Bab 4

1.5K 31 5
                                        

Carlex Alexander duduk bersandar di sofa, mata fokus pada skrin telefonnya. Jari-jarinya laju menatal senarai nama yang terpapar. Bukan sebab dia nak tengok nama sendiri itu dah tentu ada.Dia tengah cari satu nama. Satu nama yang buat jantung dia rasa lain macam.

Cillana Elena.

Dan bila nama tu muncul...
Senyuman halus terukir di wajahnya.

Bunyi tapak kasut perlahan bergema atas lantai marmar di salah satu koridor mansion. Tak lama kemudian, seseorang melabuhkan punggung di sebelahnya. Tiada suara, tiada pertanyaan. Hanya duduk.

"Kau tengah buat apa tu, serius semacam," tegur Nathan sambil duduk santai di sebelah.

Carlex tak terus jawab. Jarinya masih ligat scroll skrin telefon. "Tengok senarai nama yang terpilih masuk universiti," balasnya akhirnya, tenang.

Nathan diam, angguk perlahan. Dia bangun selepas itu, melangkah pergi tanpa banyak cakap. Carlex tak berganjak. Matanya tertumpu pada satu nama.

Cillana Elena.

Sekelip mata, fikiran dia melayang. Wajah Cillana muncul di kepala lengkap dengan senyuman sinis yang mencabar dan suara yang tak pernah lunak.

"Diamlah, mat dingin timur selatan arah barat!" Nada gadis tu marah, tapi Carlex tahu... dalam kemarahan tu, ada satu benda lain yang dia sendiri tak boleh tafsir.

Dia tersenyum kecil. Geleng perlahan.

Nathan melangkah ke arah pintu. Dia tolak daun pintu kaca itu dengan satu tangan, dan dari celah bukaan, kelihatan empat kawannya sedang duduk di meja berkerusi empat di hujung ruang.

Mereka berbual perlahan. Salah seorang menoleh ke arah Nathan, senyum sedikit. Yang lain masih tenggelam dalam perbualan masing-masing.

"Oii, Nathan! Sini lah!"

panggil Aydneiz Maxzendra sambil senyum lebar dari meja.Hayder Jayden terus toleh ke arah Nathan, diikuti Kaiden Aldrean dan Andrian Michael yang duduk bertentangan. Nathan senyum kecil, terus melangkah ke arah mereka.

"Korang ni, takde benda lain ke nak buat?" tegur Nathan, suara selamba.

"Hek eleh.. baru datang dah membebel. Dah lah, kau pergi masuk balik, menyemak aje," balas Aydneiz, sengaja buat muka menyampah.
Nathan sempat menjeling.

"Eh! tadi kan yang kita jumpa, enam per-"Hayder baru nak habiskan ayat, tapi belum sempat...

Tiba-tiba Aydneiz jerkah kuat."Diam lah!!"Semua yang ada kat meja terus terkejut, masing-masing toleh pandang dia.

Nathan, yang baru duduk di sebelah Aydneiz, dahi terus berkerut."Kau dah kenapa, gila?" soal Nathan, tak puas hati.

"Aku cakap awal-awal ni!, ni  amaran. Dalam kalangan kita, jangan ada yang gatal nak try geng Star Girl yang kita jumpa tadi tu. Kita kena setia dengan awek-awek Sepanyol, bro." Aydneiz pandang semua tajam. Nada dia terus berubah jadi serius.

"Star Girl ke Start Girl?"sela Andrian, buat muka bingung,

"Nama geng dia memang Star Girl. Bintang. Star, faham tak?" kata Aydneiz, siap buat bentuk bintang dengan jari kat tangan.Andrian angguk macam faham.

"Sejak bila aku cakap aku nak try dorang?" tanya Hayder, dahi berkerut, bingung.

"Tapi.. kalau dorang tu jodoh kita, semua, macam mana?" Nathan balas, sengaja cucuk jarum.

"Ciss! tak hingin aku. Apalagi dengan budak pendek tuuuu," rungut Aydneiz geram, mata terus pejam pegang kepala.Nathan cuma geleng kepala perlahan.

Carlex melangkah perlahan ke ruang belakang rumah. Dia berhenti depan pintu kaca yang tertutup separuh, pandang ke luar.Dekat luar, kelihatan kawan-kawannya tengah duduk bersembang di meja panjang bawah lampu taman.

His : VERDADERO Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang