Kakaknya, Asyikin Amelia, telah terbang ke Amerika untuk mengejar impiannya sebagai model antarabangsa, meninggalkan satu tanggungjawab besar di bahu Aiman Amalina. Selesai solat tahajud, istikharah, dan taubat, matanya tertancap pada baju nikah yan...
SESTELAH hampir satu bulan setengah berehat kerana cuti sakit, Iqbal akhirnya kembali melangkah masuk ke pejabatnya—tanpa tongkat, dengan langkah tegap dan mata yang fokus.
"Assalamualaikum, Tuan Iqbal. Welcome back, bos!" sapa Zulaikha ceria sambil mengepit buku nota di dada, bersedia mengiringi langkah Iqbal ke pejabatnya.
"Waalaikumussalam, Ika. Anything?" balas Iqbal ringkas, terus memecut langkah ke biliknya.
Pintu ditolak kasar, dan matanya terbelalak seketika. Meja fail hampir tenggelam dengan dokumen yang menunggu tandatangan. Nafasnya dilepaskan perlahan.
Baru sahaja duduk, jari-jarinya memicit batang hidung. Belum sempat Zulaikha bersuara, Iqbal mencelah.
"Ayoo... ni balas dendam ke?" keluhnya perlahan, separa bergurau tapi tetap serius.
"Alah, rilekslah bos... sikit je tu." Zulaikha ketawa kecil, tak rasa bersalah langsung.
"Okay. Hari ni kau ada appointment pukul 10.30 pagi dengan Dato' Sri Syafinaz—projek bangunan OUR BANK bulan lepas. Tuan Syed Jasli dah siapkan bahagian bahan binaan. Next, lunch pukul 12.00 tengah hari dengan Dato' Yong di Golden Time Hotel. Dia nak bincang projek baru dengan syarikat kita. Pukul 3.00 petang pula, Tan Sri dan Dato' Jalal nak jumpa kau kat Golf Club Bukit Jalil. And the last one... sebelum balik dan jumpa kekasih hati kau tu—Fik nak jumpa kau. Katanya ada benda urgent nak dibincang."
Zulaikha menarik nafas panjang lepas bentangkan jadual harian Iqbal yang padat macam Menteri Kabinet.
Iqbal mengerut dahi, sambil menyelak satu demi satu fail di atas meja.
"Cancel papa dengan ayah. Before aku jumpa Dato' Sri Syafinaz, suruh Jasli datang jumpa aku dulu."
"Noted. Satu lagi, Fik nak jumpa kau pukul 3.00. Kau nak aku ubah masa ke?"
"Tak payah. Cakap kat dia terus jumpa aku kat penthouse."
Zulaikha angkat kening.
"Wah wah... laju je bos nak balik hari ni. Confirm, tak nak jumpa papa dengan ayah kau?"
"Confirm. Aku tak larat nak hadap drama petang-petang. Kau pun tahu, kan kenapa diorang nak jumpa."
Zulaikha hanya senyum faham sambil catat arahan di tabletnya.
"Oh ya... kosongkan jadual aku minggu depan. Sepenuhnya. Satu minggu."
Zulaikha terus berpaling, sempat menjelir lidah sambil berjalan keluar dari bilik.
"Baik bos! Yang penting balik nanti, jangan lupa jajan aku!" katanya nakal.
'Mengada... baru masuk office, dah plan nak bercuti. Honeymoon la tu,' bisik Zulaikha dalam hati sambil senyum-senyum sendiri.
'Alaaa... aku pun nak pergi honeymoon juga...'
***
IG IQBAL
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.