HARI ini adalah hari di mana Iqbal dibenarkan pulang ke rumah. Keadaannya sudah semakin baik, dan dia kini mampu berjalan walaupun masih memerlukan tongkat.
Dari tempatnya duduk, Iqbal memerhatikan isterinya yang sedang mengemas pakaian ke dalam beg. Sambil itu, dia mencapai telefon bimbit dan menekan lama nombor 9 hingga terpapar nama "FIKRI" di skrin.
"Fik."
"Ya, tuan."
"Tak payahlah 'tuan' sangat. Kau bukan pekerja aku lagi pun," ujar Iqbal perlahan.
"Hahaha. Kau dah discharge ke?" tanya Fikri.
Fikri adalah sahabat Iqbal sejak zaman sekolah menengah. Dahulu, dia pernah bekerja sebagai pengawal peribadi Iqbal, tetapi jawatannya dilucutkan oleh Tan Sri Syed Kadir kerana gagal menghalang Iqbal daripada melarikan diri selepas akad nikah anak Tan Sri.
Walaupun begitu, Fikri tetap setia bersama Iqbal kerana banyak pertolongan yang diterimanya daripada lelaki itu. Selain aktif dalam seni pertahanan diri, Fikri juga mahir mengendalikan senjata api, sama seperti Iqbal. Cuma dalam aspek pertahanan diri, Iqbal sedikit kurang berbanding Fikri.
"Haah. Kau jemput aku," kata Iqbal.
"Okey, 20 minit aku sampai. Aku roger Ika jap," balas Fikri.
"Angkut sekali la. Boleh dia kenal dengan wife aku," ujar Iqbal sambil bersandar di sofa, matanya masih memerhatikan isterinya.
"Okey, okey. See you, bro."
Benar, Fikri juga sudah beristeri. Namanya Zulaikha, dan dia juga sahabat baik Iqbal. Perkenalan mereka bermula sejak zaman universiti lagi.
Namun, Zulaikha bukan wanita biasa. Dia memiliki kehebatan yang sama seperti suaminya—mahir dalam seni pertahanan diri dan lebih cekap dalam mengendalikan senjata api berbanding Fikri sendiri. Cita-citanya dulu adalah untuk menjadi seorang anggota polis, tetapi impian itu tidak kesampaian.
***
"ABANG, kita tunggu Mama dan Papa ambil kita ke?" tanya Aiman sambil membetulkan sarung lengannya yang sedikit terselak.
"No, sayang. Kawan abang yang akan ambil kita nanti. Kita tak balik rumah Mama, tapi kita balik ke rumah kita," jawab Iqbal, nada tegas tapi lembut.
Aiman terkejut dan dahi berkerut. 'Rumah kita?' Tertanya-tanya dalam hati, sejak bila mereka ada rumah sendiri? Setahunya, selama ni dia cuma berulang-alik dari rumah mama ke hospital.
"Yes, rumah kita. Abang tak nak sayang tinggal dengan Mama dan Papa. Abang tak mahu mereka buat sayang rasa tak selesa. I don't want them hurting you. Okey?" Iqbal berkata dengan serius, tapi ada lembut di hujung ayat.
Aiman tak sempat nak jawab, bila Iqbal mendongak sedikit dan melihat sebuah kereta yang dikenali masuk ke kawasan lobi hospital, berhenti di ruang 'pick-up'. Seorang lelaki segak keluar dari bahagian pemandu, diikuti seorang wanita berpakaian kemas dari tempat duduk penumpang depan.
Itulah Fikri dan Zulaikha sahabat Iqbal, pengawal peribadi dan PA kepada Iqbal.
"Ha... tu dia. Dia orang dah sampai. Jom, sayang," kata Iqbal, sambil menuding ke arah mereka yang berjalan ke arah Iqbal.
"Jom," balas Aiman sambil membuka pengunci roda kerusi roda Iqbal. Baru nak tolak, Aiman berhenti bila Fikri dengan mudah menolaknya.
"Biar saya tolak," kata Fikri dengan senyuman.
"Nak bantu bawakan beg tu?" tanya Zulaikha sambil pantas menarik beg yang ada di tangan Aiman.
Aiman yang ingin menghalang, terkejut dengan gerakan pantas Zulaikha.
ANDA SEDANG MEMBACA
TEPAT PADA WAKTUNYA (HOLD)
RomanceKakaknya, Asyikin Amelia, telah terbang ke Amerika untuk mengejar impiannya sebagai model antarabangsa, meninggalkan satu tanggungjawab besar di bahu Aiman Amalina. Selesai solat tahajud, istikharah, dan taubat, matanya tertancap pada baju nikah yan...
