#PCUBB-Part 7

8.2K 338 5

"INI tempat kamu," kata Encik Nazri kepada wanita yang memperkenalkan diri sebagai Wahida semasa perkenalan singkat tadi.

Mula-mula pelik juga bila datang seorang lagi pekerja baru untuk jawatan yang sama. Memang tidak senang duduk dibuatnya. Maklumlah dia takut tersalah dapat maklumat. Sudahlah dia terima panggilan pukul 12.00 tengah malam. Tidak pernah dibuat orang.

Tapi itulah yang Suhaila cakap. Dia betul-betul yakin sampai dia tunjukkan nombor telefon Encik Nazri yang tersimpan dalam telefom bimbitnya. Barulah Lisa yakin sedikit. Pagi tadi pun masih takut-takut hendak jejak kaki. Bila Encik Nazri datang dan menegurnya, barulah lega. Dia tidak tersilap.

Tapi yang tak fahamnya, kenapa pukul 12.00 tengah malam baru beritahu?

Lisa memandang sekeliling bilik itu. Pejabat big boss di tingkat 18. Satu tingkat itu memang pejabat untuk big bos. Ada sebuah meja berhadapan dengan pintu masuk pejabat big boss. Itu tempat Kak Wahida.

Lisa menggaru kepalanya yang tidak gatal apabila Encik Nazri terus bagi arahan kepada Kak Wahida seolah-olah Lisa tidak wujud di situ. Dia tak dapat tumpukan perhatian dengan pesanan Encik Nazri kerana asyik memikirkan tempat duduknya. Takkan berkongsi tempat duduk dengan Kak Wahida? Syarikat besar yang kaya-raya ini tak mampu nak beli meja ke?

"Ada soalan?" tanya Encik Nazri.

Lisa segera angkat tangan.

"Tempat kerja saya? Saya nak duduk mana?" tanya Lisa.

Telefon bimbit Encik Nazri bergetar. Dia segera menjawab panggilan itu tanpa menjawab soalan Lisa tadi.

"Lisa..." panggil Encik Nazri.

Lisa tersentak.

"Ya?" sahutnya.

"Awak ada lesen, bukan?"

Lisa mengangguk. Sudah! Jangan kata hari pertama kerja sebagai setiausaha kena jadi driver pula.

"Awak turun ke bawah sekarang jumpa Encik Zul."

"Hah? Siapa?" tanya Lisa semula. Dia baru saja masuk kerja tadi. Belum lagi sempat mahu berkenalan dengan semua staf di sini. Kemudian bagi arahan suruh cari Encik Zul.

"Big boss awak la," balas Nazri. Geram pula dia dibuatnya. Tak kenal ke atau pura-pura tak kenal?

"Oh..." Lisa angguk faham.

Sesaat kemudian, dia tersentak. Jumpa big boss? "Hah? Apa? Jumpa big boss? Sekarang? Tapi... Kenapa?" tanya Lisa bertubi-tubi. Gelabah bila dia disuruh jumpa big boss.

"Turun sajalah. Bawa beg awak sekali. Cepat. Bos awak tengah tunggu di lobi bawah," arah Encik Nazri seakan menggertaknya.

Tanpa berlengah lagi Lisa segera berlari keluar. Kelam-kabut masuk lif dan pergi ke tingkat bawah. Bila sampai di ruang lobi bangunan Dinasti Group, matanya meliar pandang sekeliling. Dia garu kepala. Yang mana satu big boss? Semua lelaki kebanyakannya memakai sut.

Kata Suhaila, big boss masih muda lagi. Handsome. Macam hero novel. Jadi, mata Lisa scan seorang demi seorang daripada mereka.

"Kenapa seorang pun tak nampak macam hero novel?" Lisa hairan. Atau citarasanya terhadap hero novel agak tinggi sampaikan tidak ada lelaki Melayu di situ yang layak diangkat sebagai hero.

"Nur Lisa?" tegur seorang lelaki di belakangnya.

"Ya." Lisa terus berpaling. Tiba-tiba lelaki itu membaling kunci ke arahnya. Mujur Lisa sempat tangkap. Lisa lihat kunci di tangannya. Ini macam kunci kereta. Ada lambang Audi lagi. Tapi untuk apa?

Lisa pandang lelaki di hadapannya tadi. Big boss ke? Matanya terpaku sebentar. Wah! Cukup pakej. Handsome. Tinggi. Killer sut! Boleh dijadikan hero novel! Tapi macam pernah jumpa. Lisa cuba korek memorinya. Mana tahukan dia pernah terserempak dengan lelaki itu sebelum ini.

"Cepat kita dah lambat ni," kata lelaki itu dan terus melangkah laju.

Sah! Itu memang big boss. Lisa terus berlari mengekori langkah bos barunya itu. Mereka menuju ke sebuah kereta Audi yang di parking betul-betul di hadapan pintu masuk bangunan Dinasti Group.

Lisa bertindak pantas, buka pintu untuk bosnya. Macam pemandu bos pula rasanya. Apa boleh buat. Bila bos sudah bagi kunci kereta takkanlah mahu gantung kunci itu dileher. Sudah tentulah dia kena memandu.

Lisa masuk ke tempat pemandu. Wah... dia jakun sekejap. Tergamam dia melihat design di dalamnya yang moden dan canggih. Akhirnya, merasa juga memandu audi. Selama ini hanya taip nama kereta ini dalam novelnya. Tak mengapalah kalau hari pertama kerja jadi driver asalkan dapat merasa memandu Audi.

"Kita nak pergi mana ni bos?" tanya Lisa yang baru hidupkan enjin kereta.

Mujurlah dia teringat hendak bertanya. Teruja punya pasal, sampai dia hampir terlupa dia belum tahu lagi destinasi mereka.

"Perak."

"Hah?" Lisa terkejut. Jauh tu! Ingatkan dekat-dekat sini sahaja.


******


"PERAK? Hari pertama kerja kau dah kena ikut big boss pergi ke Perak?" Suhaila bagaikan tidak percaya selepas Lisa menjawab panggilan itu.

"Salah tu. Yang sebetulnya, hari pertama kerja, jawatan setiausaha dah bertukar jadi jawatan pemandu peribadi big boss. Tapi yang seronoknya, aku dapat merasa memandu kereta Audi. Terasa macam jadi heroin sekejap!" kata Lisa siap bersorak gembira.

"Kau ni normal ke tak?" Suhaila macam tak puas hati.

Lisa mengeluh.

"Habis kau nak aku buat apa? Mulai hari ni aku bukan penulis novel lagi. Aku dah jadi kuli orang."

"Kuli atau ada sesuatu yang kau sorok?"

"Apa maksud kau?" Pelik sahaja cara Suhaila cakap. Macam sindir-sindir pun ada.

"Sebenarnya aku nak tanya kau waktu rehat ni tapi kau pula ada kat Perak. Kau tahu... sekarang ni tengah kecoh satu ofis pasal kau."

"Hah?" Lisa terkejut.

Baru hari pertama dia masuk kerja, takkan sudah ada orang mula mengumpat pasalnya di ofis. Padahal, dia belum kenal lagi pekerja-pekerja di syarikat itu melainkan Suhaila dan Kak Wahida. Entah apa pula yang kecohnya?

Jangan-jangan, Suhaila terlepas cakap yang dia ni novelis tak menjadi kut!

"Kau baru pecahkan rahsia aku ke?" gertak Lisa.

"Tak! Tak! Aku memang zip mulut dari awal lagi. Aku pun tak tahu dari siapa mereka dapat tahu. Mungkin dari setiausaha Encik Nazri kut. Zulaikha tu memang mulut virus sejak dulu lagi. Tambah lagi diorang tahu yang kau dengan big boss sekarang."

Lisa menggaru kepala. "Apa ni? Aku tak faham? Dia orang gosip pasal apa?"

"Kau dengan big boss... ada apa-apa hubungan sulit ke?"

"Hah?" Lisa terkejut besar. "Gila apa! Kau ingat ini novel?"

"Dia orang yang kecoh. Pasal kau terima panggilan jam 12.00 tengah malam tu pun dia orang dah tahu..."

"Dahlah. Kau jangan layan sangatlah. Kalau aku kenal big boss, aku takkan kerja kat sinilah. Aku dah lama duduk goyang kaki kat rumah. Kau pun tahu kan?"

"Yalah. Aku pun tak percaya tapi nak buat macam mana. Cara dia orang cakap macam dia orang tu lebih kenal kau daripada aku. Tapi kan... kau tak rasa kau ada jodoh dengan big boss ke? Maklumlah hari pertama dah digosipkan dengan big boss."

"Jodoh? Ya. Memang aku rasa ada. Jodoh kena buli. Itu memang pasti akan berlaku," kata Lisa sambil memerhati bosnya sedang berbicara dengan seorang lelaki yang agak berumur yang duduk jauh daripadanya.

"Apa boleh buat, kita ni kuli aje. Bukan Cinderella."

"Mmm... tahu pun!"

PLOT CINTA UNTUK BIG BOSSRead this story for FREE!