!" Naiz menyembur dan kemudian tolak kasar tubuh Nain.

"Kiizran-"

"Jangan bercakap dengan orang kalau Nain masih tak sedar diri. Berambus," halau Naiz. Baju melayunya ditanggalkan kemudian dicampak masuk ke dalam bakul baju kotor.

Nain mengeluh. Pintu ditutup rapat sebaik sahaja dia keluar. Naiz benar-benar marah. Sudahlah, memang ini yang terbaik. Naiz juga perlu belajar hidup sendiri. Tidak boleh selalu mengharapkan papa dan dirinya sahaja. Naiz terlalu bebas.

"Terpulang apa Kiiz fikir. Tapi Reen tak akan ubah cara Reen."

"Pergilah! Bingit!" halau Naiz lagi. Nain akur. Dia mengalah dan melangkah ke biliknya. Dia perlu berehat secukupnya sebelum kembali bekerja. Nain perlu fikirkan banyak perkara. Dia tidak boleh hanyut dalam perasaan seperti Naiz.

Sementara itu Naiz sedang berendam di dalam tab mandi sambil melepaskan semua perasaan sedihnya. Tidak berteriak. Hanya mengalirkan air mata hingga puas.

Sejujurnya Naiz bingung dengan sikap Nain. Biasanya Nain memang dingin dan datar sikapnya. Naiz maklumi. Tetapi bukankah sikap itu perlu hilang buat sekarang?

Nain seolah tidak peduli dengan nyawa papa yang diambil daripada mereka. Nain seolah-olah langsung tidak kisah dengan apa yang menimpa papa.

"Reen kejam. Reen jadi kejam!" herdik Naiz. Botol sabun di pinggiran tab mandi itu digapai kasar dan dihempaskan kuat ke dinding. Pecah botol sabun plastik itu. Bau harum bunga memenuhi bilik air.

"Gila! Nain Kazreen dah gila!"

Sementara itu...

"Kiiz sendiri perlu sedar apa yang jadi. Kiiz sendiri pun perlu belajar cara untuk bangkit sendiri. Kita sekarang tinggal berdua je. Kalau nanti Reen ikut jejak papa, Kiiz akan sendirian dan itu akan jauh lebih menakutkan. Lebih baik Kiiz rasa sendiri sekarang." Nain bergumam sendirian.

Perginya papa kerana kebakaran dan Nain sengaja menyulut amarah Naiz agar adik kembarnya itu tidak ikut memandikan jenazah. Tubuh papa mereka separuhnya hangus tak berbentuk. Terlalu mengerikan untuk dilihat.

"Tak ada perasaan? Bukan ke itu perkataan yang kejam?" bisik Nain dengan air mata yang berlumba-lumba turun membasahi pipi. Nain terduduk lemah di belakang pintu.

Bagaimana Naiz begitulah dirinya. Sakit, sedih, terseksa dan rasa kecewa yang besar. Sayang sekali dia seorang abang. Dia orang yang mendengar kata-kata terakhir papa melalui telefon. Dia yang menanggung beban kerana gagal tiba tepat waktu.

Nain tidak menangis di kuburan, tidak menangis di hospital dan tidak menangis sewaktu solatkan jenazah bukan kerana dia kuat atau tidak berperasaan. Dia hanya sudah berjanji untuk tidak mengalirkan walau setitis pun air mata di hadapan Naiz yang terlalu cengeng.

Nain mati-matian menahan tangis dan air mata juga kerana dia tahu yang sekali sahaja dia menangis, dia akan lupa caranya untuk berhenti.

SATU minggu lamanya untuk Naiz bangkit daripada kesedihan. Selama satu minggu itu jugalah hubungannya dengan abang kembarnya itu renggang. Entah kenapa setiap kali melihat Nain dia jadi ingin marah dan mengamuk sahaja.

"Kiizran, makan."

"Orang dah cakap yang orang tak nak makan dengan Reen." Naiz langsung tidak memandang wajah Nain. Sibuk dengan komputer riba.

"Sampai bila?" soal Nain lelah.

"Sampai Reen sedar silap Reen. Itu pun kalau Reen rasa Reen ada silap. Pergilah. Jangan kacau orang."

"Naiz Kiizran..." Naiz merengus. Komputer riba itu ditutup dan Naiz bawa naik ke atas meninggalkan Nain sendirian.

Nain mengeluh berat melihat lauk yang dimasak. Sudah seminggu juga Naiz beli makanan di luar dan tidak sentuh masakannya. Naiz benar-benar buat dia seperti tidak wujud sahaja.

"Marah betul dia..." gumam Nain. Senyum nipis terukir.

"Reen... Rindu... Rindu kebersamaan kita dan papa. I miss my family, Kiiz..." bisiknya kemudian kembali ke dapur. Akan dia bungkus sahaja dan berikan kepada sesiapa yang dia temui nanti. Selera makannya pun sudah hilang.

Naiz hanya melihat dirinya yang tidak berperasaan. Naiz tidak melihat dirinya di saat dia sedang bersedih dan rindukan sosok yang telah tiada. Nain seorang abang. Nain tidak mahu biarkan adiknya melihat diri yang terlalu lemah.

Ternyata pemikiran seperti itu hanya buatkan hubungan mereka jadi renggang. Janji dengan papa nampaknya termungkiri tanpa dia sempat lakukan apa-apa.

"Maafkan Reen... Reen cuma sayang-" Nain hentikan bicaranya yang amat perlahan. Rasa berpasir. Zero benar... Munafik sekali rasanya.

"Kau betul. Sebab aku dah banyak kali gagal. Aku jadi takut. Aku jadi tertanya. Betul ke aku ni sayangkan dia? Betul ke aku tak nak buat dia terluka? Tapi... Setiap kali, setiap saat, aku terus lukakan dia. Aku gagal lindungi dia, aku gagal fahami dan jaga perasaan dia... Sampai untuk cakap aku sayangkan dia pun aku tak sanggup. Aku rasa munafik." (-Zero and Aero, Bab 38)

-Bersambung

[C] NAIN NAIZ 2Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang