HARIS memegang telefon bimbitnya itu.Sesekali dia memandang skrin telefonnya itu.Datin Maria sedang memerhati anak tunggalnya itu dari jauh.Dia mendekati Haris yang sedang tersenyum seperti kerang busuk itu.Angau barangkali.
Dazrin telah memposting gambarnya.Mata Haris tertuju kepada seseorang.Dia melihat Najwa yang sedang bergambar sekali bersama abangnya.Dia melihat wajah gadis itu.Dia tersenyum sendiri.
Haris melihat nama yang tertera di situ.
" Hazatul Najwa.Sedap namanya. " ucap Haris sendiri.
" Senyum-senyum sorang-sorang ni ada berita gembira ke untuk mama! " ujar Datin Maria.
Haris terus tersedar dari lamunannya itu.
" Berita gembira?Mama nak kahwin ke? " ucap Haris.
Datin Maria mengerutkan dahinya.
" Apalah Ris ni.Ke situ pula.Mama tanya dia,dia boleh pula tanya mama.Mama tanya ni kenapa senyum sorang-sorang?Dah buang tabiat ke? "
" Mana ada mama.Ris tak ada senyum pun.Pandai-pandai mama ni. " nafi Haris.
" Yelah tu.Seumur hidup mama kalau tengok Ris senyum macam tu sekali je.Itupun masa zaman Ris habis belajar.Yelah orang angau kan.Ceritalah kat mama.Ris dah jumpa ke jodoh Ris?Orang mana?Cantik tak? " ucap Datin Maria.
" Mama mana ada Ris jumpa sesiapa.Mama cuba rileks. " kata Haris.
" Mama bukan apa Ris mama ni dah tua.Mama teringin nak ada menantu nak ada .... "
" Cucu ... " Haris menyampuk.
Datin Maria memandang anaknya itu.
" Mama ingat senang ke nak Ris cari jodoh.Mama please bagi Ris masa.Ris cari ye.Tapi mama kena bagi Ris masa boleh? "
" Mama boleh bagi masa.3 bulan je.Kalau Ris tak jumpa juga.Ris kena terima cadangan mama,boleh? " Datin Maria memandang Haris.
Gulp! Seperti ada sesuatu yang berada di kerongkongnya itu.Haris menarik nafas.
" Ya ma,Ris terima cadangan mama.Tapi kena bagi Ris masa dalam 3 bulan ini.Kalau Ris tak dapat juga calon untuk mama.Ris sendiri serah diri Ris suruh mama kahwinkan dengan Datin Linda tu. " ucap Haris.
" Okey deal ! "
Dengan senang hati Datin Maria meninggalkan Haris sendirian.Haris menggaru kepalanya itu.
Mati aku.Mana aku nak cari calon ni.Gumam Haris.Haris mencapai telefonnya.
Dazrin memandang Haris yang tidak duduk diam dari tadi seperti cacing kepanasan.
" Dari kau ke sana ke sini,baik kau duduk.Cuba tenang. " ucap Dazrin.Haris memandang Dazrin.
" Kau suruh aku tenang?Aku serabut dari tadi.Mama aku tak habis-habis nak suruh aku kahwin dengan bestfriend forever dia tu.Macam mana aku nak tenang selagi aku tak jumpa calon untuk aku. "
" Kau nak aku tolong macam mana?Aku dah banyak kerah idea carikan calon untuk kau.Tapi satu pun tak lekat.Bukan salah aku. " ucap Dazrin dengan selamba.
Haris terus memandang sahabatnya itu.
" Kau dah kenapa pandang aku macam tu?Kau jangan cakap yang kau ni gay?Aku tak mengaku kau sahabat aku tau. " kata Dazrin.
" Kau ni.Ke situ pula.Aku ingat Tuhan lagilah. "
" Apa kata sekarang ni kau rileks dulu.Nanti kita cari idea untuk tolong kau.Mama kau bagi 3 bulzan.Sempat lagi nak cari. " ucap Dazrin lagi.
" Kau tahu 3 bulan tu bermakna bagi aku.Kau dah kahwin tak ada masalah."
" Itulah kau dulu aku kenalkan dengan si Bella tu kau tak nak.Memilih,sekarang macam orang gila cari calon.Nasib kaulah Haris. " Dazrin tertawa.
YOU ARE READING
MR HARIS RIZQIE [Slow Update ]
RomanceHaris Rizqie merupakan seorang duda terlajak hot.Dikenali sebagai Daddy Aaris.Haris pernah berkahwin,namun tidak lama.Dia pun bercerai.Sudah 15 tahun dia hidup sendiri. Haris pula telah di minta oleh mamanya untuk berkahwin kali kedua.Kerana mamany...
![MR HARIS RIZQIE [Slow Update ]](https://img.wattpad.com/cover/349520209-64-k652601.jpg)