Bab 1

962 20 8

Mark Edison, Nur Khaleeda & Khalid


"Evening, sayang tak tidur lagi? Ingatkan tak reply Whatsapp dah tidur dah." Mark menegur kekasihnya sebaik menanggalkan kasut di foyer.

"Belum, ingat nak tidur tadi, pastu macam boring pulak tidur sorang. Banyak kerja sayang tadi?" Tegur Khaleeda, bingkas bangun dari sofa.

"Cantik night dress. Kemain warna mint pastel, you. Rasa macam sayang manis terlebih pulak malam ni." Mark longgarkan ikatan tali leher.

"Well, secara harfiahnya memang saya manis pun. Sayang kan selalu jilat saya." Khaleeda senyum, bantu tanggal butang kemeja Mark.

"Ahh, yang tu betul." Mark dan Khaleeda bercumbu, dengan tangan Mark menekup punggung Khaleeda.

"By the way, awak dahaga tak? Tadi saya dahaga, terbuat lemon ais. Kalau nak, saya tuangkan." Khaleeda mengusap pipi Mark.

"Boleh jugak. Saya tak sempat minum mineral dalam kereta tadi. Tengah drive pun borak dengan client. Sibuk betul call after working hours."

"Client yang mana satu ni?" soal Khaleeda, gesa menuju ke dining hall, menuangkan lemon ais dari jag ke gelas.

"Siapa lagi kalau bukan Faisal." Jawab Mark, ambil tempat duduk di meja makan.

"Faisal mana ni? Faisal Tehrani ke? Oke tak kelakar."

"Faisal Ishq. Client saya yang kes kepala tanpa badan tu."

"Oh, yang tu. Tak settle lagi kes tu? Ingat dah settle dah."

"Belum."

Lemon ais diteguk. Mukanya berkerut, kemudian Mark senyum.

"Sedap?"

"Cukup rasa. Macam awak."

"Amboi, sempat berpickupline."

"Mestilah. Saya Mark Edison kot. Gila tak sweet?"

"Ahh, dah, dah. Melambung sangat puji diri sendiri ni. Nak sikit air."

Gelas bertukar tangan. Lemon ais diteguk, gelas diletak kembali ke coaster bercorak geometri. Gincu merah gelap melekat di bibir gelas.

"Sayangku Mark." Panggil Khaleeda apabila melihat Mark seakan termenung, melihat kabinet seperti tiada penghujung.

"Yes, my beautiful princess of all time?" Mark tersentak, kemudian laju menoleh ke arah Khaleeda.

"Sampai hati lupakan saya tadi."

"Sorry. My bad, my bad." Mark memegang tangan Khaleeda, mencumbu kura tangan gadis itu yang sudah tidak gadis di tangannya.

"What's in your mind? You seemed.. off."

"Nothing. Quite tired, I guess. Susah jugak kes Faisal ni. Lawyer Humaira' boleh tahan bagus."

"Sekarang ni Faisal dituduh membunuh Mawar oleh Humaira' kan? Tapi Humaira' menafikan dan menuduh Faisal yang melakukannya?"

"Betul. Macam saya cerita semalam."

"Awak rasa siapa yang bunuh Mawar?"

"Entah. Susah nak cakap. Kalau ikutkan pekerjaan saya, saya kena yakin yang Faisal tak melakukannya. Supaya data dan fakta yang saya perlu kumpul tak bias nanti."

"Betul jugak. Tapi..."

"Yes?" Mark bangun, memimpin tangan Khaleeda ke sofa, duduk berhadapan televisyen yang tidak dihidupkan.

Folikel Spektrograf oleh M. Faiz SyahmiRead this story for FREE!