#PCUBB-Part 4

9K 388 8

LISA merenung kad kahwin Farid dan Aisyah. Sejak dia balik ke rumah, kad itulah yang dia tenung dengan perasaan tak puas hati.

"Aku tak faham. Kau seorang penulis novel. Terkenal lagi tapi kau takalert dengan perasaan orang. Aku ni mangsa keadaan tau. Sudahlah kau rampasboyfriend aku. Lepas tu boleh kau kata aku dah boleh terima korang berdua?Mabuk apa?" marah Lisa kepada Aisyah. Akhirnya kad kahwin merekajadi mangsa.

"Farid, kau pun satu hal. Takkan kau tak ada perasaan kesian dengan aku? Kau pun pernah jatuh cintakan dan pernah ditinggalkan sebab Aisyah pilih kerjaya dia berbanding kau. Sampaikan aku baca novel pun kau campak novel tu dalam tong sampah. Aku ingat bila aku nak kau tengok dunia novel dari sudut yang lain, kau akan terima hobi aku dan pekerjaan aku tapi boleh pula kau kembali pada Aisyah. Aku, kau tinggalkan macam sampah. Setahun kemudian, mesej aku kata nak jumpa untuk bagi kad kahwin! Tak ke bodoh namanya?"

"Dahlah tu. Dari tadi asyik marah-marah kad kahwin tu. Kad kahwin tu tak bersalah. Yang bersalah sekarang dua manusia tu. Pergilah marah dia orang!" tegur Suhaila yang baru sahaja selesai mandi.

"Aku malas nak cari gaduh dengan orang. Kalau diikutkan hati memang aku nak marah dia orang depan-depan. Ada ke patut bagi kad kahwin lepas rampas hak orang. Kononnya rasa bersalah. Kalau bersalah, pulangkan Farid pada aku semula!" balas Lisa masih tak puas hati.

"Kalau boleh pulangkan. Tapi masalahnya sekarang Farid tetap nak Aisyah, nak buat macam mana? Hati orang ni bukan macam bola. Boleh sepak ke sana sini sesuka hati. Kau pun penulis novel, takkan kau tak tahu,"balas Suhaila lagi.

Lisa mengeluh. Apa yang Suhaila kata memang betul. Hati orang bukan macam bola. Farid sudah pilih Aisyah. Harapannya untuk pikat Farid langsung dah tak ada lagi.

"Kenapalah aku selalu ditimpa nasib malang? Pergi interview tak lulus. Tadi editor aku call, manuskrip aku kena reject. Kurang menyengat katanya. Kemudian, dapat kad kahwin Farid pula!"keluh Lisa.

"Oh ya, pasal jawatan setiausaha tu, aku dengar keputusan dah keluar. Kauada dapat call tak?" tanya Suhaila.

"Kalau aku dapat call, Cinderella dah kena letak jawatan," jeling Lisa.

"Tak apalah. Mungkin bukan rezeki kau. Tapi kalau kau dapat kerja tu, seronoknya!" kata Suhaila.

"Apa hal pula?" Lisa pelik.

"Mestilah aku seronok sebab pagi-pagi kau akan bersiap pergi kerja. Tak adalah aku sakit hati tengok kau terbongkang tidur depan ruang tamu ni."

"Pulak! Kau tak payah sakit hatilah dengan penulis miskin macam aku ni," jeling Lisa.

"Jadi,aku kena berusaha carikan kau kerja! Err... jadi tukang bancuh kopi kau terima tak?"

Sekali lagi Lisa menjeling tajam. Ada pula yang nak kena campak ke luartingkap ni!

******

ZULZAFRI mematikan enjin keretanya sebaik sahaja tiba di pekarangan rumah yang reka bentuknya berkonsepkan seni bina China namun digabungkan dengan konsep barat. Datuknya seorang mualaf dari China yang datang keMalaysia untuk berniaga manakala neneknya pula kacukan Melayu-Inggeris yang dibesarkan di England sebelum menetap diMalaysia. Bila dua budaya bertembung, rumah inilah hasilnya.

Walaupun nampak pelik di mata orang tapi rumah inilah tempat dia dibesarkan sejak dia kehilangan ibu dan ayahnya semasa kecil. Dia tak pernah kenal siapa ibunya. Ibunya meninggal dunia sebaik sahaja melahirkannya manakala ayahnya pula meninggal dunia semasa di berumur dua tahun kerana dilanggar pemandu mabuk.

Dia hanya ada sedikit memori bersama ayahnya. Bagaimanapun dia tak ada rasa kehilangan sebab dia dengan ayahnya hidup berasingan. Boleh dikatakan sejak lahir lagi dia sudah dijaga oleh datuk dan neneknya.Sehinggalah sekarang, dia masih menetap di rumah itu.

PLOT CINTA UNTUK BIG BOSSRead this story for FREE!