Prolog

1.4K 26 1

Faisal, Humaira' & Mawar


"Kita tak boleh bersama lagi. Maafkan ana, tapi tunang ana dah tahu hubungan kita berdua. Anti dah tak boleh bersama ana lagi."

"Tapi.."

"Maafkan ana. Ana memang sayangkan anti, memang sayang. Sepenuh jiwa. Ana tak boleh tidak berlaku adil kepada tunang ana."

"Tapi anta memang sayangkan ana kan? Kan lelaki boleh kahwin empat? Kenapa anta tak boleh kahwin dengan ana sekali?"

"Tak boleh, anti. Ia bukan semudah itu."

"Ana ada banyak masa untuk anta terangkan pada ana. Please. For our love's sake."

"Hmm. Nantilah ana cakap pada Humaira' dulu. Ana tak suka berlaku curang. Ia bukan sifat seorang Muslim yang bagus."

"Baik."

Telefon diletakkan. Faisal mengurut dahi. Tarikh perkahwinan dia dan Humaira' semakin dekat. Tapi secara tiba-tiba, rakannya Mawar meluahkan rasa cinta padanya. Dia serba-salah. Memanglah lelaki boleh berkahwin empat, tetapi ia bukan semudah itu. Duit bukan masalah baginya. Dia memang ada simpanan yang cukup untuk menyara empat isteri, jika dia mempunyai calon. Yang jadi masalah baginya adalah hati-hati perempuan yang bakal dia perlu adili. Bukan mudah untuk berpoligami, sebenarnya.

Manusia dicipta mempunyai hati yang berbeza-beza. Walau sama spesis, walau sama jantina, akan tetapi, hati dan perasaan berbeza. Kerana bagi Faisal, hidup manusia mempunyai jalan yang berbeza, membuatkan hati dan perasaan manusia tidak sama. Namun, setiap manusia ini ada pattern mereka yang sama, atau boleh dikatakan corak yang sama. Ia fitrah manusia.

Sepertimana diceritakan dalam Men From Mars, Women From Venus. Apa yang diceritakan hanyalah corak jantina itu semata-mata. Akan tetapi, untuk menjaga hati dan perasaan orang yang disayang, ia tidak sama bagi setiap manusia.

Humaira' orangnya introvert. Mawar orangnya extrovert. Pilihan warna saja sudah berbeza, apatah lagi pilihan makanan. Kalau nak ikutkan jalan yang benar, Faisal fikir dia perlu tolak saja permintaan Mawar. Dia perlu setia kepada Humaira'. Humaira' yang paling bersabar dengannya. Humaira' paling memahaminya. Humaira' paling comel ketika ketawa. Namun, Humaira' juga ada kekurangannya yang Mawar boleh tambahkan. Kerana susah hendak berbuat keputusan, Faisal tidur awal malam itu. Kebetulan malam ini malam Jumaat, Faisal berniat untuk bangun awal, bermunajat kepada Tuhan meminta petunjuk.

Di sudut yang lain, Humaira' mendapat panggilan daripada nombor yang tidak dikenalinya.

"Assalamualaikum," soal Humaira' sebaik menekan butang hijau.

"Waalaikumussalam. Kak Humaira'?" soal suara di hujung talian.

"Ya, ana Humaira' bercakap. Min anti?"

"Ana Mawar."

Sebaik Humaira' mendengar nama itu, tangannya bergetaran. Air berkumpul di mata. Badannya hangat. Dia geram bercampur sedih.

"Kak Humaira'?" Mawar memanggil kerana tiada konversasi dimulakan.

"Maaf, maafkan ana. Ana teremosi pulak. Hahaha," Humaira' kesat mata.

"Tak mengapa, tak mengapa. Kak Humaira' sihat?"

"Alhamdulillah, sihat. Anti pula?"

"Alhamdulillah, nyawa dikurnia Allah."

"Bagus. Ada apa Mawar telefon ana malam-malam begini?"

"Saja dah lama tak berbual dengan Kak Humaira'. Hehe."

Folikel Spektrograf oleh M. Faiz SyahmiRead this story for FREE!