DAZRIN memandang sahabatnya itu.Haris wajah bersahaja memandang Dazrin.
" Kenapa kau pandang aku macam tu?Muka aku pelik sangat ke? " soal Haris.
" Bukan muka kau yang pelik,perangai kau tu yang pelik. " jawab Dazrin.
" What?Apa yang pelik dengan perangai aku.Biasa je.Cuma hari ni aku rasa happy.Tu je. " ucp Haris.
" Tu yang pelik sangat tu.Semalam kau ada telan apa-apa ubat ke?Kot-kot kau hilang ingatan ke? " kata Dazrin.
" Mana adalah.Kau jangan nak yang bukan-bukan ya.Aku ingat syurga neraka lagi ya.Berdosaa tau tak! " kata Haris.
" Aku tahulah iman kau tu kuat lagi.Cuma aku nak tanya kau ada buang tebiat ke?Mungkin sebab fasa semakin meningkat umur ni aku faham.Nyanyuk tak kira tua atau muda. " kata Dazrin.Haris masih lagi tidak faham akan pertanyaan Dazrin.
" Hah?Nyanyuk?Buang tebiat?Apa ni?Kau terus terang jela.Kau ingat aku faham ke? "
" Kau tanya apa kat Zafir? " ucap Dazrin.
" Oh pasal tu ke?Tak ada apalah.Kau ni sibuk je. " dalih Haris.
" Kau ni ceritalah kat aku.Aku dengar Zafir cakap kau tanya dia tentang maksud " mini love".Kau dah ada calon ke?Tiba-tiba tanya macam tu? " kata Dazrin.
Haris memandang Dazrin.
" Tak adalah.Mana ada aku calon.Kau ni memandai je. " nafi Haris lagi.
" Tengok tu.Baik kau cerita kat aku.Cantik tak orangnya.Kau ni diam-diam dah dapat calon.Tak nak bagitahu aku. " kata Dazrin.
Haris sedang memikirkan sesuatu.
" Ceritalah Haris.Kau nitak baik tau.Dah ada calon tak nak cakap kat aku.Sampai hati kau.Merajuk dengan kau. " ucap Dazrin.
" Buruk betullah muka kau merajuk.Kau nak merajuk sampai tahun depan pun aku tak heran. " kata Haris.
" Ceh!Mentang-mentang dah ada calon dia berlagak dengan aku.Kau tunggu kahwin kau aku malas nak datang. " Dazrin mengusik sahabatnya.
Haris mengangkat keningnya itu.
" Dahlah malas aku layan kau.Baik aku sambung kerja aku.Orang tu dah ada calon tak nak bagitahu aku.Huh!Menyampah! " kata Dazrin dan berlalu pergi.
Haris tertawa kecil.Dia melihat Dazrin dari jauh.
Kalaulah kau tahu calonnya mesti kau terkejut.Salah ke aku suka kat adik kawan aku sendiri? Haris bermonolog dengan hatinya.
NAJWA sedang cuba untuk melintas jalan raya.Dia melihat jalan raya begitu sesak sekali dengan pelbagai jenis kenderaan.Najwa melihat jam di tangannya.Jam sudah menunjukkan pukul 7 malam.Dia melihat langit yang semakin gelap menandakan masuknya waktu malam.Tanpa menghiraukan kenderaan yang banyak Najwa memberanikan dirinya untuk melintas jalan raya.
Ketika dia sedang melintas ada sebuah kereta yang dipandu dengan laju sedang menuju ke arahnya.Kereta itu dengan segera membunyikan hon.Najwa terkaku seketika.Dengan tiba-tiba tangannya di tarik ke belakang.Najwa terjatuh bersama lelaki itu.
" Sorry.Saya minta maaf. " ucap Najwa lalu memandang wajah lelaki itu.
" Tak apa. "
" Pakcik uban?Pakcik buat apa kat sini? " tanya Najwa.
Haris terus memandang wajah Najwa.
" Saya tolong awaklah.Ni awak buat apa kat sini?Tak balik lagi?Dah nak malam ni.Bahaya tau awak melintas jalan macam tu.Kalau kena langgar tadi dah tak pasal-pasal masuk hospital. " ujar Haris.
" Saya nak baliklah ni.Hari ni saya balik kerja lambat.Saya bukan apa,banyak sangat kenderaan,saya tak boleh nak tunggu,saya redah jela. " jawab Najwa.
" Kalau redah tu awak selamat tak apa cik adik oi.Ni kalau kena laggar kan bahaya. " bebel Haris.
Najwa menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.
Aduh pakcik uban ni.Aku nak balik.Dia boleh pula membebel kat sini.Dia ingat aku bini dia ke nak bising-bising macam ni.Gumam Najwa.
" Awak dengar tak saya cakap ni? " kata Haris.
" Ya pakcik uban.Saya dengar.Aduh pakcik saya nak balik tau.Dahlah rumah saya jauh.Nak naik bas lagi.Pakcik boleh pula membebel kat sini.Pakcik tu bukan abang saya.Abang saya pun tak pernah nak bising macam pakcik ni.Tepilah saya dah lambat ni.Dahlah malam kang sunyi." kata Najwa.
Haris terdiam.
" Awak balik memang selalu naik bas ke? " soal Haris lagi.Najwa menjelingnya.
" Ya pakcik uban saya balik naik bas.Puas hati! "
" Kenapa tak naik kereta je?tanya Haris lagi.
" Saya mana ada kereta.Lesen pun tak ada macam mana saya nak bawak.Pakcik boleh tak jangan kacau saya.Saya nak balik rumahlah. " dengus Najwa.
Haris melihat wajah Najwa yang sudah masam mencuka.
" Awak tumpang saya balik.Saya hantar awak.Lagipun saya dan abang awak bestfriend.Nanti saya beritahu abang awak saya hantar awak balik " ucap Haris.
" Hah?Pakcik hantar saya balik?Pakcik biar betul. " ucap Najwa.
Dia ni kenapa? Tiba-tiba nak hantar aku.
" Awak nak ikut tak?Kalau tak awak tinggal.Beranilah awak waktu-waktu macam ni ada musang kat sini. " ucap Haris.
" Eh!Eeee kejaplah.Pakcik tunggulah. "
Sewaktu di dalam kereta,mereka langsung tidak berkata-kata.Haris berdehem.Najwa memandang keluar kereta.
" Saya minta maaf,saya bukan apa bahaya waktu senja macam ni awak diri kat luar.Awak tu dahlah perempuan. " ujar Haris.
Najwa yang sedari tadi membatu terus tersentuh hatinya apabila Haris meminta maaf kepadanya.
Kereta itu pun telah sampai ke destinasi yang di tuju.Haris melihat Dazrin sedang berada di depan pintu rumahnya.Najwa keluar dari kereta itu lalu berlalu masuk.Ketika hendak masuk ke dalam rumahnya Najwa menolehkan badannya ke belakang.
" Terima kasih. " ucap Najwa.
Haris mengangguk perlahan.Dazrin memandang mereka berdua silih berganti.
" Daz aku balik dululah.Aku hantar adik kau je ni.Dia melintas kat jalan raya tadi.Bahaya.Dia main redah je.Nasib tak kena langgar. " ucap Haris.
" Okay.Terima kasihlah Ris.Susahkan kau je.Elok-elok balik.Apa-apa jumpa esok kat ofis. " kata Dazrin.
" Okey bereh.Assalamualaikum. " ucap Haris.
" Waalaikumsalam. "
YOU ARE READING
MR HARIS RIZQIE [Slow Update ]
RomanceHaris Rizqie merupakan seorang duda terlajak hot.Dikenali sebagai Daddy Aaris.Haris pernah berkahwin,namun tidak lama.Dia pun bercerai.Sudah 15 tahun dia hidup sendiri. Haris pula telah di minta oleh mamanya untuk berkahwin kali kedua.Kerana mamany...
![MR HARIS RIZQIE [Slow Update ]](https://img.wattpad.com/cover/349520209-64-k652601.jpg)