"Masuk ofis jap. Ada perkara saya nak cakap dengan awak," kata Zul Zafri dengan muka tidak puas hati.

Apalah pulak ni? Aku ada kacau periuk api dia ke? Tertanya-tanya Lisa di dalam hati.

Nak tak nak Lisa terpaksa mengekori bos naik ke pejabat. Jejak sahaja kaki masuk ke dalam pejabat, Lisa sudah rasa seram sejuk tubuhnya. Sah, ini pasti ada sesuatu yang tidak kena. Mungkin sebab prestasinya hari ini tak beberapa baik atau dia telah buat bosnya itu tak puas hati dengan hasil kerjanya.

"Awak tahu kenapa saya panggil awak kerja?" tanya Zul Zafri.

Lisa geleng perlahan-lahan. Manalah dia tahu langsung! Kalau dia tahu pun, dia tentu akan buat-buat tidak tahu. Biar saja big boss bersuara. Kalau dia bersuara dengan teori-teori seorang novelis nanti, lain pula jadinya. Lebih baik buat-buat bodoh.

"Semalam, di cafeteria... awak langgar saya," tambah Zul Zafri sambil bagi isyarat menunjuk ke arah kepalanya.

"Semalam? Cafeteria?" Lisa geledah memorinya semula.

Alamak! Baru dia teringat. Semalam dia ada langgar kepala seorang lelaki. Dia tidak ingat langsung muka lelaki itu tapi rasa-rasa macam...

"Baru ingat?" perli Zul Zafri.

"Err... saya minta maaf. Saya tak sengaja waktu tu. Nak cepat sangat," Lisa segera minta maaf.

Patutlah bosnya itu layannya macam dia pernah buat salah saja. Memang dia pernah buat salah pun! Siap kutuk syarikat ini lagi! Aduhai...

Tapi... takkan pasal itu bos nak ambil aku kerja! Atau dia sengaja nak ambil aku kerja sebab dia boleh buli aku! Huh, dia ingat aku ni senang dibuli ke? Bisik hati Lisa cuba berikan dia semangat.

"Ini pasti awak punya, bukan?" tanya Zul Zafri sambil tunjuk sebuah buku pink.

"Ah, nyawa saya!" Serta merta Lisa melompat untuk mengambilnya daripada bosnya tapi bosnya bertindak lagi cepat menariknya semula. Ketika itu barulah Lisa dapat rasa ada sesuatu yang tidak kena. Jangan-jangan, bos sudah baca kandungan buku tu! Malu wei!

"Jadi, awak betul-betul penulis novel?"

Lisa angguk dalam keterpaksaan. Kalau boleh dia tidak mahu mengaku tapi bila buku itu ada pada bosnya, sudah tentulah bosnya akan membacanya. Jadi, memang tak guna kalau dia cuba menafikannya.

"Awak dah fikir kenapa saya panggil awak bekerja hari ni?" tanya bosnya lagi.

"Sebab... nak pulangkan buku tu pada saya?" jawab Lisa tersengih-sengih.

Padahal dia tahu sangat yang jawapannya itu memang salah. Ada banyak cara lagi untuk bosnya pulangkan buku tu. Dalam buku tu ada tercatat alamat dan nombor telefon lagi. Kalau bosnya itu betul-betul nak pulangkan hartanya itu, sudah lama dia pulangkan. Tak perlu buat panggilan jam 12.00 tengah malam dan suruh masuk kerja hari ini.

"Awak ni pandai buat lawaklah..." Zul Zafri tersengih juga.

"Bos, beritahu sajalah apa yang bos nak. Otak novelis macam saya ni hanya suka selesaikan teka-teki dunia ciptaan saya," keluh Lisa. Malas nak main sorok-sorok dengan lelaki itu.

"Awak memang bijak."

"Saya paling tak suka bila orang puji saya macam tu..." Lisa sudah mula tak sedap hati. Entah apa yang bosnya mahu daripadanya.

"Saya buat keputusan untuk lantik awak jadi setiausaha sulit saya, bukan kerana saya kagum dengan resume awak."

Dah agak dah! Bos gila saja yang akan kagum dengan resume yang kosong.

PLOT CINTA UNTUK BIG BOSSWhere stories live. Discover now