NAIN KAZREEN diam menatap kosong kamar mayat itu. Entah apa yang harus dia lakukan sekarang. Dadanya sesak, jiwanya meronta namun fikiran terus memutar permintaan papa beberapa hari yang lalu. Tuan Muaz seolah-olah sudah tahu yang nyawanya tidak panjang.
"Encik Nain?" tegur seorang perawat yang sedar Nain sedang melamun.
"Hm?"
"Jangan melamun. Mari masuk." Nain akur. Dia masuk untuk melihat mayat Tuan Muaz. Saat peti dibuka dan mayat ditunjukkan Nain dapat rasakan yang hatinya bagai direntap. Wajarlah Naiz sampai pengsan tadi.
Nain mendekat dan tangannya menyentuh pipi dingin Tuan Muaz yang sudah kaku. Separuh badan Tuan Muaz hangus terbakar api. Entah kesakitan yang bagaimana Tuan Muaz rasakan. Nain ingin menangis. Dia ingin meraung dan meratap. Ini terlalu tidak adil.
"Papa..." bisik Nain perlahan. Bagaimana jika Naiz ada di sini dan melihat hal yang sama dengannya? Nain tidak mampu bayangkan itu.
SAAT Naiz membuka mata, hal pertama yang dicari ialah papanya. Nain di sebelah terus didesak untuk menjawab soalan dengan jawapan yang dia mahukan.
"Jawab, Reen! Papa ada kan?"
"Papa dah tak ada, Kiiz..." Entah harus berapa kali dia ulangi agar Naiz mengerti.
"Papa betul-betul dah tak ada? Papa betul-betul tinggalkan kita ke, Reen?" soal Naiz perlahan. Lemah tubuhnya setelah mendapat kabar tidak menyenangkan tentang papa mereka.
Dia tidak ingin percaya.
"Kiizran, rest."
"Tak nak! Orang tak nak rest! Orang nak papa!"
Nain mengeluh perlahan. Pelipis diurut perlahan. Pening kepalanya dengan sikap keras kepala Naiz yang langsung tidak berubah. Bagaimana dia mahu bawa Naiz pulang jika begini?
"Kiiz-"
"Reen jangan nak berdalih lah! Orang tanya kan? Jawablah! Papa betul-betul dah tak ada? Tinggalkan orang dengan Reen je? Macam tu ke? Jawablah, Reen..." Separa merayu Naiz kerana tidak mendapatkan jawapan.
"Iya. Jawapan tu cukup?" Naiz menggeleng. Tangan dan kakinya menggigil.
"Tipu! Reen tipu!" Tubuh Nain dipukul sembarangan dengan kuat. Tidak terima jawapan tidak berperasaan Nain. Abang kembarnya pembohong.
"Terpulang. Rest, Kiizran. Atau tidak... Reen tak izinkan Kiiz untuk ikut acara pengebumian papa nanti," ujar Nain dan kemudian pergi meninggalkan Naiz sendirian di dalam wad itu.
-NAIN NAIZ kembali membuka tirai. Saksikan kisah mereka dalam NAIN NAIZ 2.
ANDA SEDANG MEMBACA
[C] NAIN NAIZ 2
Random"Papa dah tak ada, Kiiz..." -Nain Kazreen Mendengar berita itu Naiz jadi hilang arah. sedih, marah, semua sudah tidak dapat dia bezakan. Tambahan pula Nain yang seakan-akan tidak peduli dengan pemergiaan papa mereka. Nain kejam. "Kalau Reen tak ada...
![[C] NAIN NAIZ 2](https://img.wattpad.com/cover/404594915-64-k199492.jpg)