#PCUBB-Part 11

8.4K 304 12

"UNTUK akhir tahun ni ada satu slot kosong, awak tak nak ke Cik Juwita?" Panggilan telefon daripada Tuan Editor membuatkan Lisa menjadi tidak keruan. Masa itu barulah dia terhegeh-hegeh sarung helmetnya dan mulakan operasi perah otak.

Sejak dia bekerja, memang dia jarang menulis lagi. Mana tidaknya, balik rumah mesti penat. Bila sudah penat, kepala ingat bantal, badan ingat katil. Jadi, good night! Baru hari ini dia kena perah otak. Itu pun bila Tuan Editor kata ada slot kosong. Walau macam mana pun dia mesti dapatkan slot itu.

Bukan senang nak dapat slot. Dulu dia pernah tunggu hampir setahun untuk dapatkan giliran supaya novelnya diterbitkan. Apa boleh buat. Novelis suam-suam kuku sepertinya sering dipandang sebelah mata. Ini pun kira bernasib baiklah. Ada yang dia dengar, ada novelis lain terpaksa tunggu tiga tahun untuk novelnya diterbitkan. Bersyukurlah dengan apa yang ada.

Jadi, apa lagi. Bila dia tahu ada satu slot kosong, pastilah dia suka. Pada awalnya dia fikir mahu baik pulih manuskrip yang ditolak tempoh hari. Tapi bila dia teringatkan komen Suhaila tempoh hari...

"Baru ayat pertama aku dah rasa mengantuk. Bab 1 pun aku tak rasa aku boleh lepas. Kau ni suka sangat merapu dengan ayat-ayat skema di awal cerita. Kalau kau fikir, kau nak baik pulih manuskrip ni, kau kena baik pulih dari awal. Bab-bab awal mesti bombastik! Hisy, aku memang tabik dengan editor kau sanggup baca satu persatu sampai habis..." komen Suhaila sambil menguap.

Okey, reject! Ikut cakap Suhaila. Dia tu pembaca novel yang tegar juga. Ada cita rasa tersendiri. Oleh itu, Lisa terpaksa perah idea yang lebih baik lagi.

Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Dia jeling tengok nama yang tertera. Big boss.

"Eee... bos ni memang tak boleh tengok orang senang sikit! Malam-malam pun nak kacau anak dara orang!" rungutnya cuba abaikan panggilan itu.

Telefon bimbitnya berhenti berbunyi. Huh, lega. Tapi sekejap sahaja, satu mesej muncul. Lisa segera baca mesej itu.

SAYA TAHU AWAK BELUM TIDUR LAGI. CALL SAYA SEBELUM SAYA SERANG RUMAH AWAK SEKARANG!

Opocot kau! Kecut Lisa dibuatnya bila bos guna huruf besar. Lisa segera tanggalkan helmet dan menghubungi bosnya itu. Baru satu deringan, panggilannya disambut.

"Tahu takut!" Gertak bos.

"Ada apa bos?" tanya Lisa.

"Really? Awak tanya saya pasal apa?"

Lisa menepuk dahi. Aduhai... macam mana dia boleh terlupa. Kelmarin bos ada bagi homework! Lisa oh Lisa. Kau memang nak kena panggang dengan bos ye?

"Awak dah fikir ke belum?" tanya bosnya.

"Err... bos. Saya tengah perah idea ni. Betul!" Lisa cuba yakinkan bosnya. Memang pun dia tengah perah idea tapi bukan idea untuk plot bosnya.

"Dari semalam saya tanya, takkan tak habis-habis masih perah idea lagi!" Garang suara bos memarahinya.

"Saya tengah berusaha ni bos sebab calon nenek bos ni agak susah nak diputar belit. Kalau dia jenis gedik-gedik, senang sikit nak handle. Pagi esok... pagi esok saya janji saya akan sediakan idea yang terbaik punya!"

"Okey, saya tuntut janji tu pagi esok!" Panggilan terus ditamatkan.

Huh! Buat orang sakit jantung aje malam-malam ni. Lisa mengeluh lega. Tapi belum boleh lega lagi. Bertambah pening kepalanya. Tuan Editor mahukan manuskrip baru. Kalau dia tidak submit dalam masa yang ditetapkan, dia akan kehilangan slot hujung tahun. Dalam masa yang sama, bos pula inginkan dia fikirkan cara untuk singkirkan calon neneknya. Calon pula bukan sebarang calon. Kalau tak dapat berikan idea pagi esok, masaklah dia nanti!

PLOT CINTA UNTUK BIG BOSSRead this story for FREE!