BAB 9

810 58 14
                                        

۶ৎ vote duluwww

ANGGUN diam, menatap wajah Hud yang sedikit muram

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.


ANGGUN diam, menatap wajah Hud yang sedikit muram. Dia sembunyi senyum. Sekarang, Hud dah tak pandai nak sorok emosi sendiri. Automatik, terpampang jelas apa yang lelaki itu rasakan di wajah kacak itu.

Anggun mengusap lembut pipi Hud sebelum tangannya jatuh, menekup rahang tajam sang suami. Kacak! Anggun jatuh berkali-kali.

"Tuan Hud nak saya panggil apa? Hm?" Kalau sebelum ini, Hud asyik menggodanya. Biarlah kali ni, Anggun yang mulakan langkah.

Tak salah kan, nak goda suami sendiri?

Hujung kening Hud terjungkit sedikit. Dia berdeham, membetulkan kotak suara. Air liur yang di telan terasa payau. Dia sedang di goda oleh si manis ke?

"Anything, sayang. Aku cuma tak nak kau panggil aku Tuan Hud. I'm not your boss anymore." Seakan berjauh hati nada suaranya.

Dalam diam, Anggun ukir senyuman manis. Dia dekatkan wajah mereka. Dapat Anggun lihat, mata hitam gelap milik Hud. Cantik, sampaikan Anggun cemburu dengan kecantikan mata itu.

"Hm-- How about saya panggil awak walid dan awak panggil saya umi? Aww! Sweetnya. Mesti orang akan cemburu dengar saya panggil awak walid." Tangannya ditepuk kuat. Riak gembira tergambar di wajah.

Dalam kepala, boleh bayangkan bakal anak mereka nanti. Memanggil dirinya sebagai umi, dan Hud sebagai walid. Tiba-tiba, sebak bertandang di hati.

Tak sangka, begitu hebat perjalanan hidup mereka. Dulu, hubungan mereka tak lebih dari majikan dan pekerja. Sampaikan Hud langsung tak tahu keberadaan Anggun dalam syarikat itu.

Kini, di sinilah Anggun. Duduk di riba Hud. Dengan tangan kekar itu yang memeluk kemas pinggangnya. Seakan tak mahu lepaskan Anggun, jauh darinya.

"No, Anggun. Bagi la gelaran yang elok sikit. I'm not your son." Tajam mata Hud merenung si manis. Agak-agak lah nak guna gelaran umi-walid pun. Kalau teringin sangat, gunalah semasa mereka sudah ada anak nanti.

"Alah, okay apa umi dan walid tu? Comel aje bunyinya. Nanti bila dah ada anak, mereka akan ikut panggil kita dengan umi dan walid." Bercahaya muka itu memujuk hati Hud.

Dalam diam, luntur juga rasa kasih dalam diri bila melihat wajah gembira si manis. Tapi, gelaran itu terlalu awal bagi mereka. Lagipun, Hud mahu Anggun panggilnya dengan gelaran yang lebih romantis.

Tak ada lah nanti akan ada lelaki yang mahu mendekati si manis lagi. Ye la, sejak seminggu yang lepas, Anggun Kasturi adalah miliknya seorang. Tak sanggup dia membayangkan Anggun menjadi milik lelaki lain selain dirinya.

"Aku tak setuju. Cari gelaran lain." Ujarnya tegas seraya menoleh ke sisi. Anggun mencebik kesal.

Untuk tunjuk tanda protes, laju saja si manis turun dari riba sang suami. Peluk tubuh, lalu berpaling dari memandang wajah Hud. Meninggalkan Hud yang terkebil-kebil sambil menatapnya lembut.

HUD: HIS LITTLE BRIDE Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang