Bab 1

235 12 0
                                    


LILY ANN menjulingkan mata bila ayahandanya sudah mula merepek. Entah apa yang King Julius itu merepek pun, Ann tak tahu.

"Kamu dengar ke tidak, Ann?"

"Ann dah 18 tahun, Ann patut buat keputusan sendiri."

"You're the future queen, Ann. Tapi kamu langsung takde skil apa pun untuk dibanggakan. Macam mana kamu nak memerintah kalau kerja kamu asyik main aje?"

Menjadi anak tunggal untuk kerajaan ini amat membebankan kepala Ann. Harapan yang diletakkan ke atas bahunya terlalu tinggi. Dia perlu tahu semua benda, arif segalanya. Baik dari segi pelajaran, mahupun selok-belok politik. Tapi itu semua bukan minatnya. Apa yang dia minat?

"I can learn how to make perfume if you let me.."

"No!" bangkang King Julius cepat-cepat dengan nada yang keras.

Ann tertarik dengan pembuatan minyak wangi. Tapi dia tidak pernah diberi peluang untuk mendalami ilmu itu.

"Ayahanda suruh Ann cari skil. Ann tak suka dengan herbologi. Ann suka dengan pembuatan minyak wangi. Kenapa tak biar aje Ann belajar ilmu tu? Ilmu juga."

"Sebab ilmu tu sia-sia! Tak bawa faedah pun."

"Ia tetap menjana ekonomi negara kita." Mulut Ann muncung berbicara dengan nada yang perlahan. Tak mahu ayahandanya dengar.

"Kamu tahu ayahanda tak suka kamu menggumam macam tu. Kalau nak bercakap, cakap dengan suara lantang dan boleh didengari. Jangan jadi pengecut dan simpan dalam mulut kamu! Kamu itu bakal.."

"Permaisuri Lithelle," sambung Ann sendiri. Sudah bosan sebenarnya. "Tak perlu diingatkan beribu kali. Ann tahu. Ann sedar. Tapi Ann tak boleh jadi macam ayahanda! I am what I am. Ann tak minat pun nak jadi peneraju seterusnya."

"Habis tu kamu ingat siapa yang layak selain kamu?"

"If only I had a brother." Sekali lagi Ann menggumam. Kemudiannya dia gigit dinding pipi. Dia tahu dia tak patut bercakap seperti itu.

Takut-takut matanya memandang ke arah ayahandanya yang sedang duduk di peterana.

"I'm sorry," kata Ann perlahan.

"Kamu boleh pergi," ujar King Julius. Langsung tidak mahu memandang wajah Ann.

"I said I'm sorry."

"Say it to your mother."

Ann ketap bibir. Dia tak ada pilihan lain selain meninggalkan ruang legar itu.

Kenapalah ada ramalan yang menyatakan King Julius dan Queen Aurora tidak akan mendapat anak lelaki selama-lamanya? Boleh dipercayai ke ramalan macam ni? Kenapa orang percaya sangat dengan ramalan?

"Puteri," Mallory mendekati Ann yang sedang berjalan sambil kepala sudah terbang memikirkan macam-macam benda.

"Mal! Kamu pergi mana tadi?" tanya Ann.

"Ada hal sikit dekat padang. Perjumpaan dengan Tuanku dah selesai?"

"Awak patut teman saya tadi," gumam Ann.

"Kena marah lagi?" Mallory dah boleh agak dah. Kalau Ann dipanggil menghadap King Julius, memang takde lain. Nak kena bebellah tu.

"Ayahanda bagi pilihan. Sama ada saya berkahwin atau pergi belajar herbologi."

"Saya tahu Puteri takkan pilih untuk berkahwin. So.. Puteri nak belajar herbologi?"

"Tak!" menyeringai tinggi suara Ann. Dia paling benci herbologi. Kenapa? Sebab herba-herba itu baunya busuk dan meloyakan. Tetapi di Lithelle, mereka terkenal dengan pembuatan ubat dan herba yang terbaik. Banyak negara yang sanggup datang dari jauh ke Lithelle semata-mata untuk mendapatkan herba-herba terbaik di sini.

JINXTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang