CAHAYA dari lampu tidur yang samar didalam bilik tidur membuatkan Aiman membuka mata perlahan. Mengecilkan sedikit matanya untuk dapat fokus melihat jam didinding. Jam menunjukkan pukul enam tepat.
Tubuhnya masih dalam pelukan Iqbal, dada suaminya menjadi bantal yang empuk buat wajahnya semalaman. Degupan jantung lelaki itu yang tenang, terasa sangat mendamaikan.
Aiman angkat sedikit kepala, dalam kegelapan yang membekal cahaya samar dapat di renung wajah suaminya yang masih lena. Rambut Iqbal sedikit kusut, namun tetap tampan di mata isteri yang baru dinikahinya beberapa minggu lalu. Jari-jarinya tergerak sendiri mengusap perlahan anak rambut di dahi Iqbal.
"Kenapa tenung abang macam tu, sayang?" suara serak Iqbal menyapa, mata masih tertutup tapi senyum dah terukir.
Aiman tersentak kecil, pipinya merona merah. Alamak kantoi la pula.
"Mana ada tenung..." dia jawab perlahan, sambil nak alih pandangan ke tempat lain, tapi Iqbal sempat tangkap dagunya dengan lembut.
"Kalau tenung pun takpe... abang suka." bisik Iqbal, mata dia buka perlahan, renung tepat ke mata isteri dia. Alahai suami siapa yang handsome sangat ni..
Aiman telan liur. Lelaki ni memang tahu betul macam mana nak buat jantung dia lari rentak.
"Abang nak bangun ke? Iman kejut tadi sebab takut abang terlepas Subuh..." sapa Aiman melihat Iqbal mula longgarkan pelukkan.
"Hmmm... dah masuk waktu ke?"
"Dah. Tapi abang... nak solat kat katil ke, atau duduk atas kerusi?" Aiman tanya perlahan, tahu suaminya masih belum kuat sepenuhnya untuk berdiri.
Iqbal angguk perlahan.
"Boleh abang duduk atas kerusi. Sayang tolong sediakan kerusi dengan sejadah ya?"
Aiman angguk dan bangun perlahan, selimut Iqbal dulu sebelum bergerak. Seketika kemudian, mereka sama-sama solat — Aiman jadi makmum kepada suami yang baru belajar jadi imam dalam rumah tangga mereka.
Selesai solat, Aiman berpaling ke arah Iqbal yang masih duduk atas kerusi.
"Terima kasih abang."
Iqbal senyum, tarik tangan Aiman duduk atas riba dia.
"Kasih diterima sayang."
***
SELEPAS siap solat dan bersarapan, Aiman bantu Iqbal ke balkoni ruang tamu. Angin pagi menyapa lembut wajah mereka berdua. Matahari belum tinggi, dan kota mula bernyawa perlahan-lahan. Tapi di ruang kecil itu, masa seakan berhenti. Hanya mereka. Dua hati yang sedang belajar menyatu dalam tenang dan luka yang belum pulih sepenuhnya.
Mereka duduk rapat di bangku rotan. Aiman menggenggam tangan suaminya erat, seolah memindahkan seluruh kekuatan melalui sentuhan.
"Cantiknya pemandangan..." bisik Aiman, matanya merenung langit yang cerah.
Iqbal hanya senyum. Pandangannya tak beralih dari wajah isterinya.
"Memang cantik... tapi tak secantik pemandangan depan abang sekarang," jawab Iqbal perlahan, penuh makna.
Aiman tergelak kecil. "Aduh... sweet talk abang ni memang tak pernah cuti, ya?"
Mereka diam seketika. Bukan kerana tiada kata, tapi kerana tenang itu indah. Namun dalam diam itu, hati Aiman bergolak. Ada sesuatu yang perlu dia tanya, yang lama dia pendam.
"Abang..." suara Aiman perlahan, hampir tenggelam dalam deru angin.
"Hm?" Iqbal berpaling, melihat mata isterinya yang sedikit kelabu.
ANDA SEDANG MEMBACA
TEPAT PADA WAKTUNYA (HOLD)
RomanceKakaknya, Asyikin Amelia, telah terbang ke Amerika untuk mengejar impiannya sebagai model antarabangsa, meninggalkan satu tanggungjawab besar di bahu Aiman Amalina. Selesai solat tahajud, istikharah, dan taubat, matanya tertancap pada baju nikah yan...
