Pertama

2.7K 41 2
                                    

"Betul ke ni?" tanya Amirul pada Yusri.

"Haah."

"Kau dah fikir masak-masak?" tanya Amirul lagi sambil memicit punat di telefon pintarnya.

"Dah hangus dah pun." jawab Yusri berseloroh.

"Kau yakin? Aku bukan apa, aku tidak mahu kau menyesal di kemudian hari."

Toot toot. Satu notifikasi masuk ke telefon Amirul. Amirul tersenyum sambil menggeleng kepala.

Yusri hanya memandang perilaku Amirul. Dia tahu rakannya itu sedang mengorat kekasih orang lain. Hakmilik orang lain adalah suatu perkara yang paling kita mahukan. Ini memang sudah menjadi fitrah manusia. Namun Yusri sudah berjanji pada diri sendiri jika Amirul dipukul gara-gara mengorat kekasih orang, dia tidak akan masuk campur. Dia malahan sudah merancang untuk menunjukkan ibu jari ke atas semasa Amirul dikejar dengan kayu beluti ataupun parang.

"Ya Rul, aku dah nekad." Sambung Yusri sambil melihat awan-gemawan.

Jeda seketika.

Amirul sibuk menonyoh segala punat yang ada di telefon. Kerahan ayat-ayat manis harus ditujukan kepada gadis yang sedang online di Whatsapp. Dia tahu gadis tidak gemar menunggu tergantung tidak berbalas ketika online di Whatsapp. Tiba-tiba gadis itu tidak lagi online. Hanya last seen at 12:34 PM kelihatan.

"Pergi tandas la ni..." teka Amirul di dalam hati. Lantas dia memandang Yusri kembali.

"Tapi Yus, benda kau nak buat ni tak elok. Tak manis. Tak molek. Silap haribulan, merana hidup kau." Amirul mengangkat tangan ke hadapan seperti orang gila membentang manifesto.

"Aku tak kira. Aku nak jugak. Apa nak jadi, jadi." Balas Yusri.

"Ko tak kira?"

"Haah, aku tak kira."

"Betul ni ko tak kira?"

"Ya, aku tak kira. Ko faham tak ni?"

"Siapa suruh ko kira?"

Pang! Sebuah pelempang singgah di pipi Amirul.

Yusri bangun mendapatkan motosikalnya lantas menyusur jalan tanah merah. Semakin lama semakin jauh meninggalkan Amirul yang sedang mengusap pipi.

Entahkan jadi entahkan tidakWhere stories live. Discover now