"Hah? Kenapa kau tak beritahu awal-awal?"

"Tulah sebab aku telefon kau. Bos aku belum keluar dari meeting lagi. Selagi dia tak habis meeting, selagi tulah aku tak boleh nak ke mana-mana."

"Kau ni memanglah. Kalau aku tahu tadi, dah lama aku blah dari tempat ni!" Lisa geram.

"Hehehe...sorry. So, berjaya tak dengan interview tadi?" Suhaila tak sabar-sabar ingin tahu.

"Entahlah. Macam tak ada harapan aje," jawab Lisa tak ada keyakinan.

"Kenapa?"

"Mak singa yang kelaparan tulah! Dia punya soalan macam nak bagi orang tercekik air liur."

"Mak singa? Datin Azizah?" teka Suhaila.

"Datin ke? Badan dia gemuk-gemuk sikit. Pakai gincu merah menyala."

"Yalah tu. Datin Azizah. Dia tu memang ada masalah mental. Tapi apa pula dia buat kat situ? Itu bukan kerja dia interview orang."

"Manalah aku tahu. Semua soalan dia, semua aku tak boleh nak jawab."

"Dia tanya soalan apa?" soal Suhaila.

"Banyak tentang sejarah Dinasti Group."

"Laa... kau tak buat homework ke? Bukan ke tu soalan basic yang akan ditanya masa temu duga? Mana-mana syarikat pun akan tanya soalan ni tau."

"Dah. Aku dah buat homework tapi masalahnya dia tak puas hati dengan jawapan aku."

"Tak puas hati? Macam mana?"

"Aku jawab apa yang aku baca kat laman web dan kat Wikipedia. Tapi mak singa tu, boleh tanya projek-projek dia orang yang lepas. Siapa yang uruskan? Tahun bila mula dan siap? Lepas tu dia suruh aku senaraikan 10 projek yang dia orang pernah uruskan mengikut urutan tahun. Gila tak?"

"Mak aii!" Suhaila pun terkejut dengar. "Kenapa gila sangat soalan dia tu? Jawatan setiausaha aje pun."

"Entahlah,"Lisa mengeluh. "Tapi tengok gaya ramai calon yang keluar muka ketat macam tak puas hati saja. Aku syak dia dah ada calon yang sesuai sebab tulah dia tanya soalan macam orang gila talak. Yang temu duga ni sebagai syarat saja. Betul-betul buang masa aku. Kalau aku tahu, lebih baik aku duduk rumah dan perah idea untuk novel seterusnya!"

"Takkan mak singa tu saja yang tanya? Encik Nazri, dia tak tanya apa-apa ke?"

"Yang handsome tu? Dia tu lagi gila."

"Hah? Kenapa?"

"Ada ke patut dia suruh aku baca doa Qunut! Dah macam nak cari calon isteri pulak!"

"Hah?" Suhaila terkejut lagi. "Kau biar betul!"

Dalam pada itu, dia perasan lelaki tak jauh daripadanya itu tersedak airkopi. Cis, tak guna betul! Ada pula dia curi dengar perbualan orang. Lisa menjeling tajam.

"Betullah. Buat apa aku nak tipu," jawab Lisa.

Stres pula dia teringatkan peristiwa kena baca doa Qunut. Nasib baiklah itu bacaan ketika solat. Tahulah dia menjawabnya. Kalau orang tu suruh baca mana-mana surah dalam Al-Quran, memang boleh pengsan dia disitu.

"Su, kenapa kau boleh tahan kerja kat company yang gila macam ni ye? Kau tak takut ke suatu hari nanti kau jadi gila?" tanya Lisa.

"Amboi mulut! Kalau tak dapat jawab soalan tu, jangan kutuk company aku ya!"

"Bukan kutuk, ini kenyataan. Kalau setakat kena baca doa Qunut tu aku boleh tahan lagi tapi aku bengang sungguh dengan mak singa tu."

"Anggaplah kau tak ada rezeki. Sorrylah, aku dah susahkan kau. Tak sangka pula mak singa tu ada sekali. Okey,aku letak telefon dulu. Sorry tak dapat temankan kau makan," kata Suhaila sebelum meletakkan telefon.

Lisa mengeluh. Nasib malang makin menjadi-jadi. Tiba-tiba sekali lagi telefon bimbitnya kedengaran lagi. Dia menjeling tengok nama yang tertera di skrin.

Tuan Editor!

Nampak sahaja nama itu, laju sahaja tangannya menekan butang hijau. Sambil itu tangan kirinya menggagau mencari sesuatu dalam beg tangannya.Sebuah buku warna pink dikeluarkan.

"Juwita?"Tuan Editor panggil nama penanya.

"Ya, Tuan Editor!" Bersemangat betul Lisa dengar suara editor bagi novelnya. Ini tak lain dan tak bukan mesti hendak beritahu pasal manuskrip yang dihantarnya beberapa bulan yang lepas.

"I baru saja habis baca manuskrip you..."

Lisa dengar dengan penuh teruja. Dia tak sabar nak dengar berita baik.Tiba-tiba dia dengar Tuan Editor mengeluh.

"Kenapa? Ada yang tak kena ke?" soal Lisa takut-takut.

"Entahlah. I rasa kali ni kurang menyengat."

Kepala Lisa hampir terhantuk meja makan. Lemah semangatnya.

"So, I sudah e-melkan kepada you apa yang tak kena dalam cerita tu. I jugaada highlight beberapa perkara yang you perlu take note.Terpulanglah pada you sama ada nak ikut idea I atau you fikirkan idea lagi. Okey?"

Lisa mengangguk. "Okey. Terima kasih."

"Sama-sama. Usaha lagi ya," kata Tuan Editor sebelum letak telefon.

"Nak tulis cerita apa lagi yang boleh menyengat orang sampai koma?" keluh Lisa langsung tak bersemangat. Makanan di hadapannya hanya dapat ditenungnya. Selera makan terus hilang macam orang putus cinta.

Sekali lagi telefon bimbitnya terima satu lagi deringan. Kali ini mesej. Lisa pun segera membacanya.

Boleh kita berjumpa? - Farid.

Baca sahaja mesej daripada Farid membuatkan Lisa bagaikan berpijak di dunia lain. Fikirannya tiba-tiba jadi bercelaru. Dia dengan Farid sudah lama berpisah. Tapi orang kata, cinta pertama memang susah hendak lupa.

Apahal Farid mesej? Jangan-jangan dia dah berpisah dengan Aisyah lagi!

Boleh. Bila?

Mesej send! Tanpa teragak-agak. Hatinya kembali berbunga-bunga.

Sekarang. ? Jumpa di tempat biasa.- Farid

Okey.

Mesej send! Wah, Farid masih ingat lagi tempat yang biasa mereka dating! Bahagianya hidup!

Tanpa berlengah lagi, dia segera makan beberapa sudu, minum air sikit, capai beg dan terus bergerak. Tergopoh-gapah dia mengatur langkah sampai begnya terlanggar kepala lelaki yang duduk tidak jauh darinya tadi.

"Adui!" marah lelaki itu.

"Sorry!" ucapnya dan menyambung langkah.

PLOT CINTA UNTUK BIG BOSSRead this story for FREE!