Bab 3

81 7 0
                                    


"KAU akan didaftar masuk ke PHA esok. Siapkan pakaian dan segala kelengkapan," kata Hadeon kepada Hale.

Terpinga-pinga Hale dibuatnya. Buang tabiat ke apa atuk aku ni? Selama beberapa tahun ni dia asyik minta nak masuk ke sekolah itu, langsung ditolak mentah-mentah.

Kenapa tiba-tiba dia akan didaftar masuk pula?

"Betul ke atuk?" Hale seakan tidak percaya.

"Kau nak aku ulang berapa kali baru nak nak percaya?" Hadeon menjeling Hale sekilas. Dia mengemas meja kerjanya.

Hale simpul senyum sebelum berlari memeluk si atuk. Tak sampai beberapa saat, tubuh Hale ditolak perlahan. Tidak mahu cucu lelakinya itu memeluknya dengan lebih lama.

Dari kecil Hale tahu yang atuknya tidak berapa berkenan dengan kehadirannya. Atuknya seakan terpaksa untuk membesarkan dia sejak kematian kedua orang tuanya. Tapi sekalipun Hale tak pernah mempersoalkan atuknya.

Dia patuh aje pada arahan yang dikeluarkan si atuk.

"Mulai esok, kau akan tinggal di PHA. Setiap enam bulan baru kau boleh balik untuk bercuti. Aku dah tolong kau untuk masuk ke sana, tapi ada sesuatu yang kau kena buat untuk aku."

Mata Hale tak berkedip menunggu ayat seterusnya.

"Lily Ann.." nama itu disebut.

"Kenapa dengan puteri tu?"

"Aku nak kau berkawan baik dengan dia." Permintaan Hadeon agak aneh.

"Eh? Dia akan belajar dekat PHA juga ke?"

"Dia akan sekelas dengan kau."

"Kenapa Hale nak kena berbaik dengan dia?"

"Jangan banyak soal. Aku dah masukkan kau kat dalam sekolah tu pun dah cukup baik. Aku dah bagi apa yang kau nak, jadi aku nak kau buat apa yang aku nak." Garau suara itu.

Hale merengus lemah. Macam mana dia nak berkawan dengan Lily Ann kalau mereka asyik aje bercakaran macam anjing dengan kucing setiap kali bertemu?

Tak tahulah apa masalah perempuan tu. Apa yang sakit hati sangat dengan Hale pun, dia tak tahu. Bukannya mereka mengenali antara satu sama lain pun sebelum ni.

"Tapi puteri tu bukan suka Hale pun. Dia asyik nak cari gaduh aje," rungut Hale.

"I saw that," kata Hadeon. Petang tadi, ketika Hale dan Ann bercakaran di luar great hall, Hadeon ada menyaksikannya.

Dia rasa itu adalah peluang baik untuk dirinya.

"Hale boleh kalau nak kawan dengan dia. Tapi dia lah. Nak ke kawan dengan Hale?"

"Aku tak nak dengar alasan. Yang aku tahu, kau kena buat baik dengan dia dan sentiasa ada dengan dia. Titik," tegas Hadeon.

Hale garu kepala. Kenapa dengan atuk aku ni? Selama aku hidup ni, tak pernah pula dia minta benda pelik-pelik macam ni. Setakat suruh aku cari Hellebore adalah.

Hellebore adalah sejenis bunga yang penuh dengan magis. Ia sangat beracun dan boleh menyebabkan kematian. Tapi tumbuhan itu amat payah untuk ditemukan.

Bukan aje payah untuk ditemukan malahan ia juga dijaga oleh Hellebore Piskie.

Hellebore Piskie adalah sejenis makhluk berbentuk seperti manusia, tapi saiznya sangat kecil seperti pari-pari. Ada yang mempunyai sayap, ada juga yang tidak. Keliling mukanya dipenuhi dengan kelopak bunga Hellebore. Tangan dan kakinya sangat kurus seperti ranting dan panjang.

JINXTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang