#PCUBB-Part 6

8.6K 348 11

"PEREMPUAN ni," Zul Zafri tunjuk gambar Lisa yang tertera pada resume itu.

"Kenapa dengan perempuan ni?" Nazri buat tidak peduli tapi terpaksa dia melayan.

"Aku nak dia jadi setiausaha aku."

Nazri mengeluh panjang. Dia sudah agak! Dari awal lagi dia sudah agak. Mana tidaknya kalau malam-malam dipaksanya ke pejabat, ambil fail yang menyimpan resume yang datang ke temu duga tadi. Pastinya hal gila akan terjadi. Betul, memang tepat sangkaannya.

"Cuba kau beritahu aku, sekarang ni mental kau yang gila atau kau dah gila kuasa?" Nazri cuba kawal marahnya.

Tidak kisahlah siapa di hadapannya itu. Big boss atau kawan. Yang pasti, ada ke patut tak sampai satu hari keputusan dibuat, tiba-tiba mahu tukar keputusan!

"Kenapa?"

"Aku dah keluarkan surat perlantikan setiausaha kau siang tadi. Sudah call pun orangnya. Takkan kau nak suruh aku call balik dan beritahu dia tak berjaya dalam temu duga tadi. Kau jangan buat aku gila pula."

"Mmm... kalau macam tu... lantik perempuan ni jadi setiausaha sulit aku atau Personal Assistant aku."

"What?" Terkejut besar Nazri.

"Normallah kalau Chairman ada dua setiausaha. Seorang untuk uruskan hal syarikat dan seorang lagi untuk uruskan berkaitan hal-hal sulit aku."

"Contohnya belikan kau seluar dalam?" sindir Nazri.

"Kalau terpaksa..." jawab Zul Zafri melayan saja sindiran kawannya itu.

"Baiklah. Suka hati kaulah," Nazri meneliti butiran perempuan yang berjaya buat kawannya gila kuasa. "Nur Lisa...mmm...kalau tak silap dia ni lulus baca doa Qunut tapi aku tak yakin dengan kebolehan dia. Kau biar betul nak ambil dia jadi setiausaha sulit kau? Jangan-jangan kau ada hubungan sulit dengan dia tak?"

"Nanti kalau dia dah jadi setiausaha sulit aku, automatik hubungan kami bertukar jadi hubungan sulit," jawab Zul Zafri berseloroh.

Nazri merenung tajam bosnya itu. Dia sudah kawan dengan Zul Zafri sudah lama. Dia kenal sangat dengan perangai rakannya itu. Zul Zafri bukan jenis kaki perempuan. Malah seorang yang setia lagi. Bukan juga jenis suka membuat keputusan yang terburu-buru. Setiap keputusannya mesti ada sebab. Tapi kali ini memang pelik. Macam ada sesuatu yang sedang dirancang olehnya.

"Tak payah nak tenung aku macam tu. Kau buat sajalah kerja kau. Telefon perempuan tu sekarang dan suruh dia masuk kerja esok," tegur Zul Zafri terasa macam orang bersalah pula.

"Sekarang?" tanya Nazri sekali lagi terkejut.

"Ya. Sekarang," tegas Zul Zafri.

"Big boss, sekarang dah pukul 12.00 tengah malam. Gerenti dia sudah masuk tidur," kata Nazri sambil tunjukkan jam ditangannya. Mana tahukan bosnya itu guna jam ikut masa London.

"Dia tak tidur lagi. Orang macam dia mesti tengah jadi burung hantu sekarang. Kau telefon sajalah. Gerenti dia jawab punya," balas Zul Zafri.

"Mana kau tahu dia belum tidur lagi?" tanya Nazri sekali lagi pandang dia semacam. Sah! Mesti Nur Lisa ini ada hubungan sulit dengan bosnya.

"Aku tahulah," rimas pula Zul Zafri terpaksa melayan soalan demi soalan. Macam dia penjenayah pula.

"Mentang-mentanglah Nazurah pergi Korea untuk dua minggu... Oh, ini kerja kau ya? Dah pandai nak main kayu tiga?"

"Nazurah pergi Korea?" tanya Zul Zafri semula. Dia tak pernah dengar berita itu.

"Jangan buat-buat tak tahu."

PLOT CINTA UNTUK BIG BOSSRead this story for FREE!