#PCUBB-Part 5

8.9K 336 11

"GAGAL interview, anggap sajalah tak ada rezeki lagi. Manuskrip kena reject, masih boleh diperbaiki lagi. Ex-boyfriend dah nak kahwin, time to move on! Jadi, mari move on sekali lagi. Move on cara yang paling berkesan sekali bagi seorang novelis ialah cipta cerita cinta baru!" kata Lisa memberikan semangat kepada diri sendiri.

Tepat pukul 8.00 malam, menjadi rutin hariannya on laptop. Laptop yang hampir berusia lima tahun itu masih mampu berkhidmat untuknya lagi. Alhamdulillah. Nasib baiklah laptopnya itu jarang meragam. Kalau tidak payah dia nak mencari sesuap nasi.

Sebelum menulis, biasanya dia akan menjelajah masuk ke dunia tanpa sempadan. Pertama sekali, dia baca e-mel yang dihantar oleh Tuan Editor. Macam yang diberitahu siang tadi, e-mel itu ada disertakan cadangan untuk mantapkan lagi isi manuskripnya.

"Ini dah macam suruh tukar keseluruhan cerita," Lisa mengeluh sebaik sahaja membaca keseluruhan e-mel. "Ah, tak mengapalah. Aku tak ada mood nak ubah lagi. Biarlah jadi projek terbengkalai. Tunggu mood datang barulah aku tukar jalan cerita."

Selepas membaca e-mel, tiba masa untuk menjelajah masuk ke dunia Facebook. Seperti selalu, tak ada satu pun mesej atau komen yang diterima. Cuma banyak notification daripada orang yang main game dan orang yang tag nama untuk minta like gambar contest.

"Memang forever alone..." Lisa mengeluh lagi.

Scroll punya scroll, Lisa ternampak gambar kad kahwin Aisyah. Gambar Aisyah dan Farid juga ada pada kad kahwin itu. Banyak komen mengucapkan tahniah ada juga yang tak kurang mengusik dengan kata-kata pujian yang mengatakan Farid handsome.

Memang tak dinafikan Farid dah semakin handsome. Dulu dia jenis tak menjaga penampilan. Kalau keluar dengan dia, rambutnya mesti berserabai tak bersikat, pakai seluar jeans koyak di lutut dan baju kameja yang nampak lusuh. Kalau Lisa tayang wajah Farid sebelum ini mesti ramai tak sudi cakap dia handsome.

Tapi bak kata Suhaila, "Yang lepas tu biarlah lepas. Kau doakan saja dia orang berdua hidup berbahagia. Allah itu Maha Adil. Mungkin dia sengaja tak nak bagi Farid pada kau sebab dia dah rancang yang terbaik untuk kau."

Sekali lagi Lisa mengeluh. Walaupun kata-kata Suhaila itu sengaja nak memujuknya untuk terima kenyataan tapi ada kebenarannya juga.

"Okey, tutup buku lama, buka buku baru. Jom mulakan manuskrip baru!" kata Lisa sambil tutup Facebook. Kalau lama-lama bergayut di dunia tanpa sempadan ini, memang tak siaplah kerjanya.

Lisa meletupkan jari-jemarinya dan melakukan senaman untuk jari-jarinya. Ini penting supaya 10 jarinya mampu menaip dalam masa agak lama. Selepas senaman jari dilakukan, dia mencapai helmet hitam lalu menyarung helmet itu pada kepalanya.

"Rasanya kaulah satu-satunya novelis yang menulis pakai helmet," ejek Suhaila waktu pertama kali menyoal keperluan helmet itu.

Lantaklah apa orang nak kata. Memakai helmet memang sudah menjadi tabiatnya ketika ingin menulis. Lagi-lagi bila dilanda writer block yang selalu dialami semasa di pertengahan manuskrip. Helmet itu bagaikan menyekat idea-idea itu keluar tanpa kembali lagi dari dari kepalanya.

Baru dia hendak memulakan ayat pertama, baru dia perasan, satu lagi nyawanya tak ada. Buku pink. Buku itulah yang menyimpan plot-plot dan jalan cerita untuk manuskrip yang dia ingin mulakan ini. Lalu dia mengambil begnya. Buku itu memang sentiasa dibawa ke mana-mana. Senang nak catat idea yang suka keluar tiba-tiba.

"Ehhh?" Lisa melihat beg yang digunakannya siang tadi. Tiada buku pink. "Mana aku letak? Kalau tak silap aku ada bawa buku ni tadi."

Dia terdiam sejenak. Sambil itu matanya turut bekerjasama mencari di setiap ruang dalam biliknya itu. Tak ada. Tak puas dengan itu, dia segera berlalu ke luar. Dia mencari di tempat-tempat yang menjadi tempat dia menulis.

PLOT CINTA UNTUK BIG BOSSRead this story for FREE!