LILY ANN terpaksa duduk berhadapan dengan Hale di dalam perpustakaan yang besar itu. Mallory dan Bremo tidak kelihatan. Ke manalah dua orang manusia itu.
Dari bawah meja, Ann menendang kaki Hale yang ralit membaca buku purba setebal 7 cm.
Berkerut dahi Hale sebelum kepalanya diangkat sehingga matanya bertentang dengan Ann.
"Kau nak apa?"
"Apa yang kau baca?" soal Ann.
"Buku," jawab Hale acuh tak acuh.
Ann gigit dinding pipi menahan geram. "Aku tahu kau baca buku. Aku belum buta. Tapi kau baca pasal apa?"
"Kau ada masalah pendengaran atau pemahaman ke? Tadi Madam Amarie kata apa?" sindiran Hale halus sekali.
Terus meja ditepuk kuat sehingga menarik perhatian pelajar lain yang sedang sibuk menelaah buku mereka.
Mereka berdua menjadi tumpuan.
"Shhh!" suara penjaga perpustakaan.
Ann tahan marah sehingga wajahnya berubah merah.
"Kita ni dah jadi sekumpulan. Kau tak boleh ke nak bagi tahu aku apa yang aku nak kena buat sekarang ni?" suara Ann menahan getaran.
"Find anything about Monkshood," balas Hale sebelum kembali membaca bukunya.
Ann tenung lama kepala Hale yang menunduk. Kemudian dia bangun dari bangkunya sehingga mengeluarkan bunyi yang bising.
"Terpulang dekat kau. Kalau kau nak gagal dalam semester ni, aku tak kisah. Aku pun bukannya berminat sangat dengan herbologi. Aku masuk belajar ke sini pun sebab aku nak lari daripada dikahwinkan. 10 tahun aku duduk dalam sekolah ni pun aku sangguplah!" tempik Ann sebelum beredar.
Dia tahu, dengan bunyi yang dia buat pun sudah cukup untuk membuatkan dia akan dihalau keluar oleh petugas perpustakaan.
Hale terpinga-pinga sendirian sebelum menutup buku itu dan meletakkannya ke atas kaunter.
"Saya nak pinjam buku ni," kata Hale.
Jelingan petugas perpustakaan itu tajam sekali. Tapi tangannya tetap mengecop buku tersebut. Sudahnya, Hale membuntuti jejak Ann yang sudah di tingkat bawah.
Siulannya menarik perhatian Ann. Membuatkan gadis itu berhenti melangkah dan mencari punca bunyi itu. Kepalanya mendongak ke tingkat dua.
"Catch!" jerit Hale seraya membaling sebiji epal merah ke arah Ann. Membulat besar mata Ann tapi tak sempat dia elak, epal tersebut sudah terdahulu mengena bahunya.
"Kau gila ke apa?!" jerit Ann. Hale sengih sinis.
"Epal pun tak reti nak tangkap. Ada hati nak kutip monkshood," perli Hale.
"Memang monkshood tu akan terbang kat aku macam kau baling epal ke?" jeling Ann.
Tak lama selepas itu, Hale sudah berdiri di hadapan Ann. "Kau belum makan, kan?"
Ann menjeling. Dah kenapa tiba-tiba tanya aku pasal makan?
"Kau sibuk kenapa? Aku puterilah. Takkan kebulur."
Hale mencemik. Buku di tangan terus diberikan dengan kasar ke abdomen Ann. Nak tersedak Ann dibuatnya.
"Apa hal.."
"Ikut aku," kata Hale seraya berjalan keluar dari kawasan bangunan itu.
"Kenapa aku nak kena ikut kau?"
"Kau nak belajar ke tidak?"
MEREKA berjalan di sekitar taman herba di sekolah. Di tangan Hale tak lekang dek buku. Kalau tak buku besar, mesti ada buku kecil yang dia catit notanya.
ANDA SEDANG MEMBACA
JINX
Fantasy<slow update> Lily Ann adalah seorang puteri yang mempunyai keinginan dia sendiri. Tapi disebabkan dia adalah pewaris takhta yang seterusnya, ayahandanya mahu dia bersedia dari awal untuk memegang posisi itu. Jadi dia diberi pilihan, sama ada...
