Hari ini , seperti yang dijanjikan Haris ingin meluangkan masa bersama Kamal dan Yusof. Semenjak ayahnya bertemu dan berterus-terang denga Haris, ibu bapa Haris kini sudah memberi kebebasan padanya untuk berseronok jua.
"Yusof, aku sudah berada di kedai alatan seni. Kamu berdua di mana?" Haris membuat panggilan kerana tidak silap, mereka berdua ingin pergi seawal pukul 3 petang. Masalahnya, sudah 10 minit, batang hidung pun masih tidak kelihatan!
"Maaf...huh,sampai juga!"terkocoh-kocoh Kamal dan Yusof berlari.Yusof segera menyimpan telefon Iphone miliknya di poketnya.
"Ish...Apalah kamu berdua. Sudahlah, aku tidak sabar mahu masuk." Pinta Haris, mujur sahaja dia penyabar.
"Baiklah tuan putera, sabar sedikit boleh? Haris mahu membetulkan kasut dia ini." Yusof segera bersandar di dindng kedai itu.
Haris menggeleng lemah.Kamal tersengih bersahaja. Tatkala Kamal ingin mengikat tali kasutnya, dia merasakan ada seseorang memerhatinya dari jauh.
Dia segera berdiri dan menoleh ke kiri.
"Hmm? Bayangan aku mungkin..." desis hati Kamal.
"Ha, siap?"
Tersentak Kamal tatkala Haris memegang bahunya.
"Oh..iya siap." Balas Kamal.
"Sudah, mari kita masuk! Tidak sabar rasanya mahu mencuci mata.Selepas ini, kamu berdua perlu teman aku untuk membeli komik." Yusof terlebih dahulu masuk ke kedai seni itu. Kalah kanak-kanak kecil.
Kamal dan Haris mampu menggeleng kepala sahaja. Mereka berdua masuk ke kedai seni itu dengan penuh semangat. Sememangnya, budak seni dan alatan seni tidak dapat dipisahkan.
Sedang Kamal mengamati berus berkualiti tinggi, tiba-tiba sahaja dia teringat akan pertemuan kali terakhir bersama Rafiq selepas Hari Terbuka di sekolahnya.
"Jangan-jangan...Rafiq mahu tegur aku sebentar tadi..." Kamal masih membuat andaian sendiri.
Pada hari kejadian...
"Kamal..."
"Ra...Rafiq?" Suara Kamal seolah-olah tersekat di kerongkongnya.Nafasnya tidak teratur.
Haris sedari akan perkara tersebut segera ke hadapan Kamal dan membelakanginya.
"Yusof...Jangan-jangan itu Rafiq yang..." belum sempat Haris menghabiskan ayatnya. Yusof terlebih dahulu mengangguk dan menggepal penumbuk.
"Sudah sekian lama kau hilangkan diri kau, Rafiq. Bukan itu sahaja, lepas kau larikan diri...Kau pernah membuli orang.Kau tahu bukan, guru ajar kita tentang seni pertahankan diri untuk jaga diri, bukan sakiti orang lain!" amukan Yusof memeranjatkan Haris dan Yusof. Ternyata selama ini, Yusof menahan marah selepas mendapat berita bahawa Kamal merupakan mangsa buli si Rafiq.
Kamal menelan air liurnya yang terasa pahit. Berbagai soalan menerpa di mindanya.
"Mengapa Rafiq kembali?"
"Adakah dia mahu membalas dendam?"
"Adakah dia mahu..."
Kamal memegang beg sandang milik Haris.Haris dapat merasakan tangan Kamal menggigil dek trauma.
Lelaki yang bernama Rafiq itu memandang Kamal dengan pandangan kosong.Saat dia bertentang mata dengan Kamal, Yusof terus mencengkam kolar tshirt milik Rafiq.
"Jawab soalan aku, Rafiq.Mengapa kau buli orang yang tidak lakukan kesalahan?" soalan Yusof itu membuatkan hati Rafiq remuk. Perlahan-lahan dia melihat Yusof dengan matanya berkaca.
"M...Maafkan aku Yusof...Maafkan aku, Kamal..."
Kamal buntu,mengapa Rafiq kelihatan dia berada dalam masalah?
"Yusof, jika boleh...Aku mahu dengar penjelasan dia..." Kamal cuba memberanikan diri untuk bersuara.
Serentak dengan itu, Yusof meleraikan tangannya dari kolar baju Rafiq. Rafiq terduduk dan secara tidak langsung, dia melutut di hadapan Kamal. Esakan tangisnya membuatkan hati Kamal berasa pilu seketika.
"Maafkan aku, Kamal kerana asyik memberi penderitaan pada kau. Aku sangat lembap waktu itu. Sekarang , aku pula berada dalam masalah yang besar. Ibu bapa aku bercerai disebabkan tindakan aku. Aku langsung malu untuk pergi ke sekolah. Tidak lama lagi, aku akan ikut jejak ayah aku untuk pergi ke Kuala Kangsar, Perak." Ujar Rafiq dengan tangisan yang masih bersisa.
Kamal perlahan-lahan mendekati Rafiq, untuk mendengar dengan jelas.
"Jadi, mengapa kamu...Mahu berjumpa dengan aku?" soalan Kamal membuatkan Rafiq menahan sebak.
"Aku...mahu Kamal maafkan atas segala perbuatan aku.Selagi Kamal tidak maafkan aku, aku berasa beban yang aku pikul ini besar.S...sudikah Kamal memaafkan aku?" suara Rafiq terdengar bersungguh-sungguh sekali. Dia tahu, dia tidak layak mendapat keampunan kerana dia melakukan perkara keji.
"Aku maafkan.Tetapi janji padaku, kamu perlu berubah dengan lebih baik." Kamal menghulurkan tangannya untuk berdamai.
Haris dan Yusof saling berpandangn, Namun, realitinya, itulah sikap murni yang dimiliki oleh Kamal. Kamal sememangnya orang yang pemaaf dan mudah simpati terhadap orang sekelilingnya meskipun Rafiq dahulu hampir memusnahkan hidupnya.
Rafiq terpegun, Dia tidak menyangka, seseorang yang dibuli olehnya begitu baik.
Hujan renyai-renyai membuatkan suasana tegang tadi berubah menjadi tenang. Kamal tersenyum kerana akhirnya, Rafiq sedar jua akan kesilapannya.
Sebelum berangkat ulang , Rafiq mengucapkan terima kasih kerana telah memaafkan kesalahannya. Namun, Yusof sempat memberi amaran buat Rafiq.
"Ingat Rafiq, jika sekali lagi kau cuba cari fasal dengan Kamal...Aku tidak akan lepaskan kau.Dia kawan aku." Dia tenung anak mata Rafiq dengan tajam, Rafiq menunduk dan berlalu pergi.
Haris merangkul bahu Kamal.Dia dapat rasakan, Kamal bersyukur kerana Rafiq berjumpa dengannya.
"Marilah pulang. Sudah lewat ini." Kamal bersuara dan tersenyum.
Haris dan Yusof lega.Mereka pulang dengan berkejar-kejaran, melupakan segala suka dan suka.
~
"Hei, Kamal! Lama termenung."Yusof menepuk bahu Kamal.
Tersentak Kamal apabila bahunya disentuh. Memori pertemuan Rafiq dan Kamal akan tersemat di minda.
"Maaf, berus ini dua-dua cantik." Kamal sengaja mencipta alasan. Sedang asyik mereka bertiga mencari alasan seni, Rafiq memerhati Kamal dengan gembira di sebalik bangunan.
"Kau memang baik Kamal. Aku langsung tiada saingan untuk kau." Rafiq berlalu pergi. meninggalkan kota Pahang untuk menuju ke Kuala Kangsar, Perak dengan senang hati.
TAMAT
Ribuan terima kasih kepada pembaca-pembaca yang sudi menghabiskan karya saya sehingga akhir mukasurat. Jutaan terima kasih buat umi abi sentiasa beri saya sokongan, kawan-kawan yang tidak lekang memberi kata semangat, orang yang saya sayangi dari jauhi sentiasa memberi inspirasi semenjak di sekolah lagi ^^. Jumpa lagi semua, Insha Allah, jika saya berpeluang (atau mood baik dah?) saya akan buat novel khas untuk alam remaja atau cerpen romantis.
SALAM SAYANG,
kamilahrosz
YOU ARE READING
Canvas and Chaos
RandomKamal merupakan pelajar yang gemar akan seni. Namun,Peperiksaan Pertengahan Tahun akan tiba, Kamal langsung tidak membuat sebarang persediaan! Jika dia gagal, bapanya akan membuang barang seni miliknya. Bukan itu sahaja, pendirian Kamal yang minatn...
