Bab 3

726 18 3

Mark Edison, Nur Khaleeda & Khalid  


"Bagaimana seorang yang cantik macam kau, setiap hari, berulang kali kau cakap kau tak cantik dan rasa semua orang seperti mengutuk kau?"


"Kau tak faham."


"Fahamkan aku."


"Tak, kau memang takkan faham. Kau tak berkongsi hidup dengan aku."


"Tell me."


"Buang masa kau tahu tak? Buang masa? Kenapa aku perlu ceritakan pada kau sesuatu yang membuang masa? Baik kita borak movie ke. Muzik ke."


"Tak buang masa kalau kita mahu mendengar sesuatu penceritaan daripada orang yang kita suka."


"Huh."


"Lagipun, masa itu sebenarnya semakin berharga jika kita gunakan untuk saling memahami hidup dan diri masing-masing."


"Sudahlah. Aku malas borak pasal ni. Please? Jangan paksa aku boleh tak?"


"Oke, oke. Sorry."


"Forgiven."


"Tapi kau cantik gila kot! Haritu siap orang ingat Lana Del Rey datang Malaysia lagi."


"Oh, please, Khalid."


"Khaleeda, look. Kau nak tahu? Kalau aku mempunyai tubuh fizikal, aku memang dah lama mengorat kau ni. Tak patut aku sia-siakan gadis secantik kau. Tapi, itulah. Aku takda tubuh fizikal. Yang ada hanya jiwa dan semangat aku dalam tubuh kau."


"Sudahlah, Khalid. Aku downlah. Nobody wants me but you. Jangan cakap lagi. Jangan push aku."


"Bukan aku sorang."


"Habis?"


"Kau ingat tak Mark?"


"Mark who?"


"Mark Edison. Student law tu."


"Oh, that guy. Kenapa dengan dia?"


"Dia pun sukakan kau."


"Don't you fuck with me, Khalid."


"Betullah. Aku tahulah. Aku lelaki."


"I don't believe you."


"Oke, kita tengok nanti macamana."


"Sudahlah Khalid. Aku nak tidur."


"Aku nak main Counter Strike."


"Yeah, mainlah. Aku letih esok siap kau."


"Orait bebeh."


Khaleeda bangun dari katil berjalan menuju ke meja belajar. Atau yang sebetulnya adalah Khalid.


Roommate baru Khaleeda menekup mukanya dengan komforter kerana tidak biasa melihat seorang gadis secantik Khaleeda berbual sendirian.


Walaupun Khaleeda cuba untuk berbual secara telepati dengan Khalid, tetapi fitrah manusia, akan terlepas cakap juga dalam emosi.


Malam itu, Khalid juara beberapa kali. Dari Aztec ke Militia, dari Office ke Assault.


Selepas puas menembak beberapa ratus kepala, Khalid kembali ke perbaringan. Tidur, merehatkan tubuh Khaleeda.

.

.

.

Esoknya.

Folikel Spektrograf oleh M. Faiz SyahmiRead this story for FREE!