SEJAK Iqbal sedar dari koma, Aiman tidak pernah meninggalkannya. Sehari selepas hari pertama mereka bertentang mata sebagai suami isteri, Aiman berjanji pada dirinya sendiri, dia akan menjaga Iqbal dengan sebaik mungkin.
Sebulan di hospital, Aimanlah yang menguruskan segalanya. Dari memberi makanan, mengelap tubuh suaminya, membantu menukar pakaian, sehinggalah mengurus keperluan peribadi Iqbal. Dia tidak mahu hanya menyerahkan tugas itu pada jururawat. Baginya, itu tanggungjawab seorang isteri.
Namun, bukan mudah menjaga lelaki yang kini menjadi suaminya. Ada waktu-waktu Iqbal enggan dibantu. Ego seorang lelaki masih kuat, tidak mahu terlihat lemah di hadapan seorang perempuan.
"Sayang, abang boleh buat sendiri," kata Iqbal ketika Aiman cuba menyuapkannya bubur ayam.
"Abang, tangan kanan abang masih belum kuat," pujuk Aiman, menghulurkan sudu ke mulut Iqbal.
Iqbal menghela nafas perlahan. Melihat wajah isterinya yang penuh kesabaran, dia mengalah. Perlahan-lahan, dia membuka mulut, menerima suapan itu.
"Macam budak kecil," sindir Iqbal dengan nada bergurau.
Aiman tersenyum. "Budak kecil tak segak macam abang." Puji Aiman perlahan, namun tetap dapat di dengar Iqbal.
Iqbal terdiam. Hatinya bergetar. Aiman ni betul-betul pandai buat dia tak keruan.
***
Setiap petang, Iqbal perlu menjalani sesi fisioterapi. Ketika sesi latihan berjalan, Iqbal perlu belajar berdiri semula dengan sokongan. Aiman setia di sisinya, memegang erat tangan suaminya.
"Sayang, kalau abang jatuh, jangan ketawa tau," gurau Iqbal.
Aiman mengangguk, namun bibirnya tersenyum kecil.
Dengan perlahan, Iqbal cuba bangun dari kerusi roda, namun keseimbangannya belum cukup kuat. Hampir sahaja dia terjatuh, tetapi dalam sekelip mata, Aiman sudah merangkul pinggangnya, menahannya daripada terhumban ke lantai.
Jantung Aiman berdegup kencang. Begitu juga Iqbal. Wajah mereka hanya beberapa inci sahaja jaraknya.
"Iman.. sayang.." suara Iqbal serak.
Aiman tersentak. Cepat-cepat dia membantu Iqbal berdiri tegak.
"Abang okay?" tanyanya, cuba mengalihkan fokus.
Iqbal mengangguk, tapi matanya masih tidak lepas dari wajah isterinya. Ada sesuatu yang makin tumbuh dalam hatinya. Sesuatu yang mungkin selama ini dia nafikan.
Dia jatuh cinta.
Dan kali ini, jatuh cinta pada isterinya sendiri.
Aiman terus menjalankan tanggungjawabnya tanpa sebarang rungutan. Namun, di dalam hatinya, masih ada keraguan. Adakah Iqbal benar-benar menerima dirinya? Atau semua ini hanya kerana keadaan yang memaksa? Atau juga ini adalah satu lakonan semata mata.
***
Sebulan kemudian di hospital, Aiman menjaga segala keperluan Iqbal. Dari memberi makan, membantu mandi, menukar pakaian, hingga menemani sesi fisioterapi. Hari demi hari, dia melihat suaminya berusaha untuk pulih. Dan setiap kali mata mereka bertaut, ada debaran yang sukar dijelaskan.
Hari ini, selepas sesi fisioterapi, Iqbal kelihatan letih. Aiman membantu mengelap peluh di dahinya.
"Abang rasa macam tak larat nak jalan jauh," Iqbal mengeluh sambil tersenyum kecil.
Aiman membalas dengan senyuman lembut. "Tapi abang dah banyak kemajuan. Hari ni pun abang boleh berdiri lebih lama."
Iqbal mencapai tangan Aiman, menggenggamnya erat. "Kalau sayang ada dengan abang, abang rasa kuat."
Aiman terkedu. Jantungnya berdegup laju.
Saat itu, pintu bilik wad terbuka. Puan Sri Sharifah Aminah masuk bersama Tan Sri Syed Kadir.
"Mama, Papa?" sapa Iqbal melihat dua orang tuanya muncul didepan pintu.
"Kami dah bincang. Iqbal, kalau dalam masa 3 bulan lagi kau masih tak boleh sembuh sepenuhnya, kita buat IVF," kata Tan Sri Syed Kadir tanpa berbasa-basi.
Aiman menahan nafas. Ini bukan kali pertama dia dengar perkara ini. Namun, kali ini, di depan Iqbal, hatinya lebih remuk.
Iqbal mengetap rahang. "Papa rasa Ibal tak cukup waras untuk buat keputusan sendiri?"
"Ini untuk masa depan keluarga kita, Ibal," pujuk Puan Sri Sharifah Aminah.
Iqbal memandang Aiman, kemudian beralih ke kedua ibu bapanya. "Papa, mama... Ibal takkan benarkan sesiapa paksa isteri Ibal buat sesuatu yang dia tak mahu. Iman bukan alat untuk lahirkan pewaris. Dia isteri Ibal. Kesayangan Ibal"
Tegasnya membuatkan Aiman menahan sebak.
"Iman dah cukup berkorban. Ibal janji, Ibal sendiri yang akan lindungi Iman dari sesiapa pun. Termasuk dari keluarga kita." Tegas Iqbal.
"Cuma satu sahaja Ibal mohon. Bersabar. Ada rezeki ada anak. Jika tiada terima ketentuan-Nya." Kata Iqv=bal kembali lembut.
Puan Sri Sharifah Aminah terdiam. Dato' Rahim pula mula menunjukkan riak tak puas hati. Namun, Iqbal langsung tidak goyah.
***
Malam itu, sewaktu Aiman sambil menyediakan tempat tidur di sofa dalam wad Iqbal di tempatkan, Iqbal menarik tangannya perlahan. "Sayang..."
Aiman berpaling. Mata mereka bertentangan.
Iqbal mengeluarkan sebuah kotak kecil dari dalam laci. "Abang nak bagi sesuatu."
Aik dari mana Iqbal dapat. Dia belum boleh keluar hospital lagi. Ehmmm..
Aiman membukanya perlahan. Sebuah rantai emas putih terletak di dalamnya, dengan loket yang terukir nama mereka berdua.
"Ini tanda yang abang akan lindungi sayang sampai bila-bila. Percayalah, abang takkan biarkan sesiapa buat sayang macam barang dagangan."
Air mata Aiman bergenang. Tanpa sedar, dia mengangguk perlahan.
Hatinya mula percaya.
Iqbal benar-benar akan menjaganya.
Tanpa disedari, Aiman tiba-tiba ditarik ke dalam pelukan Iqbal. Hangat, kuat, penuh keyakinan. "Sayang tak pernah sendiri. Abang ada untuk sayang, selamanya," bisik Iqbal di telinganya, membuatkan debaran di hati Aiman semakin kuat.
"Sayang tidur sebelah abang okay malam ni?" tanya Iqbal. Tanpa jawapan di mulut Aiman hanya mengangguk dan mengeratkan lagi pelukan dipinggang Iqbal.
Di luar bilik, Puan Sri Sharifah Aminah berdiri memerhati dari celahan pintu yang sedikit terbuka. Riak wajahnya sukar ditebak, namun genggaman tangannya erat. Seolah-olah menyembunyikan sesuatu di sebalik senyuman lembutnya. Mata Dato' Rahim pula tajam memandang dari belakangnya.
Mereka tidak akan berdiam diri.
ANDA SEDANG MEMBACA
TEPAT PADA WAKTUNYA (HOLD)
RomanceKakaknya, Asyikin Amelia, telah terbang ke Amerika untuk mengejar impiannya sebagai model antarabangsa, meninggalkan satu tanggungjawab besar di bahu Aiman Amalina. Selesai solat tahajud, istikharah, dan taubat, matanya tertancap pada baju nikah yan...
