Aku danish dan sepanjang hidup aku , aku pernah melakukan banyak jenayah seperti meragut , merompak , mencuri dan lain lain . Sepanjang perbuatan jenayahku tak pernah sekali aku merasakan apa itu takut. Segalanya aku harungi dengan yakin , tetapi kini untuk aku mula menggigil ketakutan . Bukan kerana bakal dipukul atau di tangkap polis melainkan berhadapan dengan seorang nenek tua.
Wajah nenek tua itu menakutkan walau badannya kecil . Akan tetapi aku merasa ketakutan berhadapan dengan nenek ini seperti berhadapan dengan sesuatu yang tidak dapat digambarkan. Walau badan nenek itu kecil dan berbongkok tetapi aura yang dipancarkan nenek itu menakutkan seperti berhadapan dengan ahli gusti yang berpengalaman atau pembunuh bersiri.
" Kau bawa barang bapak kau cu" suara nenek itu memecahkan kesunyian malam itu. Aku masih bergetar " ahh iy iye nek ini barangnya" sambil aku menghulur barang tersebut.
" Kenapa kamu biarkan dia kelaparan, nasib baik kamu bawa ke nenek kalau tidak nyawa kamu menjadi galamg gantinya" nenek itu berkata tenang seperti itu adalah kebiasaannya. Tapi aku yang mendengar kata itu mula jatuh melutut seperti mahu menangis" to tolong nek aku tak nak mati , ak aku tak tahu apa apa ni semua orang tua tu punya " aku menyalahkan bapaku . Ancaman itu membuatkan aku melutut ketakutan meminta pertolongan.
Nenek tua itu hanya tersenyum dan menjemputku masuk ke rumahnya" sudah sudah ,mari masuk cu". Aku menuruti kata kata nenek tersebut, lalu bangun dan berjalan di belakangnya.
Rumah usang itu perlu menaiki tangga kayu dahulu sebelum tiba ke pintu rumah . Aku menaiki tangga itu dan kedengan ketika aku memijak tangga itu. Tapi aku mula merasa pelik , kenapa nenek itu berjalan menaiki tangga tidak mengeluarkan bunyi seperti sedang terbang ke atas.
Pintu dibuka tanpa di ketuk dan nenek itu mempelawa aku masuk sementara dia berdiri di hadapan pintu itu. Aku segera masuk terlebih dahulu dan melihat ke dalam rumah. Aku terperanjat apabila melihat ke dalam rumah itu. Nenek itu sudah duduk didalam rumah sambil memandikan keris yang dibawaku sebentar tadi.
Aku segera berpaling melihat ke arah nenek yang berdiri di luar sebentar tadi. Nenek tersebut hilang dari pandangan membuatkan jantung aku kembali berdegup kencang sekali lagi" siapa tadi? " Soal aku sendirian.
"Cucu mari sini " arah nenek itu, aku mengangguk dan mula duduk bersila menhadap ke nenek itu. Entah mengapa melihat nenek itu ketakutan yang di dalam hatiku hilang. Aku melihat seorang nenek tua yang lemah tidak seperti nenek yang tadi. Aura menakutkannya tidak dirasakan olehku.
"Dūlæ h̄lān chāy k̄hxng c̄hạn d̂wy hah puhh" nenek itu meniup angin menerpa ke diriku. Aku tidak faham apabyang dibicara oleh nenek itu, tapi entah mengapa aku merasa seperti badanku mula bertenaga selepas dihembus nafas itu.
" Cucu ada benda tak lepas darimu ni , nenek dapat rasakan . Ada apa apa nak minta tolongkah" nenek itu menyoal ke pada aku. Aku terkejut dengan perbicaraan itu, nenek itu mampu membaca apa yang tersimpan didalam hatiku. Aku tanpa ragu menceritakan dendamku ke nenek itu.
" Jadi nenek boleh tolong aku ke?" Aku mula meminta pertolongan kepadanya. Nenek itu hanya tersenyum" cucu ni dah ada penjaga, dulu dia ni jaga ayah kamu tapi lepas ayah kamu hilang dia sekarang menunggu kamu pula ambil dia" sambil nenek itu menhulur keris milik bapaku.
" Tapi kalau kamu nak hancurkan mereka nenek ada cadangan tapi kamu kena usaha, boleh ke" nenek itu mula memberi sebuah cadangan. Aku yang sudah sepenuhnya di penuhi dengan dendam terus menyetujui cadangan nenek itu" baik nek aku ikut je apa yang nenek suruh , apa sahaja" aku mula bersemangat . Jiwa aku membakar dengan semangat membalas dendam.
" Kalau begitu nenek hanya meminta kamu mengambil gambar mereka dan yang ini sedikit sukar jika kamu tidak yakin" nenek itu kembali bertanya kepadaku tentang keyakinanku. " Boleh nenek saya sanggup apa sahaja , janji hidup mereka hancur" aku mula senyum jahat .
" Baiklah kalau begitu nenek nak kamu malam ini pergi ke kubur dan dapatkan minyak dari dagu wanita anak dara yang baru meninggal" nenek itu menjelas. Aku terkedu" mana aku nak cari nek , tengah malam ni mana aku nak dapatkan" aku mula merasa seperti marah dengan permintaan itu. Aku memang tidak akan berjaya jika nenek itu mahukan benda itu malam ini.
Nek som memotong bicaraku" kamu tak perlu risau, tempatnya sudah aku sediakan hanya tinggal kamu berani atau tidak". Mendengar tentang itu, aku segera menyetujui permintaan nek som" kat mana kubur tu nek" tanya ku.
Nek som menunjuk ke suatu sudut dan aku segera melihat ke arah jari telunjuknya . Entah bagaimana tiba tiba sahaja ada seorang wanita muda dan cantik berdiri di tempat itu. " Kamu ikut dia , nanti dia tunjuk tempat itu , tapi kamu kena ingat jangan pernah sentuh dia jika tidak " nenek itu sengaja membiarkan ayat tergantung.
Aku tidak peduli tentang wanita cantik itu , dalam fikiranku hanya dendam sahaja. Aku mula bangun untuk berjalan keluar " nanti selesai aku datang semula nek " balasku dengan yakin. Nek som menghulur sebatang lilin dan botol kaca kepadaku ,aku mengambil lilin dan botol kaca.
Nenek itu kembali berpesan" minyak itu nenek nak kamu dapatkan dan beri ke nenek hari ini. Kalau soal gambar itu esok juga tidak apa apa" . Aku angguk tanda faham dan berjalan turun tangga, seperti sudah diramcamg sebuah cangkul tersedia di hujung tangga. Aku mengambil cangkul itu dan berjalan di belakang wanita itu.
Jikaku perhatikan wanita ini sungguh cantik dan menggodakan dadanya yang besar bersama pinggang ramping dan punggung yang tonggek Sungguh menggoda. Pakaiannya pula kebaya lama yang menampilkan leher yang putih membuatkan aku bernafsu. Tapi pantang larang nenek itu kembali menyedarkan diri ku . Aku membuang dahulu nafsuku dan hanya fokus berjalan mengikutinya.
Walaupun wanita muda itu berjalan di hadapanku tapi aku tidak dapat dengar suara dia berjalan dia . Aku tak mahu berfikir apa apa yang membuatkan aku ketakutan. Aku hanya mahu menyelesaikan masalah ini terlebih dahulu.
Aku akhirnya tiba di kawasan kubur, mata aku melilau mencari kubur yang baru di tanam tapi tidak kelihatan kerana malam yang gelap. Aku kembali melihat ke arah wanita muda itu dan melihat dia menunjukkan arah sebuah kubur . Setelah aku perhatikan akhirnya aku melihat dan yakin itu adalah kubbur yang dimaksudkan olehnya.
Aku berjalan menuju ke kubur itu dan mula menggali tanpa hirau akan keadaan . Walaupun ini adalah kali pertama aku menggali kubur, tapi badanku tetap bertenaga seperti orang yang kuat dan tidak mudah letih.
Akhirnya aku berjaya menggali kubur itu dan menemui mayat wanita itu. Rasa takut tidak ada didalam hatiku, aku melakukan mayat itu seperti sebuah patung. Aku menghidupkan lilin pemberian nek som dan mula membakar dagu milik wanita itu.
Hampir 10 minit untuk menunggu dagu mula mencair dan megeluarkan minyak . Mataku fokus meliaht dagu wanita itu mengalirkan minyak itu setitik demi setitik. Penantianku berakhir, botol itu penuh dengan hasil minyak dagu aku menutup botol dan menyimpan botol itu ke poket.
" Arghh sial " mencarut aku terkejut, mayat wanita itu membuka mata dan melihat ke arahku. Aku menolak mayat itu kembali semula ke tanah dan mula menanam semula . Baru ketika itu aku mula merasa ketakutan semula, mungkin kerana melihat mata terbeliak mayat wanita itu membuatkan aku ketakutan...
TBC....
YOU ARE READING
madneD|Dendam
FantasyAmaran cerita ini mengandungi unsur lucah dan adengan seksual, 18 tahun ke bawah di larang baca dan baca atas kehendak sendiri. Kisah dendam seorang remaja dan luka liku perjalanan kehidupan mazlan dan isterinya syuhadah.
