#PCUBB-Part 8

8.8K 362 9

HUH, selesai segala urusan! Hampir seharian di Perak, petang itu mereka kembali ke Kuala Lumpur. Lisa juga yang kena pandu kereta. Memang sehari ini dia menjadi pemandu peribadi untuk bosnya itu. Apa boleh buat, inilah realitinya kalau makan gaji.

Semasa memandu pulang, macam-macam hal difikirnya. Terutamanya tentang perbualannya dengan Suhaila tengah hari tadi. Sekarang sudah kecoh satu ofis tentang berita yang pelik.

Dia ada hubungan dengan big boss?

Ini memang gila. Macam manalah mereka boleh berfikir sampai ke situ. Lisa sendiri tidak faham. Dia dapat panggilan jam 12.00 tengah malam pun boleh tersebar meluas. Dengan mudah saja mereka buat kesimpulan yang tak masuk akal.

Lisa memandang cermin pandang belakang. Dia ada skandal dengan lelaki ini? Bagaikan langit dengan bumi. Lelaki seperti ini tak akan lihatnya sebagai perempuan tapi sebagai kuli.

"Bos, boleh tanya tak?" tanya Lisa takut-takut.

"Awak rasa saya ni kaunter pertanyaan ke?" tanya Zul dengan suara kereknya.

Lisa garu kepalanya. Hisy, kerek juga big boss ni. Nak tanya soalan pun tak boleh? Tapi ada aku peduli?

"Tapi saya nak tanya jugak, bos. Orang kata, kalau malu bertanya sesat jalan," tegas Lisa.

"Hah? Sesat jalan? Macam mana boleh sesat jalan? Awak tak reti tengok signboard ke?" Zul Zafri melilau pandang ke luar tingkap kereta yang dipandu oleh setiausaha barunya itu.

Melalui cermin pandang belakang, Lisa melihat bosnya menggelabah semacam.

"Cepat buat U turn!"

"Hah?" terkejut Lisa dibuatnya. "Kita ni kat highway, mana boleh buat U turn tiba-tiba. Itu dah lawan arus dah namanya."

"Saya tak suruh awak lawan arus. Cepat cari jalan keluar!" arah Zul Zafri.

Lisa menggaru kepala. "Bukanlah bos. Kita tak sesat."

"Habis tadi awak kata..."

"Itukan perumpamaan Bahasa Melayu. Bos tak belajar ke masa kat sekolah dulu? Malu bertanya sesat jalan. Saya ada hal nak tanya. Penting," Lisa sound direct saja.

"Lain kali awak nak tanya, tanya sajalah!" marah Zul Zafri menahan malu. Tak pasal-pasal fobianya kembali.

"Hehe... tapi saya rasa saya dah tahu kenapa bos suruh saya jadi driver hari ni hehehe... Bos mesti pernah sesat sebelum ni sebab tulah bos menggelabah semacam," Lisa tidak dapat menahan diri daripada ketawa.

"Awak diam! Zip mulut tu!" marah Zul Zafri.

Zul Zafri marah bukan sebab Lisa ketawakan dia tapi apa yang Lisa teka tadi memang betul. Sejak dia pernah sesat di dalam hutan dulu, sejak itulah dia fobia bila orang sebut pasal sesat. Sebab itulah juga dia tidak berani memandu sendirian bila terpaksa ke tempat yang dia jarang pergi.


*****


TEPAT jam 6.00 petang, mereka sudah sampai di ofis. Selepas parking kereta di basement atas arahan big boss, Lisa bersiap-siap untuk balik rumah.

"Bos, saya balik dulu tau," Lisa minta diri. Waktu bekerja sudah habis, jadi apa tunggu lagi. Baliklah! Lagipun Suhaila sedang menunggunya di lobi. Kunci diserahkan kepada big boss.

"Siapa benarkan awak balik?"

"Bukan ke dah habis waktu kerja?" Lisa tunjuk jamnya. Mana tahukan bosnya punya jam rosak.

"Jadi, awak ingat kalau waktu kerja dah habis, awak boleh terus balik ke?"

"Err... tentulah tak!" jawab Lisa.

PLOT CINTA UNTUK BIG BOSSRead this story for FREE!