Prolog

657 30 6
                                        

Kadang-kadang aku sendiri hairan, bagaimana aku boleh jadi begini? Anak kepada dua pakar veterinar terkenal, yang pernah menjadi panel utama dalam beberapa seminar antarabangsa. Tapi aku? Aku teragak-agak sama ada mahu berpindah ke sebuah bandar kecil, semata-mata sebab takut tak ada GrabFood.

Tuan Yusof dan Puan Yasmin, ya, itu daddy dan mummy aku. Dua figura besar dalam dunia veterinar Malaysia. Mereka pernah membuka klinik haiwan pertama di kawasan elit Damansara pada era 90-an. Kini, mereka mempunyai beberapa cawangan di seluruh negara. Salah satunya ialah Klinik Reen's VetCare. Klinik yang dibina waktu mummy sedang mengandungkan aku, dan klinik yang bakal menghantui hidup aku dalam masa terdekat.

Mummy dan daddy bertemu semasa belajar di fakulti veterinary. Kisah cinta zaman universiti yang manis tapi penuh persaingan. Maklumlah, kedua-duanya merupakan pelajar pintar dan sentiasa berlawan untuk mendapat gelaran pelajar terbaik. Namun, takdir Allah pula sebaliknya. Mummy bagitahu dia jatuh hati sebab daddy pandai buat punchline, tapi aku syak mungkin sebab daddy rajin belanja milo ais masa belajar dulu.

Dan jangan lupakan abang aku. Eshan.

Dr. Eshan Yusof. Seorang pakar bedah yang sangat perfectionist, kuat membebel, dan boleh buat orang naik angin. Tapi dalam diam, dialah abang yang paling protective. Kami selalu bergaduh, terutamanya bila dia rasa hidup aku tak cukup terancang. Tapi bila aku demam, dialah orang pertama yang hantar pesanan mesej suruh aku makan ubat. Bila aku sedih, dia muncul dengan aiskrim sambil buat muka acuh tak acuh.

Itulah keluarga aku. Profesional. Disiplin. Elit. Dan riuh.

Jadi, bila daddy tiba-tiba muncul dari arah dapur dengan sebuah fail tebal di tangan dan wajah serius, aku sudah boleh agak. Sesuatu sedang berlaku.

Ketika itu, aku sedang enak menikmati caramel macchiato buatan sendiri. Yup, homemade, sebab semua orang dalam rumah ni pun tahu, kopi Zus pun tak mampu lawan air tangan sendiri.

Termati terus lamunan aku apabila daddy meletakkan fail itu di atas meja dan duduk bertentangan aku, penuh gaya seperti seorang hakim.

Uh-oh. Fail tebal selalunya tak bawa berita baik.

"Daddy ada sesuatu nak bincang dengan El," katanya tenang.

Aku meletakkan cawan perlahan-lahan. Mummy pula muncul dari belakang, senyum-senyum macam baru lepas tengok drama petang TV yang penuh dengan kisah penyondol.

"Bincang apa, daddy?" soal aku, dengan satu kening terangkat.

"Pasal Klinik Reen's VetCare dekat Villa Kayangan," jawab daddy.

Aku terus mengetap bibir.

Klinik itu, namanya saja comel. Lokasinya entah di ceruk mana. Aku pernah dengar sepintas lalu, katanya, klinik itu khusus untuk merawat haiwan peliharaan dan kuda dari ladang-ladang sekitar. Satu-satunya cawangan yang aku belum pernah jejak.

"Kenapa? Ada apa-apa yang tak baik jadi ke?" Aku cuba bertenang.

"Dr. Arina ambil cuti bersalin. Lama. Dalam enam ke lapan bulan. Jadi, klinik tu perlukan doktor sementara. Daddy rasa El sesuai sangat jadi pengganti dia." Selamba saja daddy mengarah.

Aku ternganga. "Excuse me?"

"Dah lama kita rancang, kan? Lagipun, El dah jadi doktor bertauliah. Pengalaman di KL pun dah cukup. Ini masa untuk turun padang, bantu komuniti luar bandar pula." Sambung daddy lagi.

"Turun padang? Daddy tahu tak Villa Kayangan tu jauh sangat dari sini? El duduk KL, okay? KL ada Zus, ada mall, ada GrabFood dua puluh empat jam. Sana tu, WiFi pun belum tentu ada." Aku mula rasa seperti mahu memberontak.

Call it Fate (OG)Where stories live. Discover now